aku kan.. memang hangin. bukan hangin kus kus tapi hangin puting beliung dah ni dgn yang kat melaka tu.. kalo ikut planning bulan april hari tu 4 jenis pcb aku nyer radio dah siap. tapi sampai ke la nih.. habuk pun tarak. call cakap lain. email tulis lain. sampai aku pun tak tau nak kata apa lagi. cakap tak pernah betul. aku dah bagi schedule & aku dah bagi penalty. kalo lambat gak hantar ni... memang aku tak tau nak kata apa lagi dah.
macam hari ni, janji nak hantar audio board, 200pcs on week 23. sampai 5.30pm tadi, habuk pun tarak. aku nyer bos & bos kepada bos aku pun dah tau dah aku memang hangin tahap gaban dah dengan diorang tu....
weeeiii aku nak deliver 350 radio on 2nd july tau takkkkkkkkkkkkkk. nak assemble lagi.. nak test lagi. nak burn la.. nak watertighness la.. nak drop la.. nak glue la.. nak acceptance la.. nak customer sw la.. nak QA lagi. macam2 woooooo nak kena wat... ingat sampai pcb then skru2, glue2 masuk kotak, hantar? wah, begitu emo aku nih.. arr aku emo. selsema la pulak hari ni.. dah lama tak selsema.. sakit hidung & sakit kepala. bersin tak henti plak tu.. dari pagi, bawa ke tengah hari.. sambung ke petang. then dah malam2 cam ni pun keep bersin tak henti lagi ni.. ce mana ni....
aku salah bajet arrr today.. memang aku tau mak akan sampai kl petang ni.. angah ambil mak kat jalan duta. ok la.. settle satu hal. then dia akan hantar mak kat umah abang dia, a.k.a pak ngah aku la tu.. so, esok pagi aku dengan aktiviti2 aku la.. berjalan cam biasa. tak de la berlaku something yang luar biasa...
tapi opah & mak wah lom sampai. dijangka esok tengah hari baru la diorang sampai kl. man tuko plan la pulak. mak aku pun malas la nak g umah pak ngah malam ni.. sebab kalo pi umah pak ngah, dia akan static kat situ.. maka, angah pun suke la tak gi kuchai. malam ni, dia nak melepak di umah anak dia yang terchenta nih.
tapi aku ada sikit masa-elah. semalam aku ada wat project sikit sampai ke tengah malam.. so, pagi tadi tak sempat nak kemas. boleh pitam mak kalo tengok bilik aku nih. moral of the story, balik opish kena settlekan apa2 yang patut. rosak aarr program aku petang ni.. ingat nak merayap gie jj balik keje.. plan tak menjadi la pulak.
aku ngan bangganya rojer kat angah, suruh dia antar mak malam2 sikit. bawak arr mak gie jenjalan mana2 dulu or lepak kat umah dia ke... heheheh bagus betul aku nyer idea kan kan kan. biasa aarr nak idup. nak cover sebenarnya.
memang bagus sangat2 bila angah call aku dalam pukul 5.30pm, sama ada aku nak tgok wayang ke tak. pucuk di cita ulam mendatang. ni namanya rezeki jangan di tolak.. tapi aku malas join. hahaha tak de kena mengena pun. tapi ok la... boleh aku on project2 aku.
waduh waduh. bawak mak pi tengok wayang? #%@$*&% aku pun tak pernah terpikir nak bawak mak pi tengok wayang. mujur mak aku ni orait jer... aku malas nak join, walaupun di offer. mana bleh join, nanti sape nak wat housekeeping. hahahha.. mana bleh kantoi maaa.
angah bawak mak tengok citer nih.. citer jiwang karat ni yang dia bawak mak tengok... then angah cakap.. ok apa.. layanzzzz. yerr la tu.. layan la dua beranak citer jiwang2 cenggitu kat wangsa walk tu. aku pun lom pernah gie tgok wayang kat situ.. tak pe.. one day sampai la kat situ..
