09 June 2010

jiwa kacau

malas giler nak bangun pagi ni. dah la sejuk. tah pukul berapa aku menyarungkan baju doremon aku pun tak ingat. tapi malam tadi, pukul 1.30am, aku masih lagi layan blues. tah aaarr.. tak tau bila akan berakhir sesemua ni. aku pun tak paham. sesekali ada rasa aarrr..

sorry sangat2. sessi luahan perasaan yang kantoi. moral of the story.. simpan semuanya. jgn luahkan. membahayakan kesihatan. tapi pagi2 buta tadi, dapat call. macam tahu2 jerr.. tapi sebenarnya dia tak tahu langsung. pelik la. apa tah ilmu yang dia guna. kena gie menuntut nih.

hari ni.. aku just follow up lagi.. tu jerr yang mampu di buat setakat ni. yang dah sampai kat ste pulak, macam2 hal jadinya... sabo-sabo. kali kedua aku masuk line, ni keje anak buah aku.mengarut betul diorang ni. tetiba boleh buke salon kat line cable. bob ngan bust la nih. tah apa2. nak kata tak de keje nak buat banyak.. sambil test, sambil bergurau senda. aku ok jer.. as long as keje2 semua ok.. no hal.. aku dah letak pic ni.. dalam my facebook. then aku dapat this comment.. setakat

Muhammad Afif Bin Ramli
Muhammad Afif Bin Ramli
kak ina jahat hahahahahaha
8 minutes ago ·
Saibah Hj Abu Bakar
Saibah Hj Abu Bakar
hehhehehe.. jangan mare...
6 minutes ago ·
Aida Najmuddin
Aida Najmuddin
gempak...
5 minutes ago ·
Muhammad Afif Bin Ramli
Muhammad Afif Bin Ramli
esok tak nak datang la hehehehehe
5 minutes ago ·
Saibah Hj Abu Bakar
Saibah Hj Abu Bakar
weeii weeii jangan aarr cenggitu
4 minutes ago ·
Muhammad Afif Bin Ramli
Muhammad Afif Bin Ramli
takdela hahahahahahah kelakor tu pic ni hehehehehe
3 minutes ago ·
Muhammad Afif Bin Ramli
Muhammad Afif Bin Ramli
gempak da din......ko takde ...slon terus bukak hahahahaha
about a minute ago ·

Muhammad Afif Bin RamliMuhammad Afif Bin Ramli
ni encik adi nmpak abis la kene buang hehehehehe
2 minutes ago ·
Saibah Hj Abu Bakar
Saibah Hj Abu Bakar
hehhehe tak pe, tak pe, nanti akak cover
about a minute ago ·
Muhammad Afif Bin Ramli
Muhammad Afif Bin Ramli
ok2 hahhahahhaahha
a few seconds ago ·

kali ke 3 aku gie line, cam ni pulak citernya si bob nih. kusyuk lagi tawaduk. bob pun tak perasan aku amik pic dia.. aku kat sebelah dia jer.. hehheaku tak de la pi tegur bob.. becoz dia tengah baca quran sambil test CHF147. terharu aku. cayalah.. sesapa yang berkenan, boleh buat menantu. bukan sebelah pagi jerr.. sampai kepetang nak balik, quran tu, masih di depan dia. alhamdulillah. aku tengok dalam bin, dah dekat nak habis cable yang bob test. bagus2 tak buang masa.. sambil tunggu bacaan miliohm meter, sempat lagi baca quran. bagusnya.. anak sape lah..

topik paling hangat di pasaran sekarang ni.. adalah masa dinner ni, nak pakai baju apa? masing2 nak glamour. masa kak aya tanya aku pasal baju dinner ce mana, aku tunjuk pic nih.sebenarnya masa dok soping2 tu, aku nampak this baju. berkenan habis.. sweet jer... tu yang sampai amik pic tu.. masa aku tunjuk kat kak aya, si fizu, sibuk nak tengok. aku memain jerr ngan kak aya.. sekadar nak memeriahkan keadaan. dah fizu nak tgok sgt, aku pun tunjuk aarrr. beria2 dia nak tengok. then fizu cakap cenggini, kak, tak sejuk ke nanti kalo pakai cam ni? hahhahaha. hilang akal apa nak pakai cenggini gie dinner. lari tema nih!

