Showing posts with label coklat. Show all posts
Showing posts with label coklat. Show all posts

19 November 2012

Coklat for hantaran

hari ni, wat choc lagi.. lalalala.. sempena majlis pertunangan sepupu enche affa...

bukan susah pun wat choc ni..  yang susah nyerr.. nak slot masa tu.. sebab nyer isyraf ni tido kejap sangat.. secoiet jerrr tido nyerr... tak dan nak wat apa2..

kalo coklat yang letak dalam box tu.. dah banyak dah.. sajerr.. cuba lerr wat kelainan sket. masa blog walking.. jumpe la orang wat coklat untuk hantaran gaya2 gubahan...

last2 ni lerr hasil nyer...
 resepi coklat ni.. sama jerr macam resepi yang lepas2 dengan perasa mint. best oo cekelat yang rasa mint...

 
 ....from kekwa22 with love....

“Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat… dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”

10 November 2012

jom berhujung minggu

selamat pagi

hari ni.. segala macam aktiviti macam biasa. semua nyer biasa2 jerr... tak ada yang luar biasa pun. semua nyer never ending story.

berhari minggu dengan anak2 memang sangat2 best. meriah sesangat. macam2 hal... dan macam2 yang nak di buat. budak kecik plak nak bermanja.. sanggup tahan mata tanak tido. ingat nak main jer... kecik2 dah nak main.. hehehehe

ni lerr.. gaya orang tido.

jejari nyer yang montel bikin aku geram jerr... bergaya dalam tido. pandi plah wat jari cam tu.. aku buatkan? errmm jgn harap... kalo dia dah tido, batter jgn dok dekat dia atau sentuh2 dia.. sat lagi terjaga lerr  dia. aku gak yang haru. dah la nak tidokan dia sejam. dia tido.. err bukan tido tapi kira macam terlelap jerr la.. ada la dalam 15 minit. tu yang bila dia tido.. kena wat mende2 len dgn cepat.

lepas jerr berjaya tidokan isyraf, aku memulakan project dengan abang aramand. dia yang request nak coklat.

ni, abang dengan gaya nyer tersendiri wat cekelat. macam2 nak di bubuh... mulut pulak comot makan coklat. siap jerr coklat, perut pun kenyang... hehheeh. abang memang rajin tolong aku kat dapo. bagi dia.. best la dapat main dgn mama.aku plak, memang bawa lari abang kedapo.. tak de la dia mengacau atau wat bising adik nak tido.
 hasil nyer...
 bila di kuarkan... ni lerr.. hasil air tangan anak bujang aku.


 
 ....from kekwa22 with love....

“Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat… dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”

21 October 2012

coklatku menjadi

hari ni, enche affa tak de... huhuhu 1st time dia tak balik2... wawawa... dia gie melaka. makna kata tinggallah aku bersama dengan anak2. Alhamdulillah mak ngah ada. kalo tak.. errmmm kami jerr la anak beranak...

 ni project aku this weekend. tempahan dari kak ngah...seronok wat cekelat ni... best.. sedap plak tu.. senang giler nak wat.. errmm best taw..

jom jom layanzzz. choclat





 





kalo nak wat.. cekelat.. macam nih



bahan2.

-          1kg coklat beryl. (Aku guna yang bitter sweet. Sebab aku suke yang pahit2 sket. Kalo nak yang sweet pun boleh. Tapi tak de la guna sampai 1kg.  guna dalam 0.5 kg jerr.. balance simpan for next project)

-          250g white chocolate

-          1 sudu kecil perasa mint.  (bajet nak wat cekelat yang berangin gitew bila masuk dalam mulut)

-          Pewarna oil base.

-          200g  Almond yang telah di panggang

-          Acuan plastic ikut bentuk yang aku suke…

Kekdahnya

Potong kecik2 coklat. Letakkan dalam aluminium bowl.
Didihkan air panas dan masukkan di dalam bekas or periuk. Letak aluminium bowl ke dalam bekas berisi air panas dan pastikan bahagian bawah bowl berada di dalam air panas. Kacau hingga coklat cair. Teknik double boil tanpa menggunakan api.

Masukkan almond dan perasa mint. Kacau sebati.

Buat kekdah yang sama utk white chocolate. Asingkan dan letak warna yang di sukai.

Masukkan  coklat putih atau coklat berwarna dalam acuan. Then masukkan dalam peti sejuk bahagian frozen seminit.

Kuarkan dan masukkan dark coklat hingga penuh acuan. Sejukkan dalam peti sejuk bahagian frozen selama 5 minit dan kuarkan dari acuan…

Tips : sepanjang penyediaan.. jangan pasang kipas or aircond. Nanti cekelat cepat keras. Kena berkali2 tukar air panas.




....from kekwa22 with love....

“Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat… dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”