Showing posts with label penne. Show all posts
Showing posts with label penne. Show all posts

13 October 2010

terima kasih

datang angin baik aku.. hari ni.. baik lahhhh sangat... lama giler aku tak wat time sheet.. so, aku pun mula la check nak wat dari bulan berapa.. rupanya2 aku tak wat dari bulan 5.. punya la lama tak hengat.. 5 bulan tu... err tapi bukan 5 tahun taw.. sekarang bulan saploh okeh! bagus betul aku nih... cayalah.. bukan senang nak dapat worker rajin cam aku nih..

tapi untuk anak2 buah aku, diorang, kena submit every week.. kalo diorang tak submit.. aku kecoh.. sebab aku kena sign.. tapi bila turn aku.. tak de sape nak kecoh.. hahhaha bila finance kecoh2.. untuk exec2 ni.. bukan aku sorang jer... taw.. kira sape makan cili terasa pedas la nih... baru la nak kecoh.. tapi kan, ok la.. at least aku ingat gak.. nak wat.. tak abaikan terus...

aku tanya azam bila last dia wat time sheet.. dgn bangganya dia bagi tahu sejak dia keje, baru 2 kali dia wat.. that means hanya 2 week jerr.. bila tanya ad.. jawabnya.. 'apa tu? tak pernah wat pun' tanya kamal plak, 'abaikan'. nak tanya fiza, dia tak de la plak.. dia pi melaka. tapi jangan tanya fendi.. awal2 lagi dia skodeng pc aku, tengok aku wat time sheet dia dah sound baik punyer... al maklom la.. dia nyer tak pernah miss.. sebab aku kena sign dia nyer time sheet.. hahhahah.. that why..

moral of the story, teruk kan aku nih.. kira ok la kan... aku hanya miss 5 bulan.. saje jerr nak cover.. wakakaka.. bukan malas.. tapi tak sempat... tapi aku dah submit dah hari ni semuanya.. so, aku tak utang apa2 dah.. kalo finance bising2 kira aku dah selamat... safety first..

keje aku hari ni, merayau seluruh merata ceruk alam mencari barang2 untuk 2 project baru.. habis hutan belantara, gunung ganang, bukit bukau, lurah denai dan lautan aku redah semuanya kerana PDB & VXD.. hampir setel.. tunggu reply jerr lagi.. then kena sambung bab2 process plak...

ikhlas...
errmm tajuk tazkirah kita pada hari ni adalah ikhlas.. ce mana? ok tak? ok la... tapikan.... i'm not a right person to talk about it.. but secara tak langsung boleh tanya pak cik google.

ermmm.. bila sumone raise up about my mimpi, aku mula terfikir tentang lima tahun lapan bulan & one more thing yang sangat2 direct to the point. kenapa ya.. muncul.. may be aku betul dan may be aku silap.. biarlah...

bila sumthing yang melibatkan hati dan perasaan, ianya akan jadi complicated. susah nak explain. tapi layan jerr la.. orang nak cakap apa.. its up to them.. sebab mulut orang mana boleh di tutup maaa... kalo nak merompak kena la tutup mulut mangsa supaya tak menjerit.. nanti kecoh la pulak.. kan... kan kan

i'm hepi. aku bersyukur sangat2 di atas apa yang dikurniakan selama ni.. sehingga ke hari ini. Alhamdulillah.. syukran.. i dun wanna cry anymore.. celik jerr mata pagi tadi aku dah promise to myself but after 6 hours ujan la pulak... nak wat ce mana kan.. dun worry, i can do it. ciyok! ciyok!

thanks nizam kerana berterus terang...

hari ni, bila dapat bil, baru aku perasan yang dah setahun rupanya. sebab kalo tak salah masa nak bayo ari tu.. gie sesama. cepatnya masa berlalu..

rasa macam dah lama tak soping barang dapo.. maklumlah tak masak.. tp sekarang ni, aku tak tahu nak masak apa.. i dun have any idea.. tambah2 pulak bila malas menjelma.. so, tak berasap la dapo aku.. kak norma plak outstation ke alor setar sambil balik kampung.. aku doakan agar misinya berjaya.. mudah-mudahan.. Ameen..

ni jerr yang sempat aku wat. jadi la.. alas perut before nak main badminton..
jom jom badminton time..