aku tak kisah sangat nak gie man nyer weeding ni. ok jerr.. walaupun aku ni agak allergic nak gie kenduri. dari kecik sampai la ni aku kureng berminat nak gie kenduri. entah! aku pun tak tau. aku sebenarnya lemah betul nak bermalam kat sana. tapi dah cadangnya macam tu.. nak wat ce mana... aku cuma harap aku tak terserempak dengan sesapa yang aku kenal. tu jer... sebab aku tak leh buat2 tak kenal pada orang yang aku kenal. lakonan tak menjadi maaa.... walau pun aku ni tak berapa mesra alam sangat.. tapi aku tak boleh nak men-tak-kenalkan orang2 yang aku kenal. hahhaha.. fuyoooo 'mentakkenalkan' tu.. new word okeh! dewan bahasa boleh mempertimbangkan this new perkataan.
sempena mak aku datang malam ni, aku rajin sikit jer... ni aarr yang aku masak.. kalo nak masak nasi & lauk pauk pun.. angah dah sedia bawak mak makan dah before datang ke umah aku ni.. so, moral of the story aku merajinkan diri sikit wat apple galatte. lagi pun mak, angah & cik norma, mana pernah rasa lagi apple galatte ni. tapi, malam ni tak de chocolate syrup okeh! yang ni pulak, special menu untuk aku... hanya orang2 yang special macam aku jerr yang boleh makan cenggini. special a.k.a malas. hehhe. sama macam semalam. bezanya ada ayam kfc malam nih. ni, mak aku bawak untuk anakdanya yang terchenta. kerepek pisang. lama betul tak dapat kerepek pisang cenggini. kerepek pisang paling sedap di muka bumi. nobody can't challenge my mum or my opah nyer kerepek pisang. sekali mengunyah, tak leh berhenti maa.
Wajah Kekasih - Siti Nurhaliza
ku Menyaksikan Dedaun Kekeringan Gugur Ke Bumi Gersang Tiada Penghuni Tiada MentariAwan Kesuraman Bagaikan Waktu Yang Terhenti ku Menyaksikan Seraut Wajah Cinta Yang Kehampaan Tiada Lagi Bermaya Kini Kehilangan Sebuah Harapan Bagaikan Cinta Yang Terkubur Adakah Mungkin Untukku Menghindari Gurisan Kasih Luka Di HatiJiwaku Resah Apakah Kesudahan Kecewa Ataupun Bahagia Ooo ku Yakinkan Diri Demi Rinduku Penawar Hanya Dari WajahKekasih Walaupun Rintangan Datang Menduga ku Tempuhinya Kerna Cinta Membara Ooo Mimpi Yang Indah Jelmalah Dalam Nyata Wajah-WajahKekasih ku Mengharapkan Ikatan Kemesraan Antara Kita Akan Terlaksana Jua Walaupun Impian Dalam Kekaburan ku Yakin Padamu Oh Tuhan
hanya ada satu wajah yang sering berlegar di minda dan melekat di jiwa. wajah siapakah itu... kura2 dalam perahu.. jangan pura2 tak tahu okeh!
entah hari ni, mende apa yang aku buat pun aku tak tau. entah la.. tak rasa bosan.. tapi tah. paling best hari ni bila ita & fariza dok recall lagu2 zaman skolah2 dulu. lagu2 yang kat dalam buku teks darjah 4 sampai 6. hehhhe.. din pun layan gak. sebabnya buku teks tu sama jerr... boleh la layan..
ni aku nyer lunch tengah hari ni, memang aku suke.. yang ni pulak my dinner tonight malas nak masak apa. bajet nak tido jerr nih.. tapi mata masih belum mahu lelap. tapi malam ni ada sikit project. hehheh. sementara mata lom ngantok.
best2 bila aku jumpe cikgu2 aku smula... best2. teringat plak zaman skolah2 dulu. wah bestnya... bila selalu dapat flying kiss dari cikgu. poyo tak? kisah benar okeh! memang tersangat la poyonya... kikikiki.
