dekat pukul 9 lebih baru buke kedai dobi.. sementara dia dok mendobi.. aku gie opis.. malas aku nak tunggu. kat opis, line aku bz dengan cable2. aku tolong2 assemble sikit2 then, balik pukul 12 lebih.. panas aarr hari ni,... tengah2 hari buta tu baru aku sidai kain... kulit aku dari kuning langsat, terus bertuko jadi hitam si tampok manggis... hahhaha tak bleh blah...
balik dari opis, dalam post box, ada surat untuk aku.. ye ye ye dapat kad raya

bila tah aku nak mandikan jimmy. banyak habuk2 yang lekat.. ha... next week jerr la aku mandikan.. sebelum pi hantor servis. kalo tak.. orang yang nak servis tu.. tak lalu plak.. nak menggodek jimmy. weeii sediakan rm secukupnya untuk servis tahun kedua 25k, km.
ni, menu berbuke aku yang sorang....

ni plak risole.

bahannya
5 keping roti gardenia putih
100g daging di cincang
1 biji kentang di potong dadu
2 sudu serbuk kari daging
1/2 bawang besar di potong dadu
daun saleri di potong nipis
2 cawan air
1 biji telur di pukul ringan
breadcrumb secukupnya
1 sudu tepung
garam secukup rasa
minyak untuk menumis
minyak untuk menggoreng
kekdahnya
inti
panaskan minyak, tumis bawang hingga layu. masukkan serbuk kari yang di bancuh dengan sedikit air. biarkan hingga sedikit garing. masukkan daging dan kentang serta air. biarkan sehingga empuk. bila dah cukup masak, gaulkan dengan daun saleri. biarkan sejuk.
bancuh 1 sudu tepung dgn 1 sudu air, kacau sebati. bagi ia pekat. ni nak wat gam jap lagi
ambil sekeping roti, gelek roti seleper yang mungkin. letakkan inti keatas roti dan gulung. di hujungnya.. gunakan gam untuk melekatkannya. begitu juga di sebelah kiri dan kanan. golekkan kedalam telur dgn rata. dan digolekkan semula keatas breadcrumb sehingga rata. panaskan minyak dan goreng.. maka.. ni le hasilnya.

memang tak best berbuka sensorang. hasilnya aku makan sikit jer.. air plak yang bergelen2 masuk dalam perut aku ni... aarrggghhh tak bestnya berbuke sorang2. ujan renyai2 plak tu.. mencik betul...
mana pi ahlil umah no 25 nih? ogie balik melaka. kak norma gie berbuka dgn our PM kat pekan pahang nun.. punya la jauh. tapi dia tak tido sana. malam ni dia balik kl. tak perr aarr driver tolong anto. dia bleh jerr membuta. tapi, potong kaki ayam aarr che norma tak akan membuta punta.. cayalah..... sebabnya dia takut kalo driver tu merempit. maka tinggallah aku sorang diri...
cadangnya nak gie masjid malam ni, tapi tak tercapai hajat. aku malas nak alih2kan kete. so, kat umah jerr la.. layan blues sekali.. malam ni, kak norma nak sampai umah pukul brapa aku pun tatau..
setakat ni.. aku dah jahit 9 helai baju.. yang semua bukan milik aku.. huhuhu... tapi lom sembat lagi.. aku bajet.. nak jahit jerr semua dulu then.. baru sembat.. hari ni baru aku perasan yang angah beli kain kat opah pun ada kaler purple.. hish dia ni... dah siap jahit dah baru aku perasan.. hahha.. macam buta warna plak aku nih...
yang belum jahit lagi baju2 aku aarr... mak ada lagi 1, ita ada lagi satu dan balqis lagi 1. hope aku boleh siapkan.. hopefully. yang aku nyer.. nanti kat umah mak baru jahit.

....from kekwa22 with love....
rajin u menjahit ye. kalau la i pun ada bakat dan kerajinan itu.. hahahhaa.
ReplyDeletemmg tak best buka posa sorang2 kan. rasa tak lalu nak makan. sahur lagi la tak lalu nak makan kalau sorang. huhuhu.
kena paksa diri jadi rajin sebenarnya nih...
ReplyDeletemmg setuju sangat. nanti layan blues jerr lebih.. huhuhu