Pelangi Petang - Sudirman

Kumeniti awan yang kelabu
Kutempuhi lorong yang berliku
Mencari sinar yang menerangi
Kegelapanku

Kupercaya pasti suatu masa
Sang suria kan menyinar jua
Membawa harapan yang menggunung
Bersamanya...

Engkau tiba bagaikan pelangi
Tak bercahya namun kau berseri
Tapi cukup menghiburkan
Hati ini

Seharian waktu bersamamu
Tak terasa saat yang berlalu
Bagai pelangi petang kau kan pasti
Pergi jua...






....from kekwa22 with love....

28 August 2010

kedai jahit sedang beroperasi

hari ni, pagi2 macam luar biasa sikit. biasanya buke kedai dobi awal.. tapi aku buke tailor shop. lepas subuh dah buke dah... awal giler... sebabnya walau pun cuaca cam ni best tido, tapi mata aku ni.. cerah dah.. dah tak nak lelap lagi dah... maka.. aku memulakan sessi jahit menjahit.

dekat pukul 9 lebih baru buke kedai dobi.. sementara dia dok mendobi.. aku gie opis.. malas aku nak tunggu. kat opis, line aku bz dengan cable2. aku tolong2 assemble sikit2 then, balik pukul 12 lebih.. panas aarr hari ni,... tengah2 hari buta tu baru aku sidai kain... kulit aku dari kuning langsat, terus bertuko jadi hitam si tampok manggis... hahhaha tak bleh blah...

balik dari opis, dalam post box, ada surat untuk aku.. ye ye ye dapat kad raya
at least, ada gak kad raya . lama aarr tak dapat kad raya... mesti terujakan ... sape la.. yang bagi kad raya kat aku nih.. kan kan kan

bila tah aku nak mandikan jimmy. banyak habuk2 yang lekat.. ha... next week jerr la aku mandikan.. sebelum pi hantor servis. kalo tak.. orang yang nak servis tu.. tak lalu plak.. nak menggodek jimmy. weeii sediakan rm secukupnya untuk servis tahun kedua 25k, km.

ni, menu berbuke aku yang sorang....
tak yah nak susah2 masak yang berbagai.. ringkas serta mudah...

ni plak risole.
resepi asal kat sini. mintak sori ye.. cik manggis sebab aku dah adjust mengikut kesesuaian & keselesaan si pembuat.

bahannya
5 keping roti gardenia putih
100g daging di cincang
1 biji kentang di potong dadu
2 sudu serbuk kari daging
1/2 bawang besar di potong dadu
daun saleri di potong nipis
2 cawan air
1 biji telur di pukul ringan
breadcrumb secukupnya
1 sudu tepung
garam secukup rasa
minyak untuk menumis
minyak untuk menggoreng

kekdahnya
inti
panaskan minyak, tumis bawang hingga layu. masukkan serbuk kari yang di bancuh dengan sedikit air. biarkan hingga sedikit garing. masukkan daging dan kentang serta air. biarkan sehingga empuk. bila dah cukup masak, gaulkan dengan daun saleri. biarkan sejuk.

bancuh 1 sudu tepung dgn 1 sudu air, kacau sebati. bagi ia pekat. ni nak wat gam jap lagi

ambil sekeping roti, gelek roti seleper yang mungkin. letakkan inti keatas roti dan gulung. di hujungnya.. gunakan gam untuk melekatkannya. begitu juga di sebelah kiri dan kanan. golekkan kedalam telur dgn rata. dan digolekkan semula keatas breadcrumb sehingga rata. panaskan minyak dan goreng.. maka.. ni le hasilnya. sebenarnya ada 5 nih.. tapi yang satu lagi dah kena ngap.. then baru nak snap the pics. maklum la mula masak lambat hari ni...elok2 azan jerr baru siap.. tu arr terhegeh2 lagi... tapi best aarr rangup..

memang tak best berbuka sensorang. hasilnya aku makan sikit jer.. air plak yang bergelen2 masuk dalam perut aku ni... aarrggghhh tak bestnya berbuke sorang2. ujan renyai2 plak tu.. mencik betul...