paling best bila aku tanya kat cikgu hashim aku tu.. cikgu ingat lagi sy tak? then dia jawab, ingat la.. apa plak tak ingat.. awk tu, tak berubah pun.. lagipun kat muka awk tu ada trade mark yang jarang orang ada. aku paham dah maksud dia.. hahhaha.. mana bleh sembunyi2. msg inbox tu.. jgn tak tahu...
aku memang close ngan cikgu2 aku time tu.. kolo zaman dulu2 anak murid bagi surat chenta kat cikgu.. tapi aku plak, dapat surat chenta dari cikgu. hahhaha.. kelako pun ada. hihihihi... sanggup tu cikgu jalan ke kelas aku hujung2 dunia tu semata2 nak letak surat kat dalam laci meja aku.. hahhaha... kenangan yang cukup indah.. tapi masa tu aku dah form 5. cikgu ni mmg close dgn aku sejak aku form 2 lagi.. bukan dengan aku jer.. tapi dgn geng2 aku gak time tu. peliknya diorg tak dapat plak surat2 cenggitu.. hehhehe... cikgu oh cikgu. walau ce mana pun dia tetap cikgu aku yang best. cuma time tu tak sampai hati la pulak nak berchenta dgn cikgu sendiri.. hhhaha... bukan sebab cikgu tu tak hensem. tapi sebab 'apa hal berchenta time kecik2' hahhaha mana la cikgu sobri skrang ni...
kalo teringat balik gaban... hehhe sebab muka cikgu ni macam gaban.. cikgu osman. that why aku panggil dia cikgu gaban. tapi dia tak tau. hanya aku ngan idah jerr tau. hahhaha mana eerrkk dia skrang... cikgu yang tak jemu2 pujuk aku bila kena transfer ke kelas 2t5. hahhaha.. poyo betul tetiba kena tuko kelas... pastu nangis2 sebab kena kelas yang tak de persaingan langsung. bukan aku jerr... ada la 4 orang lagi geng aku.. hahhaah. konon.. time tu la.... gaban aarr tak jemu2 pujuk. hahahaha... mujur setahun jerr... mana la gaban sekarang ni...
aku pernah merajuk dengan cikgu ekonomi aku.. apa errkk nama dia.. cikgu zainorddin. hensem gak aarrr cikgu tu.. misai melintang.. hehehe.. tapi kitaorang panggil dia cikgu z. sampai cikgu z datang minta maaf kat aku.. puncanya sebab dia terlepas cakap kat kelas.. pasal buku kot time tu... macam perli kat aku jerr time tu. then aku terasa. padahal buku tu aku dapat masa majlis penyampaian hadiah masa form 4.
tak sangka time tu aku jadi best student. dah la time tu ada kes. glamer oooo time tu. glamer mengalahkan artis.. tetiba jerr aku jadi top di samping lagi 3 orang kawan aku.. glamer sebab 2 sebab. satu, glamer sebab aku kena gantung pengawas 2 week & satu lagi glamer sebab jadi best student. hahhaha.. pastu cikgu paham aku terasa. hahaha.. may be sebab aku mogok belajar ekonomi. adoiii poyo betui la aku ni... tapi kelako gak bila cikgu z berusaha memujuk aku nih..
tapi aku pun pi minta maaf kat cikgu z becoz aku mogok blajo ekonomi. aku tau aku salah gak. masa time dah 0-0 tu.. senyum lebo jerr dia.. aku pun tak rasa tensi nak blajo eko-no-money. aku bukan lari dari kelas pun time ekonomi. cuma wat tatau jerr masa dia mengajo. layan blues.. apa da.. majuk ngan cikgu. poyo tak hengat. masa dia ngajo, tak pandang pun muka dia. lagi pun kelas aku time tu hanya ada 19 orang.. so, memang dia bleh focus one by one la. hahhah aku yang poyo. masa tu, satu kelas tahu merajuk ngan cikgu z.. tah apa2.