last sabtu before aku gie umah pak ngah ada la bersin beberapa kali. sesebelum tu, tak de pun cam tu. may be on friday tu aku selsema. aku ok jerr...

angah : gie main badminton lg ke?
aku : malam rabu la
angah : mak tengok along ni, tak payah la main lain. bagi la baik betul2 dulu tunggu sampai betul2 baik baru main. setahun ke
mak : bagi baik dulu. keluar darah lagi? sakit lagi?
(kan dah kena tanya macam polis)
aku : sesekali jer.. tak de apa2. ada ubat.
angah : tak ada apa2, tak ada apa2. tak payah la main lagi
aku : main sikit2 jer..
angah : sikit2 sikit2
(hahhaha)

ingatkan citer ni habis dah. masa dok kat surau before majlis akad nikah, angah cakap pulak kat opah. guna talian hayat ma.... kali ni lagi power. semata2 misi mengagalkan aku dari g main badminton. malam ni nak gie main badminton jugak. nampaknya misi membentras aku dari gie main badminton oleh angah tidak berjaya. pakatan angah tidah berjaya. sempat main 4 game jer. 2 kalah 2 menang. then aku balik.

tapi aku tak balik umah. aku gie merayap. maklomlah malam ni tak de sesapa yang tumpang aku. so aku boleh gi mana2 yang aku suke. yes yes yes. mula2 rasa macam nak gie makan. tapi malas la pulak sensorang. last2 aku ronda2 di sekitar KL. dah lama giler tak wat aktiviti ni.. sesekali, best jugak dalam hujan renyai2.

aku tak paham kenapa dgn aku ni. nak kata aku ada masalah, tak de la pulak. puas aku pikir2. sampai masa main badminton tadi aku pikir apa masalah aku sebenarnya. main badminton pun tak hepi at all. pesal???? apa masalah aku ni sebenarnya.. aku pun tak taw.

daripada bosan tak wat mende apa kat umah.. dok layan blues jerr.. abis kering nanti air mata. tapi tak tahu pulak bila stock nak abis. rasanya dah banyak dah kuar ni.. kena minum banyak2 nanti jadi air mata banyak2. hahha... eehh mana datangnya air mata eerrkkk.. tak pernah terfikir pun. kenapa perlu menangis?

Kajian ilmiah menetapkan bahawa perempuan lebih banyak menangis empat kali ganda berbanding lelaki. Ini kerana mereka memiliki kelenjar-kelenjar air mata yang bentuknya lebih besar daripada kelenjar-kelenjar air mata lelaki.

Para ilmuwan Amerika sampai pada kesimpulan bahawa menangis sangat berguna untuk kesihatan. Air mata yang asli, baik itu air mata bahagia atau air mata kesedihan dapat membantu mengembalikan keseimbangan kimia tubuh.

Perempuan lebih banyak menangis kerana mereka sering hanyut dalam tangisan. Mereka mengeluarkan tangisan dengan diiringi suara yang dapat didengar sebanyak 64 kali dalam setahun. Sedangkan lelaki hanya mampu menangis 17 kali dalam setahun.

Para ilmuwan berpendapat “ Jenis air mata yang mengalir akibat tekanan perasaan (emosi) dari segi bentuk dan fungsinya adalah berbeza-beza. Air mata jenis ini merupakan reaksi kimia yang muncul sebagai tindak balas atas gejala-gejala emosi yang bercampur dengan perasaan. Dengan demikian, ia lebih penting daripada protein.”