mana pi ahlil umah no 25 nih? ogie balik melaka. kak norma gie berbuka dgn our PM kat pekan pahang nun.. punya la jauh. tapi dia tak tido sana. malam ni dia balik kl. tak perr aarr driver tolong anto. dia bleh jerr membuta. tapi, potong kaki ayam aarr che norma tak akan membuta punta.. cayalah..... sebabnya dia takut kalo driver tu merempit. maka tinggallah aku sorang diri...

cadangnya nak gie masjid malam ni, tapi tak tercapai hajat. aku malas nak alih2kan kete. so, kat umah jerr la.. layan blues sekali.. malam ni, kak norma nak sampai umah pukul brapa aku pun tatau..

setakat ni.. aku dah jahit 9 helai baju.. yang semua bukan milik aku.. huhuhu... tapi lom sembat lagi.. aku bajet.. nak jahit jerr semua dulu then.. baru sembat.. hari ni baru aku perasan yang angah beli kain kat opah pun ada kaler purple.. hish dia ni... dah siap jahit dah baru aku perasan.. hahha.. macam buta warna plak aku nih...

yang belum jahit lagi baju2 aku aarr... mak ada lagi 1, ita ada lagi satu dan balqis lagi 1. hope aku boleh siapkan.. hopefully. yang aku nyer.. nanti kat umah mak baru jahit.





....from kekwa22 with love....

08 July 2010

terubat rindu di jiwa

hari ni sejuk giler... pukul 5.30 aku dah terjaga sebab sejuk sampai ke tulang hitam. segala baju doremon selimut serta comforter tak boleh menahan kesejukan yang melanda. bila nak mandi.. dah satu hal.. kalo tak de heater, maunya aku mandi stail2 p ramlee jerr..

masuk opis, ni keje2 pertama yang aku buat.. sorting. sorting mende alah ni la.. lcd window. sesemua ni reject. macam2 problem ada bercampur2. masa dok sorting ni.. rasa macam kopek ikan bilis la pulak. hehehhe

seharian aku dok mengadap pc. semuanya kerana cable. kena wat study. kusyuk & tawaduk mengadap pc sampaikan tak sedar dah pukul 12 lebih. ceesss memang rajin tahap dewa hari ni.. nak meeting on monday ni.. nak kena wat presentation skit sebab nak improve process. aku harap agar semuanya berjalan lancar. mudah2an..

dari kat opis tadi dok pikir2 nak masak apa atau aku ni teringin nak makan apa2. tapi tak de apa pun yang terlintas kat kepala aku. memang aku cadang tak nak makan nasi. nak cari mende2 lain plak nak makan. esok jerr la makan nasi. tapi tadi memang tak sempat nak cari resepi2 kat tenet.. cess bz la sangat kan...

seharian hari ni badan shacking. rasa macam badan mengigil2 n melayang-layang jer.. pesal tah.. tak de la penat sangat. semalam main badminton hanya 2 game je.. satu game menang dan satu game lagi kalah. tak de la cam selalu main sampai 4 game baru balik. tak de alasan nak cakap penat.. tapi may be malam tadi tido lambat tapi bangun awal. that why la kot..

ni jerr la yang aku boleh pikir... penne carbonara ni bahan2 yang di guna-pakai.

bahan A
250g penne
2 sudu minyak masak
1 sudu kecil garam
air secukupnya

bahan B
1 tin pregio carbonara
1/2 cawan susu UHT full cream
3 ketul sosej lada hitam yang di potong memanjang
30g cendawan butang dihiris nipis
1/4 sudu kecil oregano
1 sudu besar butter
sekeping cheese
garam secukup rasa

kekdahnya
bahan A di rebus hingga lembut. kalo suke lembut selembut-lembutnya biarla lama.. tapi aku suke kalo penne ni.. cam liat2 sikit. sikit jerr.. then bahan B di campur semuanya dan di masak sehingga sekali didih. kan senang jerr tu.. dalam masa 20minit dah boleh makan. ringkas, senang dan cepat.

sepanjang hari ni.. dok tunggu msg dari king. senyap sunyi jer dia... tak perr aarrr.. ilek2 aarrr... tapi kan.. malam ni.. macam tahu2 jerr orang tengah dok ingat kat dia.. dengar jerr suara, terus berlinang air mata.. tah apa2. tah aarrr aku pun tatau ce mana.. tapi nampak gayanya cam tu aarrr.. tapi terubat rindu.

