09 August 2010

kubang badak?

bz aarr kat opis hari ni sangat2. macam2. wawawawawa.. sakit tekak...

ni from pak ndak with love,
diikuti dengan
serta
sejak dua menjak ni, nama paling popular ialah pak cik nan. mulanya sejak malam wat roti tu... 'na, kita bagi pak cik nan roti ni', 'nanti akak hantar kat pak cik nan sikit', 'na, kita bagi pak cik nan la', & yang sewaktu dengannya.. malam ni pun dok sebut berapa kali dah... aku rasa.. sure pak cik nan tersedak sampai batuk2 apa.. sebab namanya sentiasa menjadi sebutan.

masalahnya kat umah tu.. bukan pak cik nan sorang jerr.. ada kak faridah, ada mima dan din. tapi paling popular dalam carta ialah pak cik nan. masalah orang2 dalam umah ni, dia masak apa pun, sure nak share ngan pak cik nan. may be sebab paling mesra alam adalah pak cik nan. lepas hantar buah, ubi & terung kat pak cik nan kak norma cakap.. kita ni.. apa2 sikit pak cik nan.. tu jerr la jiran yang ada. yang selalu dok amik kesah hal2 orang2 kat umah ni..

ni, kak norma request. dia cakap macam ni, 'na, goreng sayo ni macam yang ina goreng dulu' maka ni le hasilnya. 'goreng yang macam dulu' nama dia.

then our dinner. lasagna. kekdahnya cam dulu jugak. che norma cakap 'che ina ni, nak membesarkan che norma jerr'
banyak giler guna cheese untuk lasagna ni. sebabnya nak abiskan semua stock yang ada. nanti bulan puasa, tak denya nak masak cam ni.. standard buke puasa ialah masak nasi. kalo dok simpan nanti rosak cam tu jer.. so, moral of the story kena guna pakai la...

yang ogie plak makan lasagna dengan nasi.. eerrr suke ati ko la ogie... asalkan ko bahagia..

ni pulak..eeelleehh macam tak biasa..

stock kuaci ada banyak lagi nih.. setengah balang beso.. nanti kalo terlupa ce mana.. sedap jerr melayan kuaci.. maknanya.. kena letak kat dapo. kalo tak.. aku tak berani nak jamin.. mana la tau kalo2 tersyasul. hehhehe.. kalo terlupa tak pe kan? kan? kan?

meh nak citer pasal kubang badak.. frasa ni dapat semalam la.. masa kak roza datang umah. masa dok baking tu, sembang2 la.. dia citer yang kat dalam mulut dia ada kubang badak. yang aku ni.. blurr giler.. apa itu kubang badak dalam mulut.. then minda aku mencerna bahawa kubang badak is like this
tapi ce mana boleh ada dalam mulut? pelik kan... beso tu badak.. len la kalo badak berendam. then dgn muke blur2 lagi selamber aku tanya la kak roza kubang badak tu apa dia? jawapan dia.. kubang badak pun tak tau? adoii tak masuk dalam skema jawapan betul.. kubang badak tu adalah ulser.. kubang badak a.k.a ulser. kalo g klinik kan.. cakap ngan doktor cam nih 'doc, dalam mulut saya ada kubang badak' then apa reaksi doktor tu? kalo nak tahu apa reaksi dia.. cerrr bagi statment tu masa jumpe doctor. ada brani?

memang la sakit kalo ada ulser dalam mulut. kalo makan terpedas sikit, perrgghh punya la sakit. atau pun tetiba jerr tergigit kat tempat ulser tu.. memang aarrr sangat2 sakit. pernah masa belajo2 dulu, linda kasi petua kat aku kalo nak cepat baik letak garam. sebab nak cepat baik nyer pasal.. aku pun letak la depan dia.. hasilnya.. satu jeritan yang mengegarkan dato' keramat kuat kedengaran... gila punya pedih.. petua yang sememangnya tak boleh di guna pakai.

malam ni, aku citer kat kak norma lawak si sedi pagi tadi... kak norma punya gelak tak hengat dunia. tau pun.. yang aku ni kat opis pagi tadi, punya la kontrol. lawak mamat ni bukan boleh bajet sangat...

tetiba rasa terharu. sangat2. ina tak pernah minta apa2 pun dari abang. cukuplah dengan apa yang telah abang bagi pada ina selama ni... terima kasih.

Harapan Ramadhan - Man Bai & Raihan

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua



Doa merupakan senjata bagi orang mukmin. Doalah menjadi penghubung kita dengan ALLAH Yang Maha Mendengar tanpa memerlukan medium atau perantaraan. Mintalah kepada-Nya, mohonlah apa sahaja, dalam apa jua keadaan dan di mana kita berada, DIA pasti mendengar. ALLAH berfirman yang bermaksud: "Dan apabila hamba-Ku bertanya kepada-Ku mengenai-Ku, sesungguhnya Aku terlalu hampir. Aku perkenankan doa orang yang meminta apabila dia berdoa kepadaku." (Al-Baqarah:186)






....from kekwa22 with love....

No comments:

Post a Comment