14 June 2008

Menanti di Barzakh- FarEast


Menanti Di Barzakh
Album : Halawatul Iman
Munsyid : Far East


Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,

Perjalanan Rohku,
Melengkapi Sebuah Kembara,
Singgah Di Rahim Bonda,
Sebelum Menjejak Ke Dunia,
Menanti Di Barzakh,
Sebelum Berangkat Ke Mahsyar,
Diperhitung Amalan,
Penentu Syurga Atau Sebaliknya,

Tanah Yang Basah Berwarna Merah,
Semerah Mawar Dan Jugak Rindu,
7 Langkah Pun Baru Berlalu,
Susai Talkin Penanda Syahdu,
Tenang Dan Damai Di Pusaraku,
Nisan Batu Menjadi Tugu,
Namun Tak Siapa Pun Tahu Resah Penantianku,

Terbangkitnya Aku Dari Sebuah Kematian,
Seakan Ku Dengari,
Tangis Mereka Yang Ku Tinggalkan,
Kehidupan Disini Bukan Suatu Khayalan x2
Tetapi Ia Sebenar Kejadian x2

Kembali Oh Kembli,
Kembalilah Kedalam Diri,
Sendirian Sendiri,
Sendiri Bertemankan Sepi,
Hanya Kain Putih Yang Membaluti Tubuhku,
Terbujur Dan Kaku,
Jasad Terbujur Didalam Keranda Kayu,

Ajal Yang Datang Dibuka Pintu ,
Tiada Siapa Yang Memberi Tahu,
Tiada Siapa Pun Dapat Hindari,
Tiada Siapa Yang Terkecuali,
Lemah Jemari Nafas Terhenti,
Tidak Tergambar Sakitnya Mati,
Cukup sekali Jasadku Untuk Mengulangi,

Jantung Berdenyut Kencang,
Menantikan Malaikat Datang,
Mengigil Ketakutan Gelap Pekat Dipandangan,
Selama Ini Diceritakan x2
Kini Aku Merasakan x2
Dialam Barzakh Jasad Dikebumikan x2

Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,

....from kekwa22 with love....

Tenangkanlah Hati


memiliki hati yang tenang, bahagia dan tiada rasa gundah-gulana adalah sesuatu sangat diinginkan semua orang.orang yang berakal menurut Syeikh Abdurrahman bin Nashir as-Sa'di Rahimahullah dalam bukunya, 'Al-Wasaailu al-Mufaidah lil Hayatatis Sa'idah' ialah: "Kehidupan sebenarnya ialah kehidupan yang dijalani dengan bahagia dan tenang. Kehidupan ini pendek sekali dan tidak sepatutnya dipenuhi kesedihan dan dalam kesusahan".

Jika seorang itu ditimpa musibah atau takut menghadapi musibah, dia hendaklah membandingkan antara nikmat yang diperoleh baik dalam urusan agama atau dunia dengan musibah yang menimpanya.

Dengan membuat perbandingan itu, jelaslah baginya betapa banyak nikmat yang dikurniakan Allah s.w.t kepadanya.

Syaikh as-Sa'di juga menyarankan: "Hendaklah juga membandingkan antara kemungkinan risiko yang menimpa dengan banyaknya kemungkinan dapat diselamatkan daripadanya. Jangan sampai kemungkinan yang lemah dapat mengalahkan kemungkinan kuat dan banyak. Dengan demikian, akan hilanglah kesedihan dan perasaan takut".

Setiap orang juga perlu menjangkakan perkara paling besar yang dapat menimpa kemudian menyiapkan mental untuk menghadapi apabila terjadi serta berusaha mencegah yang masih belum terjadi dan menghilangkan atau paling tidak meminimumkan musibah yang sudah terjadi.

Apabila seseorang dihadapkan dengan ketakutan, sakit, kekurangan atau tidak tercapai keinginannya, dia hendaklah menghadapinya dengan tenang dan menyediakan mental mencukupi, malah dia harus bersiap menghadapi keadaan lebih berat sekalipun.

Sesungguhnya persiapan mental dalam menghadapi musibah akan memperkecilkan musibah itu dan menghilangkan bebanannya.