Terima Kasih Segalanya - Lestari

Terima kasih ku ucap kepadamu
Kerana sudi menyayangi diriku
Semoga kita bersama dan setia
Aku bersyukur pada Tuhan Yang Esa
Kerana dia yang menemukan kita
Semoga kita mendapat rahmat darinya
Hidup bahagia

Oh kasih indahnya kurasakan
Sewaktu engkau ada bersama di sisiku
Indahnya cintamu
Biarpun apa yang terjadi rela ku tempuh
Asal kau tahu hargai pengorbananku ini
Terhadap dirimu

Sewaktu kau berduka aku ada di sisimu menemani
Sewaktu kau gembira jangan pula kau lupa diri ini
Andainya aku tiada
Abadikan cinta kita sepanjang hayatmu

Terima kasih ku ucap kepadamu
Kerana sudi menyayangi diriku
Semoga kita bersama dan setia
Hidup bahagia...








....from kekwa22 with love....

11 May 2010

still

hari ni kat opis tak de la bz sangat. update database sebab nak masukkan indonesia nyer radio & sourcing pasal cable for pmo. diaorang ni, nak lepas tangan jerr.. sumer mende tak leh nak wat. pastu dah la nak bagi free jerr kat customer. tak per.. as may boss said claim under sio pmo banyak2 sikit.

yes, aku akan make sure claim banyak pas tu sikit plak. hehheeh.. ce mana tu??. aku dah bagi tahu siang2 yang aku hanya tolong sourcing sahaja. kalo nak assemble jgn suruh anak2 buah aku. aku tak kasi. sorang pun tak leh. even for half day. kalo nak pinjam equipment, you are welcome. anak2 buah aku dah cukup busy dah sekarang ni. jangan nak menyusahkan diorang dgn cable yang nak bagi free ni, kalo nak, bayo aarrr..

aku rasa kak norma ni, terus gie kuantan kot. tak balik2 lagi. biasanya kalo gie seberang perak, dah balik dah petang tadi. ni arr susahnya kalo tak jumpe jalan balik.. pergi reti, balik tak reti. ni nak kena install gps kat dia nih. supaya tak terlupa jalan pulang.

ni, my berbuka puasa for today. aku dun have any idea nak masak apa for berbuka. puas pikir kat opis tadi. tak de yang terlintas di hati. ni jerr la yang ada. alhamdulillah. bermakna aku kena berpuasa lagi 3 hari.
angah datang malam ni. aku suruh dia ambil cake. cam biasa payah sungguh nak suruh dia balik. mata dia dah ngantok. suruh tido jerr kat umah aku dia tanak plak. aku pun ngantok gak nih. sekarang ni aku memang tido awal pukul 11pm jerr dah landing dah. pas tu terus terlelap. 6am esoknya baru aku bangun.

aku rasa, aku ni tido lena, makan kenyang, mandi basah, tapi kepala still lagi pening. kalo kat opis tu, pening sejak pagi. kalo kat umah pening tak per.. boleh baring2 cam tadi. jangan pikir sebab apa pening. nanti macam2 plak. kalo pening, layan jer.. kalo kuar darah pun layan jer..

sejak petang tadi aku dok layan you're beautiful. dah episode 5. best gak citer nih.sebab tu aku layan. rasanya citer ni dah ada sejak tahun lepas lagi. cumanya belum ada kesempatan nak tengok. aku suke lagu nih..