aku memang sayang ngan cikgu norizan. sebab aku suke subject dia, chemistry. lagi pun cikgu norizan ni.. lawa tu orang dia.. comei lote. bukan aku suka cikgu ni sebab dia lawa.. tapi aku memang jatuh chenta dgn subjek kimia sejak mula berkenalan dgn subjek ni...
cikgu siti hawa yang ajar maths dari form 3 sampai form 5 then ngajo fizik. walau pun cikgu hawa kelam kabut sket.. tapi best. kalo sesapa lupa tulis unit, dia akan tanya.. ni apa ni, batu? kayu? baldi? hantu? orang? hahhah.. lepas pada tu.. semua orang tak lupa tulis unit.
cikgu yati.. mulanya aku bengkek sket dgn cikgu ni.. becoz 1st time masuk kelas.. belum apa2 lagi dia tanya cam ni kat kelas.. boleh saya kenal dgn saibah? perrgghhh punya la.. then aku dengan lemah gemalai menunjukkan diri aku. aku tak tau pesal tetiba cikgu yati begitu teruja nak kenal aku. ada dua sebab jee dalam kepala aku. 1, sebab last year aku best student & last year gak aku cukup glamer kena gantung pengawas. tapi aku bajet time tu dia nak kenal aku becoz aku glamer kat bilik guru sebab aku kena gantung pengawas. tu sebab utama dai teruja nak tahu sape aku. kan kan kan. abis tu tak kan masuk jerr kelas tetiba nak berkenalan ngan aku.. bek dia tanya sapa tu ramli? dia kan ketua pengawas.. hahah tak bek buruk sangka kat cikgu. tapi time tu memang tu aarr aku pk. tak de len dah. tapi lepas tu, aku kamceng ngan cikgu yati. siap bleh gie melepak2 kat umah dia.. hehhe
pesal aku kena gantung jawatan? becoz of salah paham. 4 orang pengawas kena gantung sekali. perrgghh.. sampai mak aku kena datang skolah. tapi mak aku cool jer.. sepatah perkataan dia tak marah kat anak dia yang terchenta nih.
cikgu rohana aka cikgu ana yang ajo biologi. always pesan kat kelas aku cenggini.. belajar rajin2, buat betul2 spm ni.. esok2.. jangan jadi cikgu.. cukup la cikgu jerr yang jadi cikgu. tu dia.. sebab pesanan cikgu ana la aku tak jadi cikgu. hahhahaha. tapi sebenarnya ramai yang jadi cikgu kat kelas aku tu.. tu semua tak dengar pesanan cikgu ana la tu... hehehe... sape ye.. jadi cikgu.. sal, tini, yan, malina, zu, kak jah & azli. maknanya 7/19 orang anak2 murid cikgu ana yang jadi cikgu. sebenarnya cikgu ana nak kitaorang belajar dgn tekun cemerlang gilang gemilang dalam spm.
cikgu sejarah yang aku suka, adalah cikgu salbiah. sampaikan aku jadi presiden kelab sejarah tuuuuuuu.... sejarah mmg feveret. sebab belajar sejarah ni.. cam baca buku cerita. kikiki. lagi pun ayah suke sejarah. dia baca buku teks, then siap tanya soalan... kalo tak leh jawab.. poyo arr ayah yang tak g skolah pun tahu.. tak kan aku yang gie skolah ni tak tahu. that why kena rajin baca.. supaya setara dgn apa yang ayah tahu. hehhehe. lagi pun sejarah ni.. aku selalu fight dgn rozie. mana bleh aku kalah dgn dia maaaaa...
