27 April 2011

masanya akan tiba jua...

selsema aarr hari ni.. pukul 12 lebih aku gie klinik amik ubat dan mc. memang tak larat. sakit kepala yang amat sangat. lepas makan ubat, aku pengsan.. aku sedar dalam mamai2 k norma balik umah.. tapi aku tak de kekuatan nak bangun. lepas pada tu, aku sambung tido lagi.. tanda2 nak demam dah datang. rasanya lama gak dah aku tak demam. jangan le demam time2 bz macam ni.

pagi tadi aku bawa roti2 aku ke opis.. hamboii banyak order aku dapat. nak roti sardin la. tuna la.. kacang merah lebih la.. macam2. siyesly roti memang lembut. setakat ni, resepi2 roti, belum mengecewakan... tak rugi beli BM.

hepi betoi enche affa hari ni... ni, gambo yang aku citer semalam sesapa berminat nak memiliki gambo ni, sila hubungi enche affa yerr...
angah datang umah malam ni sebab dia nak ambil pario. pario dia yang aku wat harta. hehhe.. tu, sure nak gie pantai.. tapi bukan nak bagi tahu dia nak gie pantai mana.. berjalan jerr kejenya... bila angah tanya, tak kemas lagi? heheheh.. soklan yang sama dgn enche affa. jawapan yang sama.. aku penat. nanti le... aiiseeeyy diaorang ni, tak sabo2.

petang tadi, pak ngah kol aku tanya bila majlis aku.. pak ngah pun tataw.. aku wat diam jerr.. hehhe.. apa la aku nih... kad untuk pak ngah pun belum bagi.. bukan pak ngah jerr semua bapak sedara aku, sumer nyerr tak dapat lagi.. nanti2 la.. lambat lagi. bila aku dah putih dari lemah letih ni.. aku wat yerr...

kengkawan pun bising dok menanya.. kad mana? kad mana? sabo yerrr... tunggu.. masanya akan tiba jua...

jom jom tido.. kepala aku berdenyut semula... esok aku nak gie international book fair. nak ikot, jom.






....from kekwa22 with love....

26 April 2011

photography exhibition

pagi ni, aku kena bagi talk about 5S. apa itu 5S? tanya pakcik google
lepas jerr cakap sejam lebih tak henti2.. aku gie melawat production. aku dengan mood baik.. dan sangat bermotivasi hari ni..

terima kasih yerr enche affa sebab teman aku wat slide kat mcd malam tadi. kalo tak, sure aku hangin ngan pc slow. mata pun celik jerr sebab ramai orang. bila balik umah, ingat nak sambung buat, mata aku hanya tahan 10 minit jerr.. pastu bermula lah episod lena di ulit intan. hancussssssss. thanks yerr king sebab tolong carikan slide. len kali, tolong lagi taw..

lepas jerr sessi talk2. terus spoil. seriusly spoil. orang yang menspoikan aku adalah orang yang sama dengan isu yang sama. seriusly memangggggggggg................. len kali, no way man. belajarlah bersyukur sebab dah ada orang tolong. macam bagussssssssss.. kalo dah bagusss sangat, buat la.. ni tak. X@%^*&)@% ... bukannya nak ucap terima kasih sebab dah tolong wat. ni, berlagak lagi ada. bila bagi history sebab munasabab kecoh plak.

ni 1st & last aku buat. next time, sorry. bagi diaorang buat semua. lantak aarrr.... alasan bodo2 lambat ke, tak de orang nak buat ke, customer nak kata apa ke... lantak.. aku malas layan dah.. kalo bagus sangat, buat la sendiriiiiiiiii. jangan pandai bagi alasan jerr...

esok, exhibition enche affa akan berlangsung.. under UTM dan ditaja penuh oleh canon. 1st time dia wat exhibition cam nih. kalo setakat gambor2 karya dia tergantung kat mana2 dah banyak dah... contohnya gie jerr jj mana2.. gambo2 karya enche affa banyak... kalo diaorang dah turunkan, maka, tak de lah yerr... tapi yang exhibition ni.. dia 1st time involve.


alhamdulillah karya enche affa terpilih sebagai poster besar untuk website nih.. tahniah yerr sayang.. nanti boleh wat lagi baik dari yang ni.. semoga ini adalah titik permulaan untuk pergi lebih jauh ke dalam bidang ni..