Menangis dapat meringankan kadar tekanan kejiwaan. Ini sangat berguna untuk kesihatan lebih-lebih lagi kita kerap mendengar pelbagai jebnis penyakit yang disebut sebagai penyakit tekanan jiwa.

Menangis faktor penyebab panjangnya usia kaum hawa

Para ilmuwan menegaskan bahawa menangis dapat menyebabkan panjangnya usia kaum hawa. Menurut mereka, air mata mengandungi peratusan racun yang dikeluarkan dari tubuh melalui tangisan. Perkara ini mengakibatkan tubuh akan bebas dari racun. Para ilmuwan dalam bidang kedoktoran jiwa menegaskan bahawa menangis dapat menyelamatkan perempuan masa kini dari ketegangan urat saraf yang ia alami akibat banyaknya permasalahan yang harus dihadapi ketika menjalani rutin kehidupan.

Para doktor pakar mata juga berpendapat bahawa air mata berfungsi membasuh mata dan mengosongkannya daripada kandungan racun yang muncul akibat tegangnya urat saraf perasaan dan emosi yang selalu datang silih berganti

http://www.halaqah-online.com/v3/index.php?option=com_content&view=article&id=982:hikmah-air-mata&catid=71:wanita&Itemid=124

tu dia.. hikmah air mata..

bila aku nak tido nih...mata terang benderang.. badan dah letih dah ni.







....from kekwa22 with love....

08 June 2010

aku yang blur

pagi ni aku tak tahu la apa masalahnya jadi blur pagi2. aku dah sampai depan gate opish then lupa nak bawak smoke. tak pasal2 kena lengang kangkung semula balik umah. ogie plak bantai gelak kan aku. tak simpati langsung. kalo tak de smoke boleh masuk production. tapi sat! sat! boleh la.. kalo nak bertapa, memang tak boleh maaa.

aku pun start la follow up mana2 yang patut. sebab blurrr maaa. tapi memang hari ni sepagi keje aku wat follow up jer.. hari ni rasa lambat giler masa berlalu. mata ngantok plak ni.. malam tadi tido berapa jam jerr.. pulak tu.. pagi2 aku dah start wat keje2 carpenter.

aku bengang dah dgn satu supplier nih. every two days aku keep call. janji2 palsu jerr bagi kat aku. hangin la aku. then bila aku dah bengang tahap dewa, kena minta talian hayat. 'cik adi, nak minta tolong ni', boleh cik adi cakap cam ni kat aku, 'tolong la..' 'tolong la..' hahhah pepagi wat lawak la pulak cik adi ni.

topik hangat minggu ni ialah kenduri. kenduri ni kira macam even la. even bila sampai masanya... kalo kenduri doa selamat or kenduri arwah, kira kureng meriah sikit. tapi kalo kenduri kahwin, sure meriah. tah sapa2 yang tak pernah jumpe pun, time ni la jumpe. time ni la nak tunjuk baju baru, gelang baru, rantai baru, locket baru, kete baru dan tah apa2 lagi yang baru. tapi, moral of the story dapat menghubungkan silaturrahim.

kalo tanya aku pulak.. errr baik tok sah tanya.. elok2 tak hujan.. nanti ujan. bukan boleh percaya sangat. elok2 hari cerah terang benderang pun boleh ujan. inikan pula kalo mendung2. macam kat ayer hitam hari tu.. aku tak hepi. just follow. as long as opah ok tak pening2 & muntah2 macam malam tu dan mak hepi.. tu dah cukup untuk aku. pasal aku dan diriku.. biarlah.. aku ok jer.. always ok jerr

bukan setakat jiran tetangga tapi sedara jauh dekat semuanya berkumpul. mengalahkan hari raya pulak. memang sangat2 meriah. time ni la yang tak jumpe saploh tahun pun baru jumpe. kalo setakat dialog cam ni, 'mana anak mike, sal?' memang biasa, soklan tu di tujukan untuk mak aku. masa kat ayer hitam tu pun soklan ni berkumandang 2 kali.