cikgu bi yang paling garang becoz cikgu rosli ni cikgu disiplin. tapi dalam kelas. memang poyo. kelakar tak hengat. sangat2 kelakar. tak kering gusi di buatnya. sempoi giler... boleh tu masa time bi dia boleh suruh kitaorang tengok citer nih. citer ni memang kelako tak hengat. sesapa yang pernah tgok citer ni... tahu aarr ce mana.. rasanya film ada part 1 & 2. sesapa yang lom tengok citer ni.. pi la tengok.. tak rugi.. bila tetiba botol coke turun dari langit. hahhaha
ustaz ahmad ngajo aku agama.. memang la kan.. sebab dah namanya ustaz. ustaz ahmad ni best sebab direct to the point. anak murid kesayangan dia adalah azli. time tu, tak jeles pun.. sebab memang dah tau kelebihan azli. dia, masa tu as ustaz tak bertauliah. sekali dia sound kitaorang.. boleh pitam.. hahahha. tapi dalam ustaz2 pun azli ni dating ngan budak form 4 blakang umah pengakap yang sebelah jerr dgn kelas kitaorang. hahhaha
mana yerr cikgu bm.. AO a.k.a ahmad bin osman. cikgu yang selalu sangat burnkan kitaorang nyer time rehat. mesti terlajak nyerr. sebab dia syok ngajo kitaorang. agak2 dah 11 lebih.. fazdli la yang selalu ingatkan AO. kalo tetiba dia cakap, cikgu, angin bertiup ke arah kantin. AO tak paham gak. bila fazdli wat pantun cam ni, basikal rozie berkarat, jom rehat. baru AO paham. yang rozie ni.. hangin aarr tak pasal2 basikal dia jadi mangsa. AO memang sabo dgn anak2 murid dia yang 19 orang ni... sumer macam tak cukup skru.
specialnya kelas aku ni.. kalo meeting pengawas. cikgu tak de mood nak ngajo. sebabnya hanya tinggal 2 orang jerr kat kelas. ida & nazri. becoz nazri ketua kelas & ida plak penolong. len len sumer pengawas. hahahha. nazri ni.. malu2 alah sikit.. sama arr ngan ida. apa lagi.. dok jeling2 pandang2 la kat kelas tu berdua2an. hahhah... pastu every monday nazri komplain sebab masa assembly dia kena pi depan ambil hadiah kelas terbersih. sampai dia segan nak menampakkan mukanya sebagai ketua kelas terbersih. ada ke cenggitu.. tapi tu arr ketua kelas 5sains smrl time tu. ni la rupa skolah aku masa zaman2 aku.. sekarang ni.. dah len dah. tempat aku menumpukan sepenuh perhatian di padang... bukan dalam kelas. pi sekolah bukan nak belajar. tapi pi main. mujur mak tak bising. tapi ayah memberi galakan penuh. hehhe.. penting tu...
sejak form 1 sampai form 5 aku dok kat padang. sampai aku ni hitam berkilat. hahhaha... tapi hitam itu menawan. kan kan kan. semuanya untuk skolah terchenta. apa aku buat ye... wakil skolah lari pecut tuuuuu... 100m, 4x100m & lompat jauh. tu acara wajib dari form 1 sampai form 5. pastu sejak form 2 sampai form 5 di samping yang wajib tu, di tambah dgn bola baling. pernah sekali tu main bola baling kira lawan antara skolah daerah kerian, 12 game tu.. gilo kot kalo di pikir2 balik. sebab kat daerah krian ada 13 skolah menengah. perrgghh tak reti penat kot time tu. dah la aku nyer position as centre. memang ligat. becoz aku boleh redah sumer kawasan kecuali d jerr tak leh masuk. cuba suruh aku main sekarang ni.. rasanya separuh masa pertama dah pancit. hahhaha... yang ni, dari dulu, kini dan selamanya tak akan berubah. banyak aarr kenangan manis kat skolah. sangat2 banyak. masa ni aku belajar tentang leadership. kat sini aku belajar ce mana jadi berani. masa aku as a presiden kelab sejarah. aku belajar ce mana nak handle.. ahli2 kelab dgn program2 yang berkaitan dgn sejarah. setiausaha rumah pahlawan. hasilnya rumah pahlawan johan dalam temasya sukan tahunan time tu. aku la setiausaha PRS aka pembimbing rakan sebaya skolah. aku la ajk kelab koperasi skolah dan ahli lembaga pengarah for 3 years. pengakap lagi... pengawas lagi... time yang dok lukis mural kat dinding2 tu.. aku la jugak. yang dok meloncat kat padang tu.. aku la jugak. yang dok wakil skolah melukis, pidato & bahas, kuiz sains, kuiz sejarah antara skolah. aku la jugak. pertandingan bercerita pun aku gak.. yang buat pasal sampai kena gantung pengawas 2 week pun aku la jugak. hahhaha.. macam tak de orang len kat skolah aku tu.. hhahaha.. biasa la.. orang glamer... memang gila kuasa betul.. tapi nak wat ce mana dah insan terpilih.. kueng kueng kueng. maknanya cikgu2 kat skolah tu, dok nampak aku jer... hahhaha perasan tak hengat. masa bila aku baca buku pun aku tak tau. bz dgn lain2 hal jerr.. that why masa nak ambil sijil2 kat skolah aku yang paling banyak. tapi tu arrr kenangan terindah yang tak mampu berulang...
