Showing posts with label bubur. Show all posts
Showing posts with label bubur. Show all posts

30 December 2012

Rajin betul...

Alhamdulillah... hari ni.. aku sempat siapkan bubur isyraf. resepi si manja untuk kali nih...

bahan nyerrrrr
nasi 3 senduk
1 batang lobak merah
sekeping ikan merah yang telah di goreng garing
1 cawan air
garam secukup rasa.

kekdah nyer..
rebus carrot hingga empuk. blend kesemua bahan termasuk air rebusan carrot. kisar sampai betul2 halus. bekukan. cair dan panaskan semasa hendak dimakan. errmm isyraf memang sangat berselera...


boleh la stock untuk  seminggu.biasa nyerr aku buat setiap minggu. tak nak simpan bubur lama2 sangat. nanti nutrien akan reduce.errmm.. aku cuma nak elakkan ayam dalam penyediaan bubur isyraf. hajat nak wat pure labu belum lagi kesampaian. labu nyerr dah ada.. so, tunggguuuuuu

Bila perut kenyang.. hati pun senang.. nak study pun senang.. kan isyraf kann 
rajin betul


 
 ....from kekwa22 with love....

“Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat… dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”

20 October 2010

hilang dalam terang

hari ni bz2 dengan cable.. sampai terbelit2.. emosi masih kureng stabil.. tapi hati gumbira..

lalalala

bila aku baca email hazem hari ni.. senyum lebo jerr aku.. mujur la aku insap hantar timesheet last week. maknanya aku tak terlibat.. kalo tak.. aku termasuk golongan2 yang tegar.. pada hal.. memang masuk group tu gak pun.. wakakaka.. cuma selamat sikit jerr... huhuhu

memang aku tak paham.. sejak dua menjak ni, aku malas jalan kaki gie keje.. hari2 aku bawak jimmy. bukan nak gie mana pun.. sajer.. tah la.. jiwa kacau cam ni la..

semangat nak gie kk dah ni.. semua dah setel.. cuma beg yang tercabut tali tu.. bila nak repair pun tatau. dah la baru beli jer.. mahal plak tu.. menci betul... kalo susah2 sangat.. usung jerr bag pack kehulu & hilir setel.. nanti kat sana kalo jumpe beg baru.. boleh rembat.. kan kan kan

menci aaarrr tapi hepi. tak paham arrr.... mesti ujan punya.. kalo dulu2 tak de la rasa cam tu.. tapi lately ni.. mesti diakhiri dengan ujan. aku pun tatau apa masalahnya.. aku merasai kehilangan.. walaupun kehilangan tu tak hilang.

Hujan - Sudirman

Hujan yang turun bagaikan mutiara
Berkilau bersinar berkerdipan
Subur menghijau bumi terbentang
Dan bayu berpuput lembut

Cinta yang bersemi
Diwaktu hujan turun
Menyirami ketandusan hati
Dan hujan turut mengiringi
Engkau pergi...

Selembut hujan bercurahan
Begitulah cinta ini
Semesra bumi yang disirami
Begitulah hati ini

Hujan yang turun bersama air mata
Bersama pedih, bersama rindu
Kau datang dan kau pergi jua
Rindu lagi...


rasa tak sedap badan.. sejak semalam lagi. rasa macam nak demam jer.. dari pagi tadi sakit tekak & dedar2 jerr badan. jangan aarr demam time2 nak gie holiday ni.. nanti mahmood lari..

ujan pun dah berhenti... err.. biar hujan2 dahulu.. panas2 kemudian. kak norma cakap, 'semalam menangis macam ke hapa lagi. mujur hari tak.' dia tatau dah dapat ubat siang tadi... hihihi...

jangan aarrr sakit.. kalo tak banyak pun tak per... kalo dah sikit, lama2 boleh abis, taw.. biar la maintain..

malam ni tak ramai datang men badminton. malam ni tetiba ada yanti. kira 1st time la aku jumpe dia kat court.

lepas balik tu, aku continue masak bubur pulut itam. masa nak gie tadi dah siap2 rebus dah..then balik ni just letak garam, gula & santan jer...
orang makan bubur petang2.. tapi aku plak malam2 bute.. hehhe nasib la.. siang2 sibok bekerja.. that why la.. hantam jerr la.. makan jerr la kalo rasa nak makan.. mana ada undang2.. yang ada undang2 pun orang langgar...




....from kekwa22 with love....