masa on the way balik dari ayer hitam tu, banyak aarr citer. sebab opah pun tak pening dah. cuma pening2 lalat jerr... macam2 topik ada. dari pokok getah sampai la ke ikan lampam. lepas ikan lampam sambung pulak ke pokok pandan. habis pokok pandan sambung ke pokok nangka. di sebabkan jalan jammed dari ayeh keroh yang dari dulu, kini dan selamanya tak jernih2, sampai la ke nilai.. maka banyak la topik2 yang terhangat di pasaran.

opah cakap cam ni, 'kita ni nak buat kenduri. semua pintu tutup rapat2. jangan bagi ayam sekor pun masuk. jaga elok2 sampai siap semuanya' sape tahu maknanya, sila angkat tangan. aku rasa kan.. aku ni.. tak de la blurr sangat kalo opah aku cakap bahasa2 cam ni. sebab aku boleh paham. tapi bila aku tak paham tu.. direct jerr aku tanya. tapi bukan dapat jawapan direct pun.. ayat yang lain, tapi membawa maksud yang sama.

macam ayat opah ni, 'kita ni nak buat kenduri'. ok paham nak wat kenduri. 'semua pintu tutup rapat2' dah nak wat kenduri, tapi pi tutup pintu rapat2 apa kes? ce mana orang nak datang. 'jangan bagi ayam sekor pun masuk.' dah tutup pintu, mana ada ayam nak masuk lagi.. lain la kalo pintu tu bocor.. ops.. pintu bocor ke? 'jaga elok2 sampai siap semuanya' jaga arrr... jaga.. kalo time blurr boleh la pikir cam ni...

tapi ni, kira ayat simple dari opah. kalo kena yang canggih2 aku pun lambat pickup gak. kekadang tak pickup langsung. hang. kena restart baru ok. kekadang restart pun tak leh. talian hayat pun tak leh nak pakai sangat. sebab silap2 talian hayat tu pulak kenakan aku... memang tak leh percaya lansung. sebab aku pernah kena aarr.. hampeh betul... so, moral of the story, belajar2 le memahami ayat2 canggih lagi sofisikated dari opah ruby. kelasss gitu.

'kita ni nak buat kenduri. semua pintu tutup rapat2. jangan bagi ayam sekor pun masuk. jaga elok2 sampai siap semuanya' sebenarnya opah nak bagi tahu macam ni, masa kenduri nanti, kalo ada tak puas hati kat sesapa, terlebih or terkurang.. atau sesapa yang mendatangkan masalah, diam jer.. wat tak tahu jer.. telan semuanya.. jangan keluarkan apa pun. simpan dalam hati. tapi kalo dah lepas kenduri nanti, nak cakap apa pun cakap. baru luahkan segalanya. ni la maksud sebenar opah aku. bukan senang nak jadi cucu opah aku nih, kena menguasai bahasa2 tahap dewa cenggini. yang tak de kena mengena dengan pintu rapat or tak atau ayam nak masuk ke. ada sesapa yang memenuhi skema jawapan tak? kalo tak, boleh register paper BM july.

sorry ye... tak bermaksud pun nak bagi rasa kecewa or yang sewaktu dengannya.. memang dgn nada suara tu.. bunyi lebih kurang macam tu jerr. may be tak terfikir langsung yang aku nak cakap cam tu. or dalam hati cakap.. lorrr setakat yang tu.. dah tahu dah.. tak yah bagi tahu pun tak pe.. kan kan kan. sorry ye.. tak bermaksud pun nak mengganggu minda dengan persoalan yang remeh cenggitu. tapi hanya orang tertentu jerr boleh feel cam tu dan boleh cakap cam tu. hanya insan terpilih sahaja. sorry ye...

cuma aku tak paham kenapa mahmood aku lari punya la lama.. tak semangat lagsung nak wat apa pun. dah lebih sebulan dah ni. aku pun tak tahu nak buat macam mana lagi. aku tak hepi at all. nak kata aku ada masalah, tak juge. rasanya macam tak de masalah langsung dari segi mental & fizikal. tapi why aku macam blurr jerr.. aku sendiri pun tak faham.

