06 August 2009

Penawar kepenatan


Amalkanlah...di ajar oleh Rasullullah S.A.W.

Bagi mengatasi kepenatan melaksanakan tugas-tugas seharian sama ada di rumah mahupun di tempat kerja, bolehlah jadikan petua yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. kepada puteri kesayangannya Saidatina Fatimah sebagai penawarnya.

Suatu hari Saidatina Fatimah mengadu kepada suaminya Saidina Ali bin Abu Talib tentang kesakitan pada tangannya kerana keletihan menggiling gandum untuk membuat roti. Saidina Ali berkata :

"Bapa kamu telah datang membawa balik tawanan perang. Berjumpalah dia dan mintalah seorang khadam untuk membantu mu." Saidatina Fatimah pergi bertemu bapanya dan menyatakan hasrat untuk mendapatkan seorang khadam bagi membantu tugas hariannya di rumah.

Bagaimanapun Rasulullah s.a.w. tidak mampu memenuhi permintaan anak kesayangannya itu. Lalu Baginda s.a.w. pergi menemui puterinya serta menantu itu. Baginda s.a.w. berkata:

Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada apa yang kamu minta daripadaku? Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur, bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah) 33 kali dan bertakbir (Allahuakbar) 33 kali.

Ia adalah lebih baik untuk kamu berdua daripada seorang khadam." Inilah penawar ringkas yang Nabi s.a.w. ajarkan kepada anak dan menantunya bagi meringankan keletihan dan kesusahan hidup mereka berdua. Saidina Ali terus mengulang-ulang kalimah-kalimah Rasulullah.s.a.w. ini. Katanya "Demi Allah aku tidak pernah meninggalkannya semenjak ia diajarkan kepadaku. "Sayugia dicadangkan kepada ibu-ibu, suami-suami atau sesiapa sahaja yang merasai kepenatan setelah melakukan tugas-tugas harian supaya mengamalkan membaca 'Subhanallah' (33 kali), 'Alhamdulillah' (33 kali) dan 'Allahuakbar' (33 kali) pada setiap malam iaitu sebelum melelapkan mata. Lakukanlah dengan penuh ikhlas dan istiqamah (berterusan), Insya-Allah petunjuk Nabawi ini mampu menyelesaikan bebanan-bebanan hidup seharian kita. Akan terserlah ceria di wajah pada keesokan hari dengan senyuman..

"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun" (Sabda Rasulullah SAW) "Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.


....from kekwa22 with love....

cerita dikala bosan

akhirnya aku dapat jugak siapkan baju fiza. heheh lama dah baju ni aku peram.. heheh maka dapatlah dia pakai this baju during majlis bertunang kakak dia.

esok dah jumaat.. kejap jer masa berlalu. sangat pantas. apa aku nak buat on weekend ni.. last week g soping with my sister. but this week nampak gayanya at home jerr la.. may be aku menjahit kot. tapi bosan gak tu.. last week jugak aku layan citer loard of the rings. errmm aku mmg suke citer tu dah berapa kali dah aku tengok.. tapi still tak puas lagi.. aku tengok dari yang 1st, sampai la returns of the king. at the end aku plak yang menangis. sedih maaa dia nyer ending. tengok ketiga2 episode sekali gus best sebabnya jalan ceritanya dapat di ikuti. then walaupun dah tau apa akan jadi lepas scene berikutnya pun tak perr.. tak kisah.. heheheh. suke nyer pasal




bila aku teringat balik masa tengok last episode return of the king ni.. rasa sedih plak.. masa ni, aku tinggal kat gombak. tengok midnight lagi dekat midvelley. pukul 4 baru sampai rumah. semua tu hanya tinggal sejarah. sejarah yang menjadi kenangan indah untuk di kenang. errmmm sepatutnya sesemua tu aku dah bungkus.. then buang dalam tong sampah. insya Allah sampai waktunya semua itu akan berlalu..

petang ni aku pi pasar malam beli sayur-sayuran n lauk pauk.. 3 jenis ikan n 3 jenis sayur.. cukup la tu.. then aku berbuke puasa kat umah.. malam ni sambung jahit baju fiza. ogie nak pi dating..

....from kekwa22 with love....

