02 April 2009

sejujurnya...

tulisan ni.. macam sama jerr dengan apa yang aku alami.. ni..

Sejujurnya aku memerlukan seorang teman untuk berbicara, namun hati tidak mengizinkan untuk meluahkan apa yang terbuku. Bicara ku ini terlalu dalam, perasaan berkeceramuk, pilu.. serta tidak tentu.. mungkin kah hati ini sudah terbuka untuk menerima kembali kasih sayang dari seorang insan bernama lelaki….. hati ini amat memerlukan kasih sayang itu….

Melalui hari-hari tanpa “teman”, membuatkan diri ku ini sentiasa kosong, dahulunya aku merasakan walau sejauh mana kaki melangkah aku tidak peduli tentang persoalan kasih sayang. Melihat mereka disekeliling gembira bersama teman membuatkan hatiku berdetik dahulunya aku juga begitu.. akan ada lagikah hari-hari begitu untuk aku… ???? sering kali persoalan ini timbul tanpa jawaban yang pasti.. semuanya ku serahkan kepada TUHAN yang Maha Esa…

Perjalanan ku masih panjang, menunggu hari-hari mendatang tanpa tujuan…… merindui kala kau mengukir senyum,ketawa.. ah.. kalaulah kau tahu betapa hati ini amat perlukan kasih sayang mu…

Mungkinkah ini menandakan yang aku telah jatuh sekali lagi kealam percintaan sesama manusia? Kehadiran tanpa dirancang, persoalan tanpa jawaban… aku masih tidak mengetahui kesamaran yang bakal aku tempuhi..

Dapatkah kau merasakan,
Debar yang kian berdendang,
Kau ku dambakan dalam jiwa,
Serambi rindu ku bertamu

Ingin kuluahkan rasa cinta
Hakikatnya aku tak berdaya
Adakah dirimu merasakannya
Cinta yang berputik di jiwa
Kekasihku hadirlah
Nyalakan obor cinta
Biar sama mengharungi
Ranjau yang menanti
Ya TUHAN ku restukan lah
Cinta kami berdua
Kita sama melayari Lautan Cinta ini
Berjanjilah....

“Manusia selalu menyatakan dunia tidak adil bilamana terjadinya sesuatu musibah, adilkah dunia ini? Atau kita yang tidak adil kepada dunia??? Bilamana sesuatu dapat dicapai dengan mudah kita katakan dunia ini milik kita, andai sebaliknya kita menyalahkan dunia… tidak kah kita yang mencorakkan dunia ini menjadi seperti yang kita mahukan? “

kredit to http://jenggloot-perantausepi.blogspot.com

....from kekwa22 with love....

01 April 2009

F=ma

hari ni aku dapat new peribahasa. tah la peribahasa ker?.. eerrmm cam ungkapan jerrr

‘nak seribu daya, mahu seribu cara’.
Tetapi,
‘nak seribu daya, tak nak seribu alasan’

kalau tanya aku.. F=ma

F means force = mass times acceleration..

hehheheh

daya sama dengan jisim darab pecutan


....from kekwa22 with love....

sebuah kenangan

‘Sayangi sebuah perkenalan kerana di situ terciptanya kemesraan. Kenangi sebuah persahabatan kerana di situ tercipta kerinduan, hargai kedua-duanya kerana itulah rahmat dari Tuhan.’

sekarang ni memang bz sangat2 ada banyak perkara yang nak kena selesaikan... kat opis yang dengan segala satu macam masalah yang nak kena handle. eerrmm aku kena start study ni.. tak lama lagi final exam. kat office pun banyak yang nak kena setle. dah 3 hari tak dapat khabar berita. tetiba dapat sms yang mengguris hati.. awak.. tolong lah.. boleh tak kita jangan misunderstanding sampai macam ni. kalau nak kira sebab jauh menjadi alasa, sebelum kite accept awak nyer proposal hari tu, kite dah fikir dah tentang semua tu. kenapa awak jadikan ianya alasan? awak tahu tak kita berselisih faham macam ni sebab macam mana kita nak jumpe during weekend ni... tu jerr... perkara kecik cam ni.. jadi besar.. eerrmm entah lah.. malam tadi pukul 10 dah tidur sampai la pukul 6 pagi.. lepas solat subuh, rasa fresh sangat2. macam tak ada apa yang berlaku. macam biasa kite teringat kat awak.. tak tahu awak ingat kat kita ke tak... tapi tak per... biarlah.. kite tak tahu pesal kite rasa happy. apa yang membuatkan kite happy pun kite tak tau.. cakap ngan ogie, naper rasa happy sedangkan semalam memang rasa geram dan marah. eerrmm entahlah.. tak tahu.. tapi kite still ingat kat awak.. semalam kita bagi lagu ni kat awak.. hope awak faham macam mana perasaan kite

Tak Lelah
by Anuar Zain

Tak lelah
Kau beri sgalanya
'Tuk yakinkan ku
Kau sayang pada ku
Hingga kau
Taklukkan diriku
Membuat ku tersedar
Ku t'lah merasakan sesuatu

Di saat ku mulai sayang
Di saat ku mulai cinta
Kau yang hilangkan rasa untukku

Chorus:
Sedih yang mesti ku pendam
Rasa yang menjadi hampa
Ku jalani semua
Walau cinta kini tak berarah

Kau pergi tak beralasan
Tak seperti yang ku pinta
Ku menunggu tiba waktu kau ucapkan
Kau sayang padaku

awak tahu tak, kehadiran awak dalam hidup kite membuatkan kite rasa bahagia dan happy. alhamdulillah.. kita dah berjaya lupakan dia dengan kehadiran awak. eerrmm.. terima kasih.. tapi kite tak tahu macam mana hubungan kite sekarang ni... errmm tak perr la.. kite tak nak paksa awak.. terpulanglah.. awak tetap berada selamat dalam hati kite


....from kekwa22 with love....

sebenarnya dah lama tulis ni.. tapi belum sempat nak paste kat sini, so, hari ni.. nak paste semua2 yang dah aku tulis.. kat opis bukan boleh online blog pun... so.. kesempatan yang ada nih.. aku nak post mana2 yang dah di taip sejak ari tu lagi... hehhehe

sehari dua ni memang rasa bahagia. pagi lagi dah dapat sms. tengah hari dan malam. walau bz, tapi masih sempat hantar sms. thanks awak.. sebab selalu ingat kat kite. kite pun selalu ingat pada awak. kite dah mula sayang awak.. awak nak tahu, kite jarang dan susah nak sayang orang lain.. tapi entah la.. kite dah mula sayang awak. minta-minta la perasaan ni dan keadaan sebegini berterusan sampai bila2. hopefully. Semoga Allah memberkati perhubungan ini. seronok bila rasa disayangi.


....from kekwa22 with love....