ni, geng2 enche affa dgn main karya masing2. setiap sorang kena bagi 10 keping gambo yang cun giler lagi canggih manggih. setakat aku amik gambo guna henpon ni, jangan berangan la..

kalo nak nengok sumer hasil2 karya enche affa n the gang, gie The Annexe Gallery, Central Market dari 27 April sampai 1 mei 2011. di buke dari 10am sampai 7pm. boleh le berkenal-kenalan dengan diorang sumer. kalo sesapa nak minta khidmat dalam bab2 photo ni, untuk apa-apa majlis or untuk kommersial, silakan yer.. ni le masanya untuk bertemu dan bertentang mata serta beramah mesra dengan bakal2 photographer tersohor suatu masa nanti. esok2 bila diorang dah glamer tahap dewa.. bukan senang lagi nak jumpe.. kan kan kan. lagi pun kena bayo mahal.. hehehhe... tukang promote, kena bayo 10% yerr... let imagine, .. enche affa 10%, umar 10%, shu 10%, abg munir 10%, podya 10%, ardi 10%, sidi 10% dan lin 10%. maka aku dapat 80%. best2. i like. aku kayee

enche affa dengan wajah yang cukup ceria lagi bangga dengan hasil karyanya. gambo 360 degree tugu negara tu memang unik. gambar klcc yang kat sebelah tu.. dah tayang dulu kat sini berbaloi penat lelah enche affa siang malam pagi petang, mandi tak basah, makan tak kenyang, tido tak lena. sebab dok mencari idea ce mana nak menghasilkan karya2 yang marbeles untuk menjadi bahan exhibition ni. sampai aku nyaris2 nak majok dengan dia.. tapi belum majok aarrr... nyarissssssss jerr... heehhehe. (pastu dapat cekelat) best2. pasainya.. orang dok sibuk hal nak nikah kahwin dia dok sibuk ngan gambo2 dia jerrr.

then bila dia dah tak sibuk dengan gambo2 dia, dia plak dok sibuk dok tanya ku, dah siap kemas? jawapannya belum. esok dia tanya lagi.. dah start kemas? jawapannya belum. bila nak kemas ni? jawapannya nanti aarrr... esok2 dia plak majok ngan aku sebab tak kemas2 nak pindah umah dia.. eerrr kalo tak pindah bleh? hahhaha.. aku confirm enche affa tak majok... tapi silap2 aku plak kena cepuk. hahhaha

patut la enche affa dok menanya aku.. rupanya masa dah nak time. adooiii.. lagi 3 minggu lagi rupenya. patutlahhh.. tapi aku belum siap lagi membuat persiapan kearah menuju raja sehari. wakakka.. statement tak bleh blah.

jom semak senarai checklist persiapan majlis perkahwinan.
- gubahan hantaran - belum siap pun dok dalam plastik, tepi katil jerrr
- baju nikah - kain jerr ada sekeping 4m dan sekeping lagi 2m. belum jadi baju, bila nak siap aku pun tatau. no idea.
- kad jemputan - belum di edarkan. yang dah dapat kad cuma idris & hasrul jerr.. sebabnya emran nak gie melepak ngan diorang, aku kirim.
- door gift rombongan pengantin - aku belum nengok lagi. achik yang beli. tataw nak wat ce mana. masuk beg plastik jj sudah la kot. banyak stock beg plastik jj kat umah.
- door gift untuk tetamu yang len.. pak cu dah janji nak sponser 500 biji muffin. Alhamdulillah. tapi kad jemputan untuk pak cu belum bagi lagi.. heheheh
- kek pun belum tempah lagi. aku tatau kalo nak simpan mana kalo beli. peti sejuk mak, muat seketul jerr.. lagi 2 ketul aku tatau nak letak kat mana.

kalo aku tak pikir mende2 ni, aku tak stress. kalo aku pikir.. mula la gelabah. so, moral of the story, layan jerr....

hujung minggu ni aku nak balik kampung sebab nak wat kenduri arwah ayah - al-Fatihah. serta mesyuarat lauk pauk sempena majlis perkahwinan aku. next weeknya aku dah janji ngan linda nak pi tido umah dia sempena dia nak bertunang. paginya plak aku gie PD. kalo STE jadi le wat family day on that day. next weeknya aku dah balik kampung, cuti panjang. mana ada masa nak kemas.. huuhuhu... hari2 bekerja bukan tanak kemas.. tapi penat aarrr.... keje banyak kat opis.. balik umah dah letih tahap dewa. babai la to kemas. kepada sesapa nak tolong kemas, sila angkat tangan. jangan malu2.

