09 May 2012

Perjalanan sebuah kehidupan

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah swt keranan memberikan nikmat kehidupan di dunia fana ini. Alhamdulillah.. Semoga aku sentiasa tergolong di kalangan orang2 yang bersyukur..

 Alhamdulillah kerana aku di beri kesempatan dan kenikmatan untuk merasai kemanisan sebuah kehidupan di dalam rahem aku... sesemua ni adalah anugerah yang tak ternilai buat hambaMu ini. Terima kasih ya Allah.. Alhamdulillah...

Surah Al-Mu’minun: ayat 12-14

﴿وَلَقَدْ خَلَقْنَا الإِنْسَـنَ مِن سُلَـلَةٍ مِّن طِينٍ - ثُمَّ جَعَلْنَـهُ نُطْفَةً فِى قَرَارٍ مَّكِينٍ - ثُمَّ خَلَقْنَا النُّطْفَةَ عَلَقَةً فَخَلَقْنَا الْعَلَقَةَ مُضْغَةً فَخَلَقْنَا الْمُضْغَةَ عِظَـماً فَكَسَوْنَا الْعِظَـمَ لَحْماً ثُمَّ أَنشَأْنَـهُ خَلْقاً ءَاخَرَ فَتَبَارَكَ اللَّهُ أَحْسَنُ الْخَـلِقِينَ -
 

12. Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari suatu saripati (berasal) dari tanah.

13. Kemudian Kami jadikan saripati itu air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kukuh (rahim).

14. Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang (berbentuk) lain. Maka Maha sucilah Allah, Pencipta Yang Paling Baik.

Peringkat-peringkat bayi yang telah di lalui di dalam rahem aku.. Maha Besar Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang.. Bermula dari minggu ke 2 hingga ke 39..

minggu 2
minggu 3
minggu 4
minggu 5
minggu 6
minggu 7



minggu 8
minggu 9
minggu 10
minggu 11
minggi 12
minggu 13
minggu 14
minggu 15
minggu 16
minggu 17
minggu 18
minggu 19
minggu 20
minggu 21
minggu 22
minggu23
minggu 24
minggu 25
minggu 26
minggu 27
minggu 28
minggu 29
minggu 30
minggu 31
minggu 32
minggu 33
minggu 34
minggu 35
minggu 36
minggu 37
minggu 38
minggu 39

Allahuakbar... Maha Besar Allah menjadikan dan menciptakan manusia.. Semoga kita tergolong dikalangan hamba2 yang bersyukur.

Wahai umat manusia, sekiranya kamu menaruh syak (ragu-ragu) tentang kebangkitan makhluk (hidup semula pada hari kiamat), maka (perhatilah kepada tingkatan kejadian manusia) kerana sebenarnya Kami telah menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari setitik air benih, kemudian dari sebuku darah beku, kemudian dari seketul daging yang disempurnakan kejadiannya dan yang tidak disempurnakan; (Kami jadikan secara yang demikian) kerana Kami hendak menerangkan kepada kamu (kekuasaan Kami); dan Kami pula menetapkan dalam kandungan rahim (ibu yang mengandung itu) apa yang Kami rancangkan hingga ke suatu masa yang ditentukan lahirnya; kemudian Kami mengeluarkan kamu berupa kanak-kanak; kemudian (kamu dipelihara) hingga sampai ke peringkat umur dewasa; dan (dalam pada itu) ada di antara kamu yang dimatikan (semasa kecil atau semasa dewasa) dan ada pula yang dilanjutkan umurnya ke peringkat tua nyanyuk sehingga ia tidak mengetahui lagi akan sesuatu yang telah diketahuinya dahulu. Dan (ingatlah satu bukti lagi); Engkau melihat bumi itu kering, kemudian apabila Kami menurunkan hujan menimpanya, bergeraklah tanahnya (dengan tumbuh-tumbuhan yang merecup tumbuh), dan gembur membusutlah ia, serta ia pula menumbuhkan berjenis-jenis tanaman yang indah permai. Surah Al Hajj ayat 5