Apa yang lebih penting ialah selalu memperbaharui kekuatan menghadapi musibah disertai dengan tawakal dan yakin kepada Allah.

Jika hati bersandar dan bertawakal kepada Allah, tidak menyerahkan kepada prasangka buruk, tidak dikuasai khayalan negatif dan yakin atas kurniaan Allah, pasti akan terusirlah perasaan sedih dan mampu menghilangkan pelbagai penyakit fizikal dan jiwa.

Hati boleh mendapat kekuatan, kelapangan dan kebahagiaan yang tidak dapat diungkapkan.

Ramai orang yang tabah hatinya tetapi masih terpengaruh dengan prasangka buruk dan khayalan, apatah lagi orang yang memang lemah hatinya.

Betapa hal berkenaan sering menyebabkan kedunguan dan kegilaan.

Firman Allah bermaksud:

"Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya". (Surah Ath-Thalaq: Ayat 3).

Ertinya Allah akan mencukupkan untuknya semua apa yang dia perlukan daripada urusan agama dan dunianya.

Oleh itu, orang yang bertawakal kepada Allah hatinya menjadi kuat, tidak dapat dipengaruhi prasangka buruk, tidak dapat digoncang oleh peristiwa yang terjadi kerana dia tahu, termasuk tanda lemahnya jiwa ialah perasaan takut yang tidak beralasan.

Dia tahu Allah akan menjamin sepenuhnya orang yang bertawakal kepadaNya. Dia yakin kepada Allah dan tenang kerana percaya akan janjiNya.

Dengan demikian, hilanglah duka dan gelisah. Kesulitan berubah menjadi kemudahan, kesedihan menjadi kegembiraan dan perasaan takut menjadi keimanan.


....from kekwa22 with love....

Tip


PERTAMA.
Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.

KEDUA.
Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting pabila usia semakin tua.


KETIGA.
Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari. Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perlu

KEEMPAT.
Apabila kamu berkata, " Aku Cinta Padamu", maka tunaikanlah.

KELIMA.
Pabila mengatakan, "Maaf", tenunglah matanya.

KEENAM.
Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan.


KETUJUH.
Percayailah cinta pandang pertama.


KELAPAN.

Usah tertawakan impian orang lain. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa.


KESEMBILAN.
Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.

KESEPULUH.
Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.

KESEBELAS.

Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka.

KEDUABELAS.
Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.

KETIGABELAS.

Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari, lontarkanlah
senyuman dan bertanyalah padanya,"Kenapa anda ingin tahu?"



KEEMPATBELAS.
Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.


KELIMABELAS.
Ucaplah "Semoga anda diberkati" apabila mendengar seseorang bersin.

KEENAMBELAS.
Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar.

KETUJUHBELAS.
Berpeganglah kepada tiga R:

1.
Rasa hormat pada diri sendiri;
2.
Rasa hormat kepada orang lain;
3.
Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda

KELAPANBELAS.

Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah persahabatan yang besar.

KESEMBILANBELAS.
Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan
itu.


KEDUAPULUH.
Tersenyumlah ketika menjawab telefon. Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar.


KEDUAPULUH SATU
Ada ketikanya anda perlu bersendirian...



....from kekwa22 with love....

13 June 2008

Doa



Ya Allah Yang Maha Penyayang
Leraikanlah aku dari keluh kesah
Yang membelenggu jiwa dan fikiran
Ditambah dengan hasutan syaitan

Kurniakanlah kepadaku ketabahan
Singkapkanku hikmah segala ketentuan
Moga sinarMu berikanku pedoman
Hanya padaMu segala ketetapan

Seandainya diri ini
Mampu meraih cinta keredhaanMu
Seandainya akulah insan yang terpilih
Pimpini hidupku

I just hope to be a much better person.
To be able to lessen the hurt I might have caused to the people I love around me.
Directly or indirectly.
I am trying my best.

It has made be thinking.
And I pray that once all is done, things will take place nicely.
Not for worse, but a brighter future ahead.
On the verge of breaking down.
But saying to myself that things will be okay.

Let's see how it goes by the efforts done.




....from kekwa22 with love....