entah ce mana tetiba aku boleh jadi mesra alam pulak. bukan mesra alam sikit2 tapi mesra alam tahap dewa dewi. ini sumer pak cik nan nyer pasal la nih. biasanya kak norma jerr mesra alam. bila masa jangkit kat aku, aku pun kureng pasti. sesekali apa salahnya..

new song from shahir - Kebahagiaan dalam perpisahan

Tak perlu ucapkan sepatah kata
Kerna lantang terbaca dari muka
Kau dan daku sudah tiada
Keserasian di jiwa
Mungkin magisnya sudah hilang

Tak perlulah kita mencuba lagi
Betulkan kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan
Menjadi perbalahan
Manakah agaknya cinta kasih

Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar di sinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur

Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama oh semakin rekah
Menimbulkan tanya apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan

Usah titis air mata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam
Tapi hanya berdiam
Kerna cuba menafi realiti

Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama oh semakin rekah
Menimbulkan tanya apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan

Kebahagiaan dalam perpisahan








....from kekwa22 with love....

07 June 2010

Man - big day

hari ni, di mulakan dengan sakit perut. tatau aarr kat mana silap dia.. semalam kenduri kat ayer hitam, muo. tempat yang sebelum ni banyak kali gak aarrr dah gie.. semalam makan macam biasa lauk2 kenduri.. dan malam tadi makan kat umah pak ngah.

hasilnya ni yang aku dapat pagi ni.semalam nyer kenduri meriah la. ramai gak rombongan dari perakian ke muo. ada la dalam 10 buah kete. mak wah senyum lebo jer.. al maklum la.. nak dapat menantu sulung. wah diorang nanti dapat kak yong aarrr... yeop man dah kahwin dgn yong husna kalo kome nak tahu.

aku memang close dgn man sejak kecik2 lagi. geng berkubang dalam sungai. pastu, man panjat pokok rambutan, aku tukang kutip kat bawah. becoz aku tak panjat pokok sejak kecik lagi. gayat meehh.. hanya angah jerr yang terrer bab2 panjat ni.

man masa time skolah2 dulu malas gie skolah. kalo orang gi skolah 5 hari seminggu, tapi dia 4 hari jer... bukan man jerr.. anak2 mak wah memang malas gie skolah. hahaha.. macam la anak2 mak aku ni rajin sangat. tapi anak2 mak aku ni masing2 suke bertapa kat skolah. kalo boleh, tanak balik umah. hahhaha..

aku ingat lagi opah punya la marah giler kat wahid, adik man arr.. sebab tanak gie skolah. opah ikat wahid dekat pokok rambutan yang ada kerengga sikit2. hahhaha... sebab tanak gie skolah. macam kejam jerr.. kira2 macam opah tiri gitu. tapi nak wat ce mana... dah tanak gie skolah.. tu pun masih malas nak gie skolah. kalo cakap balik kat wahid, dia gelak giler.. tapi tu la pengajarannya.

aku rasa kalo opah tak wat cam tu, wahid may be tak keje kat upm sekarang ni. so, wahid pls thanks to opah becoz jasa2nya mengikat dipokok rambutan yang ada kerengga. kalo opah orang lain, confirm tak buat cam nih.

tu, citer pasal wahid. yang si maria punya hal pulak.. best student kat kenering. kat mrsm lenggong, 10A time spm. tapi masa 3 sem di upm, cabut. bukan fail, tapi tanak belajo. sebab munasababnya tak di ketahui oleh sesiapa. sampaikan semua orang tak tahu nak cakap apa dah.. last2 keje seopish dgn aku.