Lee Hong Ki - Still / As Ever

sa rang eun a nil geo ra go
jeol dae ro a nil geo ra go
mae beon sog yeo wat ji man
nae mam eun ja kku neo reur bu reu go
han geor eum do mang
chyeo bo go han geor eum mir eo nae bwa do
geu reor su rog neon nae an e keo jeo ga go iss eo

geu man keum sa rang ha na
bwa geu man keum gi da ri na bwa
geu to rog a peu ge hae do
nae mam eun neor tteo nar su eopt na bwa
sa rang eun ha na in ga bwa
nae mam eun byeon chi an na bwa
neor hyang hae ji kyeo on
sa rang i je neun da man ar su it da go

tta tteut han neo ui nun
bic i tta tteut han neo ui sa rang i
dar a nar su rog nae an e
keo jyeo ga go iss eo

neo do nar sa rang haet na bwa
neo do nar gi da ryeot na bwa
geu to rog a peu ge hae do
ne mam eun nar tteo nar su eopt na bwa
sa rang eun ha na in ga bwa
nae mam eun byeon chi an na bwa
neor hyang hae ji kyeo on
sa rang i je neun da man ar su it da go
neor sa rang hae

ttae ro neun sa rang i hog eun nun mur i
u rir him deul ge hae do
sa rang hae sa rang hae
nae gyeot en neo man iss eu myeon dwae

yeo jeon hi sa rang ha na bwa
yeo jeon hi gi da ri na bwa
meo ri reur sog yeo bo a do ga
seum eun sog ir su neun eopt na bwa
sa rang eun ha na in ga bwa
nae mam eun byeon chi an na bwa
neor hyang hae ji kyeo on
sa rang i je neun da man ar su it da go
neor sa rang hae

TRANSLATION:

It wasn't supposed to be love
It was never supposed to be
I fooled myself many times before,
but my heart keeps on calling you
Before i tried to run away
I tried to push a step away
But even then you were growing bigger inside me

I must love you this much
I must wait for you this much
No matter how much it hurts,
my heart can't leave you
There must be one love
My heart won't change
The love I protected for you,
now I can tell you everything

Your warm eye expression
Your warm love
You are growing bigger inside me

You must have loved me
You must have waited for me
No matter how much I made you hurt,
your heart can't leave me

There must be one love
My heart won't change
The love I protected for you,
now I can tell you everything
I love you

Sometimes love, or tears will cause problems for us
I love you, I love you I just need you next to me

I must still love you
I must be waiting for you
I could fool my mind, but not my heart

There must be one love
My heart won't change
The love I protected for you, now I can tell you everything
I love you

tapi, aku rasa sat lagi ni, kalo aku terlayan blues, sure aku nangis nih. macam2 dah ni dalam kepala aku nih. kalo masa landing2 tu terlayan, habis aarr banjir. hopefully tak arr..

ina, pls pls pls... dont ok.






....from kekwa22 with love....

05 May 2010

yes or no? or?

pagi tadi aku pi hantar mak kat umah pak cu. dia cakap nak jumpe opah kat sana. maka, aku pun pi la hantar mak. kebetulan pak cu ada kat umah. hari ni dia off day.

baru aku perasan yang aku ni memang mudah terkejut. pesal yerr.. tapi memang selalu aku terkejut kalo masa drive, tetiba datang motor entah dari mana. kalo naik kete ngan ita, kalo aku terkejut, ita akan cakap, ina nih, buat terkejut ita la. dia terkejut sebab aku terkejut. masa aku drive balik dari umah pak cu pun aku terkejut gak bila ada tetiba kete cilok dari sebelah kiri. kenapa ya...

aku tak pk pun opah nak cakap pasal hal ni. memang tak terlintas langsung. entah la.. aku tak mengharap apa2 pun tentang sebuah jawapan. sebab aku sendiri tak tahu apa lagi nak pk. masa nak balik tu, opah cakap kat aku cenggini, 'opah tak larang & opah tak suruh, tapi jangan buat keputusan terburu2. apa2 hal telefon pah' aku faham opah maksudkan tentang apa. tapi apakah maknanya itu? malam ni, sure mak & pah discuss hal ni..

on the way balik, my mp3 berkumandang lagu ni. lagu motivasi untuk aku belajar. saat2 aku tak ada kekuatan nak study or nak mengadap buku, lagu ni la menjadi motivasi. hujan pulak tetiba. menyusuk ke kalbu lagu nih..