pe hal aku melalut pasal skolah nih.. sebab aku tetiba terjumpa cikgu2 raja lope kat facebook hari ni. lagi pun aku memang kamceng dgn cikgu2 aku. tak kira cikgu laki or pompuan. sumernya aku geng.
aku rasakan.. kehidupan aku ni.. penuh warna warni...lebih meriah dari kaler pelagi. walaupun kaler pelangi ada tujuh, tapi bila 7 kaler ni melalui spectrum, yang kuar hanya 1. dan yang satu tu adalah aku..
bila aku nak tido nih dah dekat 3.50am dah ni. tadi ngantok sangat. ni tak la pulak... aiisseeyy... bulan nak di gantikan dengan matahari plak ni..
Rindu padanya - Camelia
Sejak terpandang wajahmu Hatiku bertanya selalu Siapa dia mengikat pandanganku
Seringkali dia berlalu Di hadapan dan menyapaku Sehingga hatiku seringkali merindu Tak dapat ku melupakan dirinya Terbayang wajahmu di mataku
Ingin ku tanya namanya Tapi hatiku rasa malu Tak terucapkan walau sepatah kata Mungkinkah diriku telah dilamun cinta Oh... hatiku resah selalu
Haruskah aku menyatakan Perasaanku kepadanya Mungkinkah dia kini telah berpunya Getar hati makin terasa Bila terdengar suara dan bertentang mata Ku bagaikan bebunga kehujanan Berkembang mekar Di setiap ketika
Tidur malamku tak lena Asyik teringat padanya Bilakah mentari memancarkan cahaya Hanyalah dirinya bermain diingatan Oh...tuhan ku rindu padanya
Tetiba jerr demam mamak melanda kat umah ni.. kes lepas makan nasi kandar la.. masa balik soping dari sogo. nasi kandar.. kalo sebut jerr na...
Followers
Siber Walking
Mampukah aku menjadi seperti Siti Khatijah? Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah Penawar hati kekasih Allah Susah dan senang rela bersama...
Dapatkah ku didik jiwa seperti Siti Aishah? Isteri Rasulullah yang bijak Pendorong kesusahan dan penderitaan Tiada sukar untuk dilaksanakan...
Mengalir air mataku Melihat pengorbanan puteri solehah Siti Fatimah Akur dalam setiap perintah Taat dengan abuyanya, yang sentiasa berjuang Tiada memiliki harta dunia Layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga..
Ketika aku marah Ingin ku intip serpihan sabar Dari catatan hidup Siti Sarah... Tabah jiwaku Setabah umi Nabi Ismail Mengendong bayinya yang masih merah Mencari air penghilang dahaga
Diterik padang pasir merah Ditinggalkan suami akur tanpa bantah Pengharapannya hanya pada Allah Itulah wanita Siti Hajar...
Mampukah aku menjadi wanita solehah? Mati dalam keunggulan iman Bersinar indah, harum tersebar Bagai wanginya pusara Masyitah...
My Family
Doa
“ Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu, Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu, Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu. Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun... Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya..."