kalo citer pasal sham pulak.. yang hari sekolahnya cuma 3 hari seminggu jer.. lagi la macam2 citer. sampaikan cikgu datang ke rumah pujuk supaya gie skolah. tu pun tak jalan lagi.. tapi opah tak de la pulak membuat pendekatan yang sama ngan wahid. skrang ni sham belajo kat lumut. baru dua sem kot. kolej apa aku pun kureng pasti.

ni pasangan yang di kenal pasti semalam. ni saat2 yeop man ketaq lutut & ketaq segala. hahhaha... muke cam apa jerr lagi.. tak control macho betul. walau apa pun, cayalah.. dengan sekali lafaz jer.. status yeop man dah bertuko... semoga rumah tangga yang di bina diberkati dan diredhai Allah SWT & berkekalan hingga ke akhir hayat.yang berdua ni.. always dok control macho. mengalahkan pompuan diorang nyer bersiap. maklom lah dok kontrol jambul. orang dulu2 jambul di depan.. tapi sekarang ni.. jambul di belakang la pulak. imran cakap, rambut macam bontot itik jer... time tu, aku tak leh cover langsung nak gelak.. becoz, dan dan tu aku imagine bontot itik yang arwah opah bela zaman aku kecik2 dulu. hahhahaha.... tak pe tak pe.. nak kata apa pun tak pe sebab adik dia. trend ma.. ala2 pelakon korea gitu...

lepas majlis akad nikah, kitaorang gie umah pengantin untuk makan2. masa tu dah 11am ++. sebabnya kalo nak tunggu majlis bersanding.. pukul 2pm. lama giler.. that why la makan dulu. kira macam bfast la nih. ni rezeki aku
ni, tengah praktis, mana la tau kot kot esok2 nak jadi mak andam ke.
agak2 la kan sape yang posing habis, pengantin ke.. pengapit pengantinni plak, pengantin tengah tengok orang bersilat nihbersilat tengah2 panas. tapi ok la daripada bersilat dalam hujan..bersilat dengan tahap keseriusan yang melampau.
yeop man punya la siyes.. pengapit dia pulak yang senyum2 kambing. nak kata senyum tak de la senyum lebo sangat. nak kata tak senyum, tapi senyum gak la... senyum yang tak berapa nak menjadi. sebab tu di panggil senyum kambing.

masa pengantin makan beradap tu.. tak pasal2 aku ngan wahid kena join. orang lain sumer tak nak.. pak ngah & mak ngah serta mak aku, siyes jer... aku ngan wahid wat acara sendiri. poyo giler... ni aktiviti wajib, mengalahkan pengantin la pulak..
ni aarr yang terhidang kat depan kami berdua.
rendang daging
puyuh goreng berempah.
hati goreng.
telur burung puyuh.
ni pulak siakap sambal.

tapi aku cuma makan, yang ni jerr... sebab tu mula2 aku tanak makan sekali dgn pengantin nih.. wat rugi jerr. lagi pun pagi tadi dah makan.nak wat ce mana.. kena control aarr.. bukan takut gemok tapi takut sakit perut. aku ni, bukan boleh sangat. sat lagi kalo dah sakit, sape nak drive balik kl. cerr cakap sikit.

malas nya malam2 nak drive jejauh... tak tau la ni.. nak sampai kl semula pukul berapa.. mujur ogie nak teman.






....from kekwa22 with love....

05 June 2010

jom bercuti

hari ni bajet nak g jogging, tapi tak menjadi sebabnya bukan bangun lambat. tapi sebab keadaan cuaca tak mengizinkan. ujan maaa.. pagi2 ni. daripada tak de mende nak buat, aku pun buke kedai dobi pepagi.