05 August 2009

Salam Nisfu Syaaban

malam ni tak pi main badminton sebab kepala masih lagi pening. memang cadangnya nak pi.. tapi tak berani la pulak.. nanti kalau pitam, aku gak yang susah nih... so, dok umah jerr la malam nih..

so, petang tadi aku masak untuk dinner.. kak norma balik lambat. dia pi umah adik dia.. pencuri masuk rumah adik dia.. kesian betul.. habis barang kemas kena curi. banyak pulak tu.. ermm nak buat macam mana kan.. mujur dia selamat.

so, menu malam ni, ni jerr la.. apa yang ada kat umah. sebabnya dah lama tak pi pasar. menggunakan bahan2 yang sedia ada kat umah jer. esok baru cadang nak pi beli bekalan. ni jerr la yang sempat di masak. aku start masak pukul 7pm. then selesai segalanya bila azan maghrib. cepat jerr.. siap sebab masak pun simple jer.. tak de la susah2. siapa kata masak ni susah, errmm alasan jerr yang membuatkannya susah. ala.. hendak seribu daya tak hendak seribu dalih. mandi, solat n terus makan..

malam ni sempat habiskan sembat baju fiza. errm esok aku jahit dia nyer kain, then bolehlah dia pakai on sabtu ni.. masa bertunang kakak dia.

malam ni malam nisfu syaaban. banyak keberkatan pada malam nih.. apa peristiwa yang berlaku pada malam nih...ni kisahnya

Nisfu dlm bahasa arab beerti setengah. Nisfu Syaaban beerti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban.

Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Iman Al-Baihaqi r.a:

Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dah sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda saw berkata dlm sujudnya, "Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri."
Setelah Baginda saw selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. "Malam ini adalan malam Nisfu syaaban. Sesunguhnya Allah Azzawajjal telah dtg kpd hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kpd mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap org2 yg dengki."

Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14 hb sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib)

Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban:

1.Solat sunat nisfu sya'aban - terdapat dua cara mengerjakan solat sunat ini

Sembahyang 100 rakaat dengan memberi salaam selepas setiap 2 rakaat. Surah Al-Ikhlas dibaca sebanyak 11 kali setelah setiap rakaat setelah membaca surah al-Fatihah

Sembahyang 10 rakaat dengan memberi salaam selepas setiap 2 rakaat. Surah Al-Ikhlas dibaca sebanyak 100 kali setelah setiap rakaat setelah membaca surah al-Fatihah

2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya


i) Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah

ii) Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah

iii) Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman

3. Berpuasa pada siangnya (mulai pagi esoknya-15 Syaaban)

kepala aku makin berat ni.. rasanya cam tak leh tulis panjang jerr.. ni sebabnya ubat selsema yang aku makan ni.. le.. errmm tak perr aku kena rest banyak2.. esok aku nak puasa..
gudnite..


....from kekwa22 with love....

masih lagi demam..

Baru je masuk office today.. kepala pun still lagi pening2 lalat.. eerrmm pagi2 tengok email.. ada la dalam 25 email kena respond. banyak giler tu.. hari ni aku tak aktif sangat sebab kepala tak mengizinkan.. pening.. rasa cam di awang- awangan jerr.. aku harap aku demam biasa jer.. tak de la petanda gejala2 yang tak di ingini.. Ya Allah semoga di jauhkanlah. 2 hari doktor bagi cuti cam tak cukup jerr rasanya..

i miss someone @ penang. bukan tak nak contact dia, tapi aku tahu, kalau aku contact jerr sure la dah boleh agak apa aku akn dapat sms or email yang beyond aku fikirkan. so, untuk mengelakkan semua tu.. aku berdiam diri jerr la.. tapi aku still thinking about him. always in my mind.

Pagi ni aku cuma minum segelas milo dan 2 keping roti putih. kenyang? errmm boleh lah mengalas perut.. lagi pun tekak aku ni bukan sedap sangat.. payau jerr rasanya.. semua mende tak sedap.. tapi kalau ada cheese cake depan mata may be rasa sedap kot.. heheheh.. poyo jerr aku nih.. aku dah pandai dah wat chocolate cake.. errmm sedap tau cake aku.. hehehe. masa adik aku datang, aku wat la chocolate cake kat dia.. ermm mendapat pujian tu.. tapi aku rasa pun dah banyak improve dah chocolate cake aku..

malam ni kak norma ajak aku g main badminton.. errmm aku rasa cam tak larat jerr tapi tak tau la pulak kalau..malam nanti ok skit..

aku tak paham tetiba jerr mood aku menjahit datang semula.. errmm pelik tu.. dah lama rasanya aku tak menjahit.. then tetiba pulak rasa seronok menjahit.. errmm biasa la.. kan.. kalau tak de mood mmg tak bleh wat apa.. tp best gak..

....from kekwa22 with love...