lama giler aku tak wat roti. so, malam ni.. jom meroti sebelum aku masuk kotak, aku nyer BM

asal usul resepi, ambil kat sini yerrr

380gm tepung high protein (tpg roti)

3 sudu besar susu tepung
80gm gula castor
3 sudu kecil yis segera
1 bj telur A ~ dikocok sket dgn garfu
100ml air
100gm water roux
1/2 sudu kecil garam
30gm butter
30gm shortening

  1. Masukkan bahan air, telur dan water roux ke dalam bread maker (BM) dan lepas tu masukkan bahan2 kering spt tepung dan susu tepung.
  2. Letakkan gula dan yis di satu penjuru manakala garam di penjuru yg lain.
  3. Tekan suis on pd BM dan setkan pd mode dough.
  4. Tekan start dan biarkan ia menguli utk seketika.
  5. Bila dah membentuk sebiji doh boleh la dimasukkan butter dan shortening.
  6. Biarkan sehingga proses menguli selesai.
  7. Biarkan ia naik hingga 2x ganda atau BM berbunyi menandakan proses sudah tamat.
  8. Boleh la dibentukkan doh td mengikut citarasa anda.
#kalau nak doh yg lebih lembut dan gebu boleh la diulang proses menguli tu sekali lagi.

aku masukan inti kacang merah sebagai inti
gebusssssss my roti taw..

pesal aku rajin sangat hari ni? sebab aku penat. aku nak rest otak aku ni... malas nak kemas sebab barang2 tu berat.. wat otak aku jadi berat jerr... tapi dengan mengadun roti2 ni. lapang fikiran aku... esok pagi boleh wat sarapan.



....from kekwa22 with love....

25 April 2011

kuruskan badan dalam masa 30 hari

tajuk hari ni, memang biasa aarr.. lumrah alam bagi bakal2 pengantin tak terkecuali aku le ni... standard aarrr.... tambah2 lagi bila badan dah rasa tak berapa selesa.. errr... bukan gemok yer.. sila jauhi perkataan itu... sebenarnya dah berisi sket... sedap sket bunyiknya.. pada hal maksudnya sama jerr.. hahhaha
ce mana aarr... nak kuruskan badan dalam masa 30 hari, cerr citer kat aku ce mana? buntu dah ni.. masa dah nak time nih... kena beli produk2 nak kuruskan badan ker? errr... no! no! no! baik aku simpan duit untuk gie honeymoon dgn enche affa kan kan kan. angah dah suruh gie haneymoon jejauh sikit. kalo dia nak sponser tak per.. london pun aku sanggup. ni, bagi idea jerr...

bersempena aku nak kurus, ni dinner untuk malam ni... kari kepala ikan

bahannya
1kg kepala ikan merah
2 paket serbuk kari
400g santan segar
3 tangkai daun kari
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2cm halia
1 cawan air
1/2 cawan air asam jawa
garam secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis

kekdahnya
bersih kepala ikan mengikut kekdah tersendiri. tumbuk lumat bawang2 dan halia. panaskan minyak. tumis bawang dan daun kari sehingga naik bau. larutkan sebuk kari dalam 1/2 cawan air dan masukkan ke dalam tumisan bawang. biar sehingga garing. masukkan baki air, air asam jawa serta santan di ikuti dengan ikan. biarkan sehingga mendidih. then sedia untuk di hidangkan..

bendi tak de kan? aku lupa nak beli, so, abaikan yerr...

dan aku goreng tauge ngan sos tiram

dah masak.. kena le makan kan.. tak kan lepas masak nak tenung jerr .. then terus kenyang.. may be orang len boleh kot.. tapi aku memang tak bleh dgn kekdah tu. abaikan jerr... kalo suruh aku jangan masak pun.. aku tak bleh. kalo orang len sure gembira, tapi aku sure sedey sebab tak leh masak.. no! no! no!. bila makan dengan orang tersayang.. lagi le berselera. heheheh ce mana nih nak kuruskan badan dalam masa 30 hari? ce citer ce cite?

moral of the story, berjaya tak diet aku? memang berjaya.. sebab diet = makan.. memang sangat2 tak bleh blah.. jom makan jom.

aku kena wat slide 5S malam ni. esok nak kena bagi training kat diorang..