20 May 2010

tak de mood langsung...

sepanjang minggu ni sebenarnya aku rasa bosan. tak de semangat langsung nak wat keje. biasa on monday jerr cenggini . tapi ni, the whole week dah cam ni. aarrgghh mahmood lari. motivasi nak keje, jatuh merudum. tergolek2 dah ni.pagi2 ni dapat berita sedih. mak bidin kembali ke rahmatullah. al-fatihah. ramai la iop ste g menziarahi. tak terkecuali aku. suasana sedih menyelubungi. aku dah la ngantok sangat2. bukan ngantok nak tido. tapi just rasa mengantok. semalam tido pukul 1am lebih, then pukul 4am terjaga. tapi tak de kekuatan nak bertahajjud. alasan letih main badminton. bagus kan alasan. syaitan pun bersorak riang. ceesss

kononnya nak derma darah. tapi niat suci murni tu tak tercapai. ada dua sebab yang tak boleh menderma. kenapa tak boleh? sebelum tu, sila baca term & condition dulu taw...
aku ni, sebab paling utama adalah aku baru jerr lepas operate. so, tak leh. masih ada kesan ubat bius, doktor yang bertugas tu bagi tahu. kena tunggu another 6 months baru boleh derma. seperkara lagi adalah, my blood pressure still low. 54 beb. perrgghh. pesal turun balik nih. before operate hari tu dah dekat2 70 dah. adoiiii masa-elah betul la. ala.. nak bagi sama dengan berat aarr tu. hahahaha. last2 hanya ita & fariza jerr yang layak menderma. ciyok! ciyok! tak pe.. yang penting niat tu ada.


budak2 battery kat belakang tempat aku ni dok keep sing this song. lama tak layan lagu nih. lagu masa zaman2 aku kamceg giler ngan pak cu. lirik yang tah apa2. ni aku nyer pendapat la. apa yang dia nak sampaikan aku pun tak paham. hanya penulis lirik jerr yang paham kot. tapi best gak di layannnn..

Gemuruh - Search & Wing

Di dalam gerimis
Penuh rahmat, dia tersentuh
Cendawan alpa,
Sesegar pagi, yg permai damaikan
Tunggul di pinggir rimba
Lantas mendambarkan
Kisah sempurna Dari jiwa Bakal Surinya

Di dalam kelambu
Menunggumu, dia kesali
Hilang bayangan
Pedoman, ikhtiar dan arah
Persis si buta mendambakan
Hidup sedehana,
Menjamahi Hari hari Mimpi Mimpinya..

Oh sendiri meratapi
Sekalungan sengsara
Dan meratap siksa
Pahit maung madah punjangga

Terbukti kasih
Yg hanya serampang berbisa
Mengukir Gerigis besi kaca
Dan pawaka

Tak tersedar meratapi kepusar keinsanan
Membibitkan titis-titis sepekat warna darah dan dosa

diorang siap nyanyi lagu ni beramai2 lagi. perrgghh. happening giler bilik battery belakang tempat aku nih. meriah. tapi tak sumbang okeh!. tu paling penting. sedap jerr di dengar. walaupun diorang sing a song, tapi keje2 tak berhenti. masih berjalan macam usual. sekadar memeriahkan keadaan.


habis jerr lagu ni, terus jerr sambung dgn lagu nih,

'singer, menawan keluarga bahagia...'

waahh tak hengat diorang nih. aku ngan din kat sebelah ni, dah tak leh nak control gelak dah. macam2 la diorang nih. meriah betul.

aarrgghh sakit belakang, sakit lengan & kaki. semua sakit ni... main 4 game jerr semalam. satu game kalah.. sajerr jerr tu, nak kasi diorang menang. hahah. ni sebab lama tak turun gelanggang aarr nih. that why la sakit semua.

nak masak apa ye... tak tahu aarr nak makan apa dah. tulun tulun dah 2 hari tak makan nasi. nasi jerr tak makan, tapi yang lain, pantang jumpe jer.. apa ya nak masak. any idea? memang tak de idea. tapi bila ogie ajak aku pi langgaq. pergghh jangan di tolak. teh ais la jawabnya.. kalo dah sampai langgaq, tak kan nak masak lagi... apa kelassss... hahhahah ni, my dinner. dapat jugak nasi. bubur nasi. my dinner for tonight.

last night, aku mimpi diorang.. i keep thinking about that. kenapa ye.. selalunya tak mimpi pun. rasa macam nak call. tapi... err entahlah. tak per la.. tunggu la sampai aku lupa peristiwa tu... selagi peristiwa tu, masih dalam ingatan, may be not kot. aku dah belajar sesuatu yang berharga satu ketika dahulu. cukuplah sekali. tak perlu berulang untuk kedua kali.

tetiba rasa macam nak belajar satu peribahasa jer... ni ha.. peribahasa

air yang tenang jangan di sangka tiada buaya

in english we called 'still waters run deep'

betui ke? betul kot. cam tu la lebih kurang. jauh tu bunyiknya... kalo direct translate dah jadi tah apa2

apa kena mengena mimpi aku dgn dengan buaya. memang ada kena mengena. silap2 aku kena ngap! tak pasal2 aku yang jadi mangsa. so, moral of the story, pls dont. jangan nak memalukan diri sendiri.







....from kekwa22 with love....