27 November 2008

VVIP Visit

hari ni adalah hari yang di nantikan oleh semua orang kat opis. banyak duit telah digunakan semata2 utk visit ni.. tenaga kerja jangan cakap la... memang semua department struggle wat persiap. duit pulak usah cakap la.. abis berjuta2 RM dah.

tapi walau pun aku letih wat persiapan sensorang.. maksud aku aku la engineer yang ke hulu ke hilir wat arragement.. mujur la ada yang membantu dan tak berkira sangat nak tolong aku. tapi paling ramai hanya tolong tengok jerr... tu yang wat aku sakit ati sangat2.

vise presiden bagi pujian yang bermakna kat team aku.. wahh en adi suke gilerr.. sengih jerr memanjang..aku pun suke gak... at least apa yang aku wat berbaloi

aku rasa petang tadi masa aku ada dalam group VIP, ada yang tak puas ati.. hehheh nampak dari air muka. aku pun tak ingin tapi dah en adi yang suruh aku beria2, so aku pun ikut jerr la. ni la first time datuk datang opis.

dalam ramai2 tu aku memang berkenan pada seseorang.. bukannya berkenan apa, tapi aku suka dengan keterampilan dan berkarisma dia hehheh poyo jerr aku nih. tak do kojo lerr tu.. aida ngan kak aya siap bagi sokongan penuh lagi.. dia orang pun poyo gak cam aku nih... tapi memang suke dengan watak dia.. cool jerr... hehhe tu la ikut lagi VIP. dia pun nampak steady.. jerr.. sempat la berbual dengan dia.... sweet jerr.. eehh orang laki pun sweet ker?.. ala.. sweet cam orang laki la.. bukan sweet cam orang pompuan. dengan specs dia.. tu.. lagi la handsome. hahhahha

dulu kan masa sekolah2 aku suke ngan sorang budak lak nih.. cara dia, gaya dia. penuh berhemah. cool. selalunya berbalas senyuman jerr... kat skolah. mmenag la tak rapat sangat sebab sekolah lain2. tapi yang peliknya bila jumpa kat parit buntar, boleh pulak bertegur sapa dan bercerita tah apa2. cam dah kenal bertahun... aku bagi gelaran dia superman. sebabnya ada la iras2 muka superman. dengan specs dia. tapi bila aku masuk UTM, dia pulak matrik UM, trus jerr tak contact lagi... cuma hari ni jerr tetiba teringatkan dia.

tapi mustahil diaorang ni orang yang sama. superman tak de la setinggi mamat tadi
hehehheh
....from kekwa22 with love....

20 November 2008

penat tahap gaban

hari ni letih sangat2 semalam tido dekat kul 2.30am.. hari ni wat keje tak berhenti langsung. tahap dewa.. malam ni target nak wat assigmnt sampai habis
esok nak pos. hope tak ngantok la. kalo tak hancus... hehehhe

bengang betul aku kat opis tadi.. arrrggrrhhh tension betul



....from kekwa22 with love....

19 November 2008

hari yang tension

aku tak tau kenapa errkk rasa bz sangat2 hidup aku.. rasa macam 24 jam tu tak cukup jerrr...

alhamdulillah syukur aku dapat bali guna email aku.. password dah dapat semula.. amin..

aku tak tau pesal apa aku rasa bengang.. rasa nak marah then rasa sedih... tapi aku sendiri tak tau sebab apa aku rasa cam tu... tah la.. biasa la mulut orang bukan boleh tutup2.

memang la boleh kata biar la apa orang nak kata.. tapi..hati pun rasa sakit gak...bila orang dok mengata. tah la biar la... tak tau apa nak wat.. makin pk, makin sakit kepala..

....from kekwa22 with love....

16 November 2008

TEnsion betulll

perrggghh rasa lama gila tak jengok blog ni... bz tahap gaban... ari ni habis la exam ekonomi. ada lagi 1 subjek. instrument. tapi yang tu tak tau bila nak diadakan.

tapi kena gak wat report untuk PSM. tapi malam ni tak mo buke buku pun.. tak nak pk.. just nak ilek2 jerr kat umahh

aaarrgghh bengang betul ce mana tah tak ingat password email. yahoo .nyer account.. tension betul... dah la tak ada idea langsung nak retrive password semula.. aarrggghhh.. tak tau nak wat apa..


....from kekwa22 with love....

07 November 2008

Anugerah Kejayaan

Dari kegagalan
Satu percintaan
Kualami
Penderitaan
Kesengsaraan
Kebatinan

Tapi di sebalik
Semua kepahitan
Tersembunyi
Oh keinsafan
Dan pengertian
Yang amat dalam

Terbukti kegagalan
Bukanlah kehancuran
Dengan anugerah
Nikmat dan hikmat
Kehidupan

Aku pelajari
Mengenali diri
Dan siapa kita
Yang sebenarnya
Di bumi Tuhan
Ho ho


lagu ni kan mengandungi 1000 makna padaku

....from kekwa22 with love....

06 November 2008

Keistimewaan wanita....

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya. Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya. Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu."

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan.
Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada."


....from kekwa22 with love....

Muslim Woman



....from kekwa22 with love....

kekuatan wanita

Wanita yang gagah adalah..

1. Wanita yang tahan menerima sebuah kehilangan
2. Wanita yang tidak takut pada kemiskinan
3. Wanita yang tabah menanggung kerinduan selepas kehilangan

....from kekwa22 with love....

02 November 2008

Ada untukmu

wat masa sekarang ni, aku minat sangat2 dengan lagu ni.. tak tau kenapa.. ada untukmu.. tapi untuk siapa eerrkk.. hehehh tah la.. mungkin ada dan mungkin tak ada... mungkin lirik best kot.. atau melodinya best.


Ada Untuk Mu

Di sana pungguk menanti
Mengharap bulan membalas rindu di hati
Di sini aku berdiri
Menunggu penuh dengan kesabaran

Tanpa manis madah
Janji yang puitis
Tuk persembahan
Hanya ketulusan
Sekeping hati suci

Aku
Berikan kasih
Kalau itu yang kau mahu dari ku
Aku
Berikan cinta
Untuk membahagiakan hari mu
Aku
Saying dirimu (menyayangimu)
Biarpun nafas ku sampai terhenti

Akan ku kota janji kita
Mendirikan Taj Mahal cinta
Seteguh kasih
Shah Jehan kepada Mumtaznya

Terasa indah pabila berdua
Semakin tiba saat bahagia
Merai cinta kita

....from kekwa22 with love....