dah settle semuanya aku pun mula la wat breakfast. kat umah ni, semuanya ada. cuma nya kena rajin sikit jer... kalo rajin banyak lagi bagus. ni pun sebab mak ada. kalo tak.. pepagi lepas balik jogging tak denya nak masak untuk bfast. selalunya dah ada orang yang tolong masak. iaitu orang2 kat kedai. hahhah.. tapi sebab mak ada.. tak kan, so, cover2 la sikit. hahhaha

ni aarr sebagai sarapan. nama dia kacang merah horn. not cream horn sebab manis aarr..
pastu gie melawati beli ikan2 dan sayur2an untuk lunch tengah hari. ada pasar tani hari ni. di samping tu beli air minuman. mak pun ikut sama. tak de maknanya dia nak tinggal kat umah sensorang.

ni arrr menu untuk lunch hari ni
ni, namanya telur pindang. nak wat dia, rebus telur bersama2 dengan rempah beriani dan segala sampah sarap. hahhaha.. sampah sarap tu means segala jenis dedaun. daun serai, daun pandan, daun kunyit dan segala jenis daun la... rebus lama2.

ni, nama dia penyeri majliskalo tak de ni.. kureng berselera. walaupun makan sekor sorang.

ni pulak sup sayo. hantam jerr apa yang ada.

ni pulak masak lemak daun gheti. rupanya mak pun tak pernah makan pucuk ni. aku pun sebab kak norma yang ajo. kalo tak, aku pun tak makan gak.
cuba teka ni daun apa?
menurut cik norma, ni daun tenggek burung. aku tengok jerr.. tapi tak pernah rasa ce mana rasanya. mak pun cuba gak.. diorang cakap rasa dia pahit2 kelat. tak perr la.. aku cuma makan 2 jenis daun jer.. ulam raja & pegaga. tu pun kira dah cukup baik dah.

ni, ikan termenung goreng. menu asal nak buat kari ikan termenung dengan bendi. mesti sedap. bajet baikkk punya. segala kepala semua dah beli. balik umah, rupanya.. lupa beli serbuk kari. maka, goreng pun sodap...
mak kata, duduk umah aku ni, boleh mati. mati sebab terlebih makan. hahaha. segala jenis makanan ada.. sebabnya yang rajin dok membeli tah apa2 tu adalah cik norma. kekadang makanan tu zaman2 dia. aku pun kureng nak makan. ogie pulak langsung tak makan. hehehe.. pastu yang orang sebelah lagi dok bagi lagi.. jadinya bermacam2 jenis la...

aku bukan nak memilih tapi dah tak larat dah nak pilih apa nak di makan ada jerr.. lagipun aku ni, bukannya rajin sangat pun. hihihi tu sebenarnya.. kalo angin malas bertiup kencang, maka satu apa pun tak jadi. kalo angin rajin bertiup kencang.. semuanya menjadi. hehehe

cik norma memang rajin melajan mak aku. tah macam2 dia dok cerita.. ada jerr topik. mak pun apa lagi.. suke la dia ada orang ajak bersembang.

petang ni aku nak bercuti.. anggaplah gie bercuti 2 hari 1 malam. ni, barang2 tak kemas lagi ni. apa nak di bawa.. ceeehhh...

Jangan Nakal - Alif Satar

Semua tahu kamu cantik
Semua tahu kau menarik
Kau bidadari terhebat
Membuat cintaku makin kuat

Kadangkala ku cemburu buta
Saat ramai mata terpesona
Terlebih saat ku mahu pergi
Di saat itu kau ada di sini

Please please please
Kamu jangan nakal
Ku pergi sebentar
Bukan untuk curang
Please please please
Kamu jangan nakal
Nanti aku datang
Bawa yang kau pesan

Diriku untukmu

Semua tahu kau milikku
Semua tahu ku cintamu
Ada pun yang memandangku
Betapa beruntungnya aku

Kadangkala ku cemburu buta
Saat ramai mata terpesona
Terlebih saat ku mahu pergi
Di saat itu kau ada di sini

Bukan aku terlalu
Mengawal sikapmu
Ku hanya terlalu
Terlalu sayangi kamu
Ampunkan aku terlebih-lebih
Jagakan kamu
Ku cintamu
Kau cintaku

Diriku untukmu
Diriku untukmu








....from kekwa22 with love....