Bersama - Devotees

Kita pernah bersama

Menempuh onak dan duka

Tidak pernah putus asa

Walau dugaan datang melanda

Dikau pernah bertanya

Bila bahgia akan tiba

Ku berkata bersabarlah

Serahkan saja pada yang ESA

Bila masanya menjelma

Kebahgiaan akan tiba

Namun tidak mungkin ku lupa

Kenangan indah kita bersama

Menempuh onak cabaran

Dan liku hidup yang panjang

Tidak mungkin hidup ini sepi

Selagi ku masih di sini

Kita pernah bersama

Menempuh onak dan duka

Tidak pernah putus asa

Walau dugaan datang melanda

Bila masanya menjelma

Kebahgiaan akan tiba

Namun tidak mungkin ku lupa

Kenangan indah kita bersama

Menempuh onak cabaran

Dan liku hidup yang panjang

Tidak mungkin hidup ini sepi

Selagi ku masih di sini

Kini terungkai sudah

kisah hidup kita

Berbekal taat dan sabar

Pastikan berjaya




semalam abang k tepon. tapi masa tu aku masih dalam plane lagi. masa aku on henpon, ada miskol dari abang k. dia nak tanya khabar adik dia. tak pasal2 aku kena bebel. then tengah hari ni dia check semula.


Abg K: hai... dah masuk keje ke ?

aku: hi, baru je sampai opis ni. 10 minit

Abg K: dah pegi hospital ....dah chek?

aku: lom, malas la..ok jer..

Abg K: apasal belum

Abg K: nak tunggu cedera parah baru nak pegi?..

aku: tanak aarr cedera parah.. cam kronik jer

aku: tak wat appointment ngan doc

Abg K: kang tampar laju2 kang...nak ?

aku: tanak, sakit

aku: ganas aarr abng skrg

Abg K: dengan adik kena ajar ganas2 ..

Abg K: GGEEERRRRRRR..........

aku: perrgh


sayanggg abang k.

mula2 sekali aku masuk opis, aku tengok email. banyak giler tu ada 110 email yang aku lom baca. banyak giler tu.. lepas tu aku panggil eb, meeting. aku suruh dia update apa2 yang perlu untuk morroco. alhamdulillah radio dah complete 300 tapi atr baru 268. hope dapat di siapkan dalam this week.

then turn khairi pulak. update aku yang blur ni. semuanya pasal cable. khairi citer kat aku last 2 week we lost 34m axon cable, coz sumbody potong salah length. dengan length yang banyak tu, tak leh nak wat mende. perrggghh.. banyaknya waste. harga axon cable eur12.80/m. khairi bg tahu kecoh aarr, mujur aku tak ada, kalo tak aku hangin. hahahha..

hazem plak cari aku suruh update routing. summary of cable yang line aku dok assemble hari2 ada 96 type. mak oooiii banyak giler.. semuanya active product. biasa tak berapa nak perasan sebab kekadang 5 model jerr sebulan.pastu tuko plak model lain. banyak rupanya.. hahhaha

masa break pukul 4, aku melepak kat tempat ita sambil makan roti. lapo. my boss join sekali. dok citer2 pasal kete. ita dok surfing honda city. then yang tumpang sekaki, eb, fendi dan firdaus. firdaus tanya megat, berapa dia tolak harrier? then my boss jawab tak larat le nak tolak. hahahha

balik keje lapo giler.. mana taknya, aku makan nasi dalam 11.30am, pukul 4pm makan seketul roti. milo secawan. tu jerr la..

ni my dinner. 630pm aku sampai umah, pukul 7pm dah boleh makan. namanya makanan segera. hihiihihi.. penne + olive oil + button mushroom + onion + beef + chilli + tomato, basil & garlic pasta souce + cheese. ni la hasilnya.
mak balik may be on saturday or sunday, depand on pah. kalau dia nak ikut mak balik or tak.

teringat semalam masa aku bagi macaroni kat mak, kak norma tanya mak, 'makan ke?' mak jawab 'makan', then dia nak kasi opah sebungkus sebab ada dua. kak norma tanya la.. 'opah pun makan? mak cik masak macam mana' then mak pun cakap kat kak norma ce mana dia masak macaroni. hehehe aku menambah cenggini 'apa la kak, opah pun makan, kelass gitu' then kak norma cakap.. 'akak nak makan nasi jugak, akak orang kampung' hahhaha.

malam ni tak gie main badminton. tak larat. aku nak tido awal. nak solat & tido jer.. sebelum tu, nak bagi tahu satu dunia ni.., i miss king.

gudnite





....from kekwa22 with love....