....from kekwa22 with love....

23 April 2011

jom gie spa

hari ni, pepagi lagi aku gie jogging kat tasik jelatik. standard la, lepas tu, mesti nak gie sarapan punye... dan memborong barang dapo kat nsk. masa on the way nak gie sarapan tu, ada sebuah taxi, kat traffic light, kete no 2 dari depan.. kena hon ngan pemandu len tapi still tak gerak2 kepalanya terlentok jerr.. masa aku dok menunggu kak norma gie beli air, aku nengok le teksi yang dok tersadai tu. kete2 len hon, tapi pemandu dia masih terlentok. bila sorang pemandu kete len ketuk tingkap belah pemandu pun masih tak gerak2 si driver teksi tu.. aku ngan kak norma syak.. driver tu pengsan or mati jerr... teksinya di tarik hand brake. then on the way gie nsk tu, kitorang gi balai polis wangsa maju, wat report. lepas cakap2 ngan polis kat situ, kitaorang pun blah gie nsk. apa jadi ngan taxi diver tu, aku pun dah tak tau dah.

sampai jerr kat nsk.. masih awal lagi. belum buke lagi. tapi dah ramai orang dah. ni, antara aksi2 orang yang menunggu.
masing2 siap dengan troli.. macam acara sukaneka plak..

penat aarrr semalam uninstall dan install semula kis lom ilang.. macam la wat keje berat sangat.. masalahnya menunggu tu yang lambat. almaklom la. slow giler nak uninstall. lagi pun pc ni dah lama... wajib tuko baru dah ni... aku dapat laptop aku ni pada my birthday aku on 2006. perrgghh.. lama gilo dah tu.. kalo ikut pasaran, dah kena jadi tukun dah. kena le kenang jasa2 yang dia dah bagi kat aku selama ni... segala jenis assgmt dapat di sempurnakan dengan lancar.. dan paling penting ia mengisi kesunyian aku di kala jiwa kacau. tapi kalo ikot hati memang.. nak yang baru.. kan kan kan.. tapi keperluan untuk itu belum ada.

sebenarnya lesen kis aku dah nak tamat. aku memang dah plan nak tuko pada kav jer.. sebabnya dgn kis lamabat skit kalo nak merayap di alam maya. sebabnya segala macam dia nak check. harga pun dah servey dah.. 89 henget untuk 3 lesen kav. servey kat wangsa walk jerr.

sembang2 kat umah pasal kis & kav (kak norma nyer pun nak expired gak), kak norma bagi tahu yang dia ada kis. wahhh memang le best. lagi best sebab free. kis pun kis la... selamat duit poket...

last2 aku dan seisi rumah, tetap maintain kis. takpe.. tunggu tahun depan pulak.. sebabnya.. rezeki jangan di tolak. esok2 kalo kak norma ada free lagi... jangan lupa yerrr... hehehhee

hari ni, aku wat keje2 yang tak plan ngan kak norma. nak wat mende len, pi wat mende len.. tetiba jer... tapi tak de la sampai nak menyusahkan orang len.... aku wat pe ngan che norma?... jeng jeng jeng.. kitorang gi salon & spa. hehehehe ni, namanya unplanned. tapi besttttttttttt.. berbaloi.. tak rasa pun 4 jam kat situ.. sedar2 lama gilooooooo

meh sini aku nak promote sikit. nak wat marketing sket. sharing is caring kannnnn.. salon ni, milik felcra. biasa la kan... che norma = felcra dan felcra = che norma. sumthing yang tak dapat di pisahkan... nama salon yang kitorang gie ni.. adalah i-salon. milik anak syarikat felcra. menurut che norma salon ni, under felcra training. untuk mengetahui asal usulnya sila hubungi che norma di talian.. pat pat siku lipat. sape cepat dia dapat... wakakkaa..

kalo berkesempatan.. gie aarrr... pasti berbaloi dengan persekitaran spa & salon serta perkhidmatan yang di jalankan. ni, alamat dia

i salon
no 22 jalan rampai niaga 4,
rampai business park
53300 k. lumpur.

