12 May 2009

ye ye nak pi holiday



waahhh tak sabo aku nak pi holiday nih.. petang ni dalam pukul 5pm nak gie KLIA. nak gie langkawi hari nih.. errmm bestnya.. ni bukan kali pertama aku pi langkawi.. ni pi langkawi buat kali ketiga. tapi teruja gak nak gie.. 1st time gi naik flight. 2nd time gie naik kete then naik feri. kali ketiga ni naik flight jugak.. errmmm bestt tu. lama gile tak pi holiday..

apa errkk tempat2 yang aku nak lawati nanti.. tak perr aarr gi berkali2 pun tak per.. yang penting enjoy dan happy. flight pukul 8 tu.. kali ni aku pi naik MAS
....from kekwa22 with love....

pesal aku nih...


pesal aku nih.. aarrgghh.. rasa sedih pun ada.. rasa terkilan pun ada rasa rindu pun ada.. semuanya buat seorang insan.. eerrmm aku cuba nak memahami dia... tapi tak bolehkah dia cuba untuk memahami aku.. boleh tak.. susah sangat ke nak bertolak ansur. rasanya semua orang di dunia ni punyai masa 24jam sehari.. tak lebih dan tak kurang. walau siapa pun kita, walau di mana kita berada 24jam sehari semalam tu.. memang sama untuk semua orang.

kenapa ya.. tetiba hari ni aku sedar betapa tak pentingnya aku pada dia.. err may be.. biarlah dia rasa pulak apa yang aku rasa.. kenapa harus di biarkan ego menguasai diri. bukankah kerana ego itu juga penyebab satu kemusnahan.. tapi aku sedar siapa aku...

Siapalah aku - Amy Mastura
Siapalah aku ini
Yang ingin memetik cintamu
Siapalah seadanya
Diriku di sisimu

Kau punya segalanya
Sedangkan aku insan hina
Hidupku penuh dengan kisah duka
Antara kita jurang nya berbeza

Biarlah usahlah
Bermain dengan api
Kelaknya terbakar sendiri

Biarlah tersimpan
Segala perasaan
Rahsia hatiku terhadapmu
Siapalah aku


ingatkan sedih sikit jerr.. rupa-rupanya sedih yang teramat sedih. sangat2.. Ya Allah bantulah hamba Mu ini. Kuatkan dan tabahkanlah hati hamba Mu ini menerima segala perkataan dan tohmahan. Fitnah apakah ini.. Ya Allah bantulah hamba Mu ini. tunjukkanlah pada dirinya perkara sebenarnya.. YA Allah, engkat Maha adil dan Maha bijaksana.

....from kekwa22 with love....

04 May 2009

aku yang blurr

pelik aarrr pesal aku hari ni.. tak tahu apa benda.. adakah pasal aku cuti lama sangat atau hari ni tak berapa bz. aku betul2 tak ada semangat langsung. nak kata happy pun tak, nak kata tak happy pun tak. nak kata ada problem.. tak ada pun.. tapi aku rasa blur.. sangat2.. mata pulak mengantuk. semalam tak boleh tido. lepas pukul 3 lebih baru terlelap. then bangun pukul 6am. eerrmmm memang ngantok sangat2. malam ni kena study. sabtu ni ada lagi 1 paper. last paper untuk semester ni..

kat opis ni.. apa errkk aku buat. errmm macam2 aku dah buat dan aku dah tulis serta aku dah jawab. tapi still rasa boring.


aku tanya pada diriku sendiri.. kenapa nih. errmm jawabnya entah.. tak ada apa pun yang aku fikirkan yang mampu memberatkan kepala otak aku dengan urusan2 duniawi ni. tak ada... tapi kenapa aku blurrr.. may be sebab aku letih kot... semalam tak cukup tido.. biasa la.. macam le selama ni tak pernah tak cukup tido.. eerrmmm entah lah.. kenapa aku nih... kenapa? kenapa? rasa pening2 lalat pulak.. adoooiii aaaii ce mana ni... aku fikir apa nih sebenarnya....


....from kekwa22 with love....

Aku Sebutir Pasir

Senandung rindu mendayu
Mengiring langkah yang makin tersungkur
Terlalu jauh pendakian
Begitu tingginya harapan
Bermusim lama mencari
Tak ku temui sampai kini

Tak henti jiwa dipalu
Dugaan demi dugaan menguji
Rebah dan bangun sendirian
Mencari bumbung perteduhan
Mereka riang tertawa
Aku hanya sebatang kara

( korus )
Perjalanan masa
Mengajar hati
Semakin tabah kini
Di dalam kemarau dan gerimis
Aku tetap tabah mengharungi

Tuhan
Aku bagaikan sebutir pasir
Yang lemah lagi kerdil
Teguhkan keimanan jiwaku
Agar tidak terpesong darimu

Beribu teman ketawa
Payah ku temu
Yang sanggup bersatu
Di dalam susah dalam senang
Yang hadir cuma kepalsuaan
Dugaan demi dugaan
Aku pasrah menadah tangan


pesal lagu nih.. lagu ni mengammbarkan apa yang aku lalui dan rasai.. tentang kisah perjalanan hidupku... yang penuh ranjau berduri. memang aku lemah sangat2. lemah dalam mengharungi ujian dan cabaran dari Ilahi. eerrmmm.. Ya Allah berikanlah sinar kebahagiaan dalam hidupku

....from kekwa22 with love....