11 April 2010

sebenarnya...

pagi ni mulanya bercadang nak gie jogging. tapi tak jadi arr.. kak norma balik membawa perkhabaran yang kak roza dah masuk icu. semalam peparu dah di masuki air. platlet darah makin turun. aku doakan moga kak roza makin sembuh. kak norma pun look very tired. nanti, dia jaga orang sakit, nanti dia pulak yang sakit.

hari ni aku tak de plan apa dah.. paling jauh aku gie hari ni adalah ampai kain jerr.. gate depan pun tak melepasi lagi. malas nak kuar

awal2 lagi aku layan movie ni. kalo ada 3D viewer sure best. tapi citer ni memang best.
sambil layan citer ni.. aku mengadap roti canai. ni kak norma beli masa dia balik tadi. sejam baru abis sekeping roti canai. sampai keras2 dah. hehhehe.. sebab dok melayan citer ni. best. kelako plak tu. dah le cekeding jerr ada hati nak join orang tangkap dragon. tapi citer ni.. touching aarrr... sangat sangat sangat.

pastu agenda diteruskan dengan citer nihwalau pun dag basi.. tapi ok aarr aku baru terr nak layan. dulu2 tak berkesempatan. sebijik cam dragon ball. best gak..

habis citer nih aku layan citer nih plakciter ni.. tak leh layan malam2. nanti takut nak turun tangga. hehhehe.. siang2 tak perr.. sebab banyak terkejut2. kalo malam, pasti walau bunyi sikit jerr dah terjaga.. hish.. tak leh.

pukul 3 lebih baru aku start masak. penne with tuna.
satu tin tuna aku habiskan.. punya la heaven rasa ikan. tadi king siap suruh aku makan nasi. rasanya last sekali aku makin nasi, masa jumpe dia aarr.. eehh tak tengah hari jumaat aku ada makan nasi. baru dua hari tak makan nasi maaa.. lom sampai seminggu.

tatau dah nak wat mende. nak tido mata tak nak lena.. maka layan lah citer nih..aku rasa.. hari ni, dah nak muntah2 dah tgok movie. best gak bermalas2 kat umah. tapi kalo hari2 cam nih, mau bosan tahap gaban nih.

petang tadi masa layan blues. kilat sabung menyabung. guruh kuat pulak tu.. hujan jugak la petang tadi. sebenarnya.. apa ye.... tapi.. ni la sebenarnya...

Apa Sebenarnya- Fauziah Latif

Andai sampainya waktu aku harus tinggalkan mu

Akan aku berlalu bila tiba saat itu

Tak guna kau merayu dan tak perlu menahanku

Kerana yang berlalu kehendakmu

Hanya tuhan yang lebih tahu

Susah senang hidup dengan mu

Sumpah janji semakin layu

Hingga kini jatuh satu persatu

Engkau membiarkan ku

Air mata bertamu tidak kenal erti jemu

Menemani hatiku tidak mengenal ruang waktu

Mengapa dari dulu tak kau kata kan padaku

Kehadiranku ini menyusahkan

Yang terhalang kejujuranku

Dan yang terbilang kesilapanku

Memang payah dimengertikan

kerana tertutup pintu hati mu

Terima penjelasan

Biar apa jua tafsiran

Yang ingin kau nyatakan

Aku rela terima semua....













....from kekwa22 with love....