tu diaa.. alamat penuh siap poskod lagi. owh yerr... salon ni hanya untuk muslimah sahaja.

no tepon dia, 03-41433491
kalo sape2 malas nak cakap tapi nak fax, ni no dia 03-41433492

waktu operasi, 10pagi hingga 8 malam. tapi sebelum gie tu... sila booking la dulu.. kalo setakat nak gunting rambut & facial jerr tak per.. sebab tak lama sangat. tapi kalo nak spa, memang la kena booking dulu.. sat lagi kalo ada customer lain, penat aarr nak menunggu.. silap2 sampai pat jam, macam aku. tak ke hangin... untuk mengelakkan hangin, sila kol yerr... kakak & adik2 serta makcik2.

di sebabkan salon ni baru beroperasi dalam setahun, maka dia lom ada lagi website. tungu2 lah yerr....

aku & kak norma wat apa sampai pat jam kat salon tu? errr kitaorang wat macam umah sendiri jerr... hehehhehe... macam2 ooooo... moral of the story, best2. jom jom. aku bajet nak pi lagi ni... tapi, tungguuuu.. sebabnya bajet nak minta bajet kat enche affa la pulak... hahhahahaa

malam plak, aku round2 soping complex yang ada kat kl, mula2 gie midvelly, gie jj & menapak plak gie metro pastu gie ikea plak. cepat jerr sampai sebab jalan clear.. tak jammed. hinggalah sampai ke tempat yang ada jual ni..

aku rasa dekat 6 tahun kot aku tak gie ikea. lama giler.. banyak perubahan dah.. aku jerr cam jakun sket..



....from kekwa22 with love....

21 April 2011

public gold

hari ni, aku sibuk study... macam2.. dulu dah belajar dah.. tapi lupe.. tu yang kena menekun study semula. dulu study untuk exam jerr....

aku rasa dah seminggu kot tak jumpe armand.. rindu aarrr....

malam ni, aku masak ni jer.. spiral goreng sardin

bukan untuk aku, tapi untuk armand & balqis. sebabnya malam ni kitaorang nak jogging kat tasik jelatek. petang tadi aku dah makan goreng pisang & cucur udang tak ingat dunia dah... kenyang lagi. teringat pulak nak jumpe anak mama, that why la... teringat semalam masa dia kol aku, cam biasa, standard soklan dia. 'mama buat apa?' 'mama masak apa?' bila aku jawab tak masak apa.. then terus dan dan tu dia tanya aku balik, 'abis, man nak makan apa?' alahai kesian betol.. macam la aku duduk serumah ngan dia... tapi kan nak tergelak pun ada. so sweeeeeeet.

petang tadi masa armand kol, aku dalam bilik air. bila aku kol dia balik, terus kena bebel. 'mama jangan mandi lama2, nanti selsema.' hehhee... sayang sungguh anak mama ni kat mama dia. kalau kat dalam kete, enche affa pasang kuat jerr ekon, terus dia slow kan.. 'nanti mama demam' dia memang dah pandai kol aku sendiri. sebab dia dah hafal no phone mama dia. kosyong, syatu dua, tige syatu... sebijik2 no dia ingat.

jom kita tengok2 gold nak? public gold best gak kan kalo melabur.... gold is money.. mana aku nak dapat money???? sendiri mau ingat la...

aarrgghh.. penat2.. jom tido jom


....from kekwa22 with love....

20 April 2011

19 April 2011

limitless

kemas weeiii kemas.. jangan malas2

ni, soklan achik wat aku stress... rasa macam nak cepuk jerrr laju2..

walaupun aku taw apa maksudnya.. tapi sungguh tak bleh blah nyer soklan... kan dah terang2 telur 175g.... boleh tanya lagi berapa bijik... adoooiiii .. tapi kalo pikir logicnya.. kebanyakkan kuih kira telur tu biji-biji.. jarang nak jumpe gram2 ni.. timbang jerr la... kalo sebiji telur, beratnya 175g, kira settle. kalo 10 biji telur baru 17gg, layan jerr la... telur puyuh la tapinya...

yang air pulak 113g, biasakan air ml jerr.. kalo nak wat 2 aduanan, kekadang dapat le liter.. tetiba guna gram, dia dah confuse..

sebenarnya... achik nak suruh aku bagi tahu kalo dia sukat guna cawan, banyak mana.. tu sebenarnya maksud air 113g byak mana dan 140g minyak tu kalo letak dalam cawan, berapa banyak.. sebab dia tak ada penimbang.. biasa la.. baru2 kahwin mana nak ada mende2 cam tu.. basic2 jerr ada..

ni, dinner malam ni.. spaghetti. enche affa request. lagi pun lama jugak la aku tak wat spaghetti. so, layan jerr la. bukan susah pun.. campak2 jerr... menjadi la
.
malam ni, aku gie tengok citer ni...
jadi hebat dgn nzt. untuk mendapat kuasa, wang ringgit, orang sanggup buat apa saja.... tapi filem ni mengajak kita berfikir untuk majukan diri. gunalah kekdah yang sewajarnya dan di berkati. semoga hasil yang kita dapat akan menjadi berkat. aku suke teknik filem ni.. rasa macam aku plak melalui lorong2 kaki lima, dalam cab, train station... gambar laju membuatkan macam filem 3D dan kita akan merasakan kita yang bergerak... memang menarik sgt....

tapi kan.. eddie (Bradley Cooper) ni.. hensem


....from kekwa22 with love....

18 April 2011

pperrgghh.. durian

hari ni, aku & the gang cuci beratus2 cable. sampai rasa sakit kepala dengan bau Isopropyl alcohol. sampai ke pening2. pakai mask pun tak lut. memang sangat2 kuat bau dia plak tu mudah meresap kat udara.. lagi la semerbak.. walau apa pun.. bajet aku nak cuci cuci the movie, tercapai hari ni... siap test & pack, wat yang thales nyer pulak...

penat weeii hari ni. semalam aku tido 2 jam jerr.. mata tak nak lelap.. puas buat macam2 tapi tak de hasilnya.. pukul 330am masih lagi terkebil2. 6.20am dah bangun. hujan punya la lebat pagi tadi.. siap deng guruh berdentum dentam...

ramai plak orang jogging malam ni... meriah betul...

aaarrgggghhhhh penat nya....

jom jom.. ni, project aku balik keje tadi, sensorang kat umah. kak norma tak de. ogy plak tak makan durian.. semua aku bedal.. wakakkaka
creamy, yummy & marbeles. sedap2. dapat gak durian kampung. manis. tak pahit2 macam panadol. makna kata sangat marbeles sehingga menjilat jari...

hari ni aku dapat satu lagi jenis durian... kalau dulu musang king, tapi hari ni aku adapat durian biji asam.. errmm aku pun tatau apa rasa dan ce mana rupanya...

walau apa pun... layan......



....from kekwa22 with love....

16 April 2011

Checklist Persiapan Perkahwinan

kali ni aku nak wat checklist. mesti la kena letak dalam diari kan... nanti lupa plak esok2.. sape yang susah? aku jugakkkkkkkkk... kan kan kan.. wakakka.. memang tak bleh blah... tapi aku rasa kelako la pulak.. tapi tak perr.. just layannnnnnnnn jerr... rasa macam poyo2 jeerrr... layannn...

persiapan majlis kahwin dulu dgn sekarang dah banyak berubah.. pada hal.. yang penting akadnya.. tapi tah la.. majlis aku ni.. wat sesimple yang mungkin jerr... lagi simple.. lagi bagus...

asal usul aku terlibat dengan bab2 ni.. adalah... errr enche affa la punya pasal nih... pertemuan yang tak di rancang. tak sangka pun. dia yang mulakan dulu... aku layan jerr... tak lama pun aku kenal enche affa.. tapi aku percaya pada jodoh dan takdir. cepat atau lambat.. bukan ukuran. DIA yang menentukan..

majlis pertunangan pun wat simple2 jerr pada 18 nov tahun lepas. walaupun simple tapi meriah. tak sangka plak aku dah jadi tunang orang... memang tak de rancang apa pun. dalam masa 2 minggu jer.. semuanya selamat dan selesai. then hidup aku meriah dengan kehadiran enche affa dan si kecik armand iskandar.
ni, wajah terkejut armand di hari pertunangan bapak dan mama dia. may be dia pun tak sangka kot..

ni le rupe budak manja yang kuat majok. bila armand mengeluarkan statment 'mama dan bapak bercinta'. aku dan enche affa tergelak beso.hari ni, hanya tinggal 1 bulan 6 hari menjelang majlis pernikahan aku dan enche affa.. dalam dok dup dap dup dap tu... kena gak wat preparation. walaupun wat majlis kecik2 lagi simple2 tapi kena gak prepare.

jom jom tengok senarai semak keperluan2 yang kena sediakan.