03 April 2010

the conversation

pagi ni aku pi swim. dah lama betul tak gie swim. sejuk plak tu.. tapi kat dalam pool mula jerr rasa sejuk. pas tu dah ok. kat dalam pool tu aku borak ngan kak norma. topik pagi ni sangat berat. perrgghh conversation yang serius dalam pool. macam2 hal.. sesemuanya berat2 belaka.

lepas balik dr swim aku g giant sebab kak norma nak g beli manik. sblum kedai tu buke, kitaorang pi bfast. aku makan laksa johor. boleh jerr.. pastu pi soping dalam giant. beli barang2 keperluan jerr..pastu g beli manik then balik.

kedai dobi buke lambat sket. kul 11 cam tu. kat umah kak norma bising2 sebab aku tak makan nasi. adoii... bukan tak nak makan nasi. tapi kalo hari keje boleh di katakan tiap2 hari dah makan nasi. so, weekend bagi la peluang makan mende lain plak. lagi pun tak best arr nasi beras pony. tak sedap. hehehe..

pukul 3 petang aku masak ni jerr untuk lunch.
then aku bermalas2 jerr kat umah. sambil bersms dgn king. petang tadi g pasar malam. cam bosan jerr pasar malam hari ni. tak meriah pun.

dekat 2 jam aku belek2 blackberry kak norma. susah sungguh nak pakai mende2 yang canggih ni. sepanjang tu.. baru belajar satu dua perkara jer.. baca manual pun tak bleh nak solve. tak pe tak pe.. nanti bleh try lagi..

tak paham arr kenapa aku selalu pening kepala? kalo hari kerja, pukul 9 pagi dah start sakit kepala. berdenyut. kalo layan sakit kepala ni.. memang tak leh wat apa. bila di abaikan, kekadang menganggu consecration. every day like this. pagi tadi, masa kat giant, aku rasa pening yang sama. always like that. pesal errkk dgn aku? darah masih rendah lagi ke? aku dah makan banyak dah. pulak tu kerap jugak makan. mana larat macam ni... ubat plak dah abis. malas nak amik ubat lagi. tak larat dah nak telan. tengok la nanti ce mana.

arrgghh ngantoknya.. satu waktu yang dulu, malam ni, aku tak leh tido langsung. pulak tu di hantui dengan perasaan takut. takut sangat2. errmm masih segar di ingatan semuanya...









....from kekwa22 with love....

03 March 2010

a letter

semalam aku tak tau berapa jam jee aku dapat tido.. entah arr macam2 dalam kepala aku. pukul 1 lebih tak leh tido lagi. lama dok pujuk2 mata.. tapi tak berhasil. tah bila tah terlelap aku tak perasan. tapi pukul 3.30am aku dah jaga.. susah betul nak lelap semula. pastu kul 6 dah bangun. tak tau berapa jam je aku tido.

pagi tadi aku bz dengan board2 digital. macam2 hal. entah la. aku pun tak tau.. tak tahu nak pk ce mana dah. tengah hari skit aku dok kat line cable wat label. dua jenis cable jerr for this week.

petang plak aku melepak jerr la.. sempat cari data2 nak study filotex cable je. pastu tempat aku dah jadi cam ni... tunggang langgang. specialnya tempat aku kena selimut tu.. hehehhe.
balik keje aku dapat surat ni.
surat yang aku tunggu2 selama ni.. macam2 hal la plak.. tak perr aarr nanti le pk secara muktamat.

ni je aku masak malam nipenne mushroom. tak larat dah nak buat apa.. malam ni aku tak gi men badminton sebab aku demam. tetiba jerr..

sambil makan aku layan citer ni
Thomas Craven, a single father, has been a Boston homicide detective for many years. His 24-year-old daughter Emma, his only child, is killed on the front steps of his home. At first it appears that Craven was the intended target. He soon uncovers evidence that leads him to think differently, and decides to pursue the information at all costs. He learns his daughter led a secret life that led to her murder. He quickly finds himself confronted with a shadowy world of corporate collusion with government-sanctioned murder. In the process he collides with a secret government operative, Darius Jedburgh, whose job is to clean up and hide any remaining evidence. Craven's singleness of purpose in finding answers about Emma's death becomes a transforming experience that changes his life

tapi aku tak larat tengok sampai habis. sebab kepala makin sakit. panggilan katil tilam & bantal. ogie lom balik dari opis. kak norma plak dah 2 hari tak nampak rupa.

nite










....from kekwa22 with love....