- langsir umah - settle dah

- lantai porch - on the way next week siap kot. sebab kena wat juge... kalo ujan.. memang lecah abis macam achik dulu. that why le kena wat juge.. lagi pun sekarang ni hujan tak menentu

- barang2 hantaran - siap semua beli

- kad jemputan - settle dah. belum di edarkan. tunggguuuuuuu

- menghias barang2 hantaran... errr... belum siap satu pun.. mahmood lari nak wat.. may be belum sampai seru nak wat.. eeeecceehh...

- khemah untuk jemputan - abang lim settlekan

- mesyuarat menu untuk kenduri pada awal bulan depan.

- tukang masak untuk majlis - abang lim & adik yang settlekan

- baju sedondon... dah siap dah tapi part achik tatau lagi. hari tu lom siap.

- kompang? ala.. guna cd sudah... tapi ada ke? tah! ni abg lim yang kena pikir.

- bunga manggar - kena gak ke? tapi dah settle

- door gift - belum ada bahannya..

- baju majlis pernikahan - masih lagi dok wat pilihan. belum confirm pun.

- kasut dah ada dah.. glamer gitu...

- baju majlis resepsi.. fuyooooooooooo... dah siap dah. gie sewa jerr...

- sape nak jadi pengapit pengantin nih... adooiii sesapa yang sudi, sila angkat tangan

- cameraman - settle dah

- juru makeup make over dah ada dah

- meja makan2 meja pengantin - dah tempah tapi belum finalize

- alas meja & skirting - belum confirm. yang ni achik uruskan

- chef hidangan meja pengantin... tah aku pun tatau.. sape yer.... angah kot. achik dah tak leh wat keje2 berat sebab orang pregnant awal2 ni.. kena wat mende2 tak berat jerr...

- hiasan bilik - tah aarr tatau lagi apa konsep..

- kek plak.. nak berapa tinggkat yer... hahhaha.. poyo gilerr.. nak kena cari sponsor nih..

- pakej fotografi kena fikir ni... ambil jerr la pakej ni... tak yah pening2 kepala. murah pun murah. semua ada...

aarrgghhh apa lagi yang tertinggal.. pikir pikir pikir.. aarrgghhh takleh pikir aarr...

jom jom pekena sup tulang dengan mee kuning. weeiii mee sup la nama dia...
eerrmmm... enak sungguh.

bila di hitung dan di hitung, banyaknya mende2 belum siap. tu kalo pikir bab2 nak kenduri kendara. ni kalo pikir bab2 nak mengemas umah dan nak pindah umah pulak.. aaddoooiiiiiiiii... dan dan ni aku rasa letih. terus rasa malas nak wat apa... tak de sape ke nak tolong... tolong... tolong..

aarrgghhh... lantak la...jom layan mee sup ni ada bagus...esok2 la pikir pulak....

Kau satu-satunya - Ukays

Oh.. siapalah diri
Aku ini
Tanpamu.. Dunia ku pasti tak berseri
Dan hidup tak menjadi

Kau bagiku.. satu-satunya
Padamu lah
Ku meminta, ku bermanja
Ku rindui, ku kasihi
Di hatiku kau abadi

Dengan sinaran kasihmu
Kian terancang hidupku
Tiada lagi keraguan
Kau bagiku kekuatan
Mana jua ku berada
Ditemani cahya cinta

Sejak dirimu ku dekati
Diri ku ini ku kenali
Hanya engkaulah sesungguhnya
Tiada dua

Di cermin kaca ku memandang
Diri ku serba kekurangan
Namun bagimu bukan itu jadi ukuran
Melengkapi hidup kita
Bukan harta.. bukan nama.. bukan rupa…

Kau.. bagi diriku
Satu-satunya
Ku meminta, ku bermanja
Ku rindui, ku kasihi
Di hatiku kau abadi.. ooo





....from kekwa22 with love....