Aku tak tahu, bila aku akan menjalani proses bersalin..semuanya aku berserah pada Allah swt. sehingga ke hari ni.. kalo boleh, nak cepat jerr... ce mana keadaan aku? errmm bukan nak mengeluh, aku redha semua ketentuan dari Allah swt. cuma sekadar berkongsi pengalaman mengandung setelah 9 bulan.... memang keadaan tak selesa.. apa aku rasa???
  • sesak nafas 
  • perut mengejang/keras seperti nak meletup jerr rasanya.. 
  • duduk lama2 sakit belakang.. 
  • berbaring tak selesa...walaupun mengiring
  • darah rendah
  • sakit pinggang.. 
  • berdiri lama sikit, sakit kaki... 
  • batuk
  • kurang selera makan
  • kaki kejang
  • kdg2 gatal2 seluruh badan
  • tido tak lena
  • kerap bangun kencing malam almost setiap jam
  • angin 
  • sakit lidah / ulser lidah
  • pening / pitam
  • sakit sekitar bawah perut
  • tak boleh duduk tegak.. sakit
  • tak boleh tunduk .. sakit
  • tak boleh duduk bersila ... sakit
sesemua2 aku rasa ketidakselesaan semasa mengandung.. ce mana le nanti nak bersalin... setiap orang tak akan sama pengalamannya.. semuanya ada bahagian masing2..semuanya sudah tersurat.. Walau apa pun aku redha semuanya...

Aku bersyukur kerana di awal2 pregnant, aku ok jerr.. cuma dugaan datang pada trimester ke 3. memang besar dugaan untuk jadi seorang 'mama'. Banyak hikmah Allah bagi pada kaum wanita jerr yang boleh mengandung.... dan bersalin..

 Memang tak ternilai jasa2 mak pada aku..

Tanpa rahim ibu kita tidak mampu bertahan 9 bulan hidup, tanpa tali pusat yang bersambung dengan ibu kita akan kelaparan, tanpa kudrat dan sabarnya ibu mengandungkan kita tidak akan dapat kita hidup selesa dalam perutnya....betapa kita berkorban sebanyak mana pun tidak akan mampu kita menandingi pengorbanan ibu....

Hingga ke hari ni.. mak sanggup datang kerumah kerana anaknya yang sorang ni bakal jadi ibu. pengorbanan mak bukan setakat mengandungkan aku jerr.. tetapi menjaga aku bila masa mengandung pulak.. nanti lepas bersalin, mak jaga aku lagi... tak putus2 jasa mak. memang tak terbalas jasa2 mak pada aku.. hanya Allah swt yang mampu membalasnya... semoga mak di berikan kesihatan yang baik dan nikmat umur yang panjang...

Diriwayatkan dari Abu Hurairah, dia berkata, “Seorang lelaki pernah mendatangi Rasulullah, lalu dia berkata, ‘Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling berhak aku perlakukan dengan baik?’ Rasulullah menjawab, ‘Ibumu.’ Lelaki itu bertanya, ‘Kemudian siapa lagi?’ Rasulullah menjawab, ‘Ibumu.’ Lelaki itu bertanya, ‘Kemudian siapa lagi?’ Rasulullah menjawab, ‘Ibumu.’ Lelaki itu bertanya (lagi), ‘Kemudian siapa lagi?’ Lelaki itu menjawab, ‘Bapakmu.’” (HR. Bukhari dan Muslim)



sempena hari ibu, angah bawak mak makan2 kat hotel grand season. kira mak 1st time le.. al maklum la.. kami kan orang kampung... kami2 yang dok kat sini ni, dah biasa dah.. function2 opis. so, ni le pengalaman baru mak.. mujur mak ok jerr dgn makanan yang di sediakan.. hepi betul mak... walau ce mana pun.. jasa2 mak membesarkan kami semua tak akan mampu kami 5 beradik membalasnya..



sumber : tengok kat sini,kalo nak tahu asal usul kejadian manusia, baca kat sini, gambo2 dari pak cik google



 

....from kekwa22 with love....

“Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat… dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”

03 May 2012

Family Photo Studio


Ni, aktiviti sempena hari buruh. errmmm enche affa nak mengabadikan kenangan wife dia pregnant genap 9 bulan.. so, apa lagi.. kali ni, masuk studio plak yerrr.....

jom jom layan.............

Abang yang stylo - baru potong rambut nih... mulanya nak potong rambut macam ustaz don, pastu.. tuko fikiran plak...
I believe i can fly .... 

My darlings
9 bulan mengandung ni.. semuanya membesar bagai johan...

I love my family
My dear Enche Affa, I love you... muuahhhhsss
Abang, kalo suruh senyum... cam ni lerr... walau apa pun.. hensem anak mama nih...
ha... ni le gambo 4D 'adik..'
sajerr jerr nak kaco 'adik' tengah tido
Sabar2... tak lama lagi... kita boleh jumpe 'adik' anytime dari sekarang
Bersama suami terchenta
Kelako la bang ni....
With my lovely mum & my sister
Comey jerr anak mama nih
Alhamdulillah, syukur pada Allah kerana di kurniakan pada hambaMu ini sebuah keluarga yang bahagia... Semoga kebahagiaan ini berkekallan dan berpanjangan
Abang tengah makan ayam..
My darling
abang nih.... suke.. betoi kaco bapak.
Enche affa nyer koleksi.. konon2 nak simpan jerr.. dapat kat abang, teross naik main...





kalo sesaperr.. nak ambil gambo studio cam nih... boleh lerr hello2 or click jerr link matofinger kat sebelah kanan atau tinggalkan link kat sini atau call jerr... setelllll


 


....from kekwa22 with love....

“Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat… dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”

01 May 2012

Cara penyimpanan dan penggunaan susu ibu

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allat swt dengn limpah serta kurniaNya aku sekeluarga di berikan kesihatan yang baik..

aku dah beli breast pump yang ni... servey nyer servey dapat le yang ni.... spectra dew 300. aku pilih beg yang no 2.
errmmm dah ada breast pump ni, kena le tahu ce mana nak simpan hasil perahan plak.. sat gie dah perah2, tataw plak ce mana nak guna.. tak ke haru nanti.. errmmm masa pun dah nak dekat dah ni.. dup dap dup dap

artikel ni, aku ambil kat sini.. just nak share panduan ni untuk diri aku sendiri dan bagi yang 1st timer cam aku gak.. sharing is caring...

Susu ibu yang diperah boleh disimpan untuk diberikan pada bayi sepanjang ketiadaan ibu bersama bayi. Susu ibu mengandungi sel hidup, oleh itu susu ibu yang diperah perlu disimpan dengan kaedah yang betul untuk memastikan kandungan nutriennya terpelihara dan tidak musnah. Susu ibu sebenarnya mempunyai bahan anti-bakteria yang membolehkannya kekal segar dan tahan lama.

Bekas yang sesuai untuk menyimpan susu perahan:
  • bekas plastik atau botol susu bebas BPA (Bisphenol-A)
  • bekas kaca atau bekas plastik berbucu keras (seperti Tupperware)
  • breast milk storage liners yang memang dikhususkan untuk menyimpan perahan susu ibu
Susu ibu yang diperah boleh disimpan di dalam keadaan dan tempoh masa berikut:
  1. Di dalam suhu bilik (19 hingga 26 °C), tahan sehingga 4 jam
  2. Di dalam bekas penyejuk (cooler bag/box) (kurang 4 °C), tahan sehingga 12-24 jam
  3. Di dalam peti sejuk (kurang 4 °C), tahan sehingga 7 hari
  4. Di dalam peti sejuk bahagian beku (-18 hingga -20 °C), tahan antara 3 hingga 6 bulan
Panduan asas penyimpanan susu ibu:
  • bekas penyimpanan susu hendaklah dibasuh dengan bersih menggunakan sabun, dibilas dengan air didih dan dikeringkan dengan sempurna sebelum digunakan
  • catatkan tarikh perahan pada bekas susu sebelum menyimpannya
  • simpan susu dalam kuantiti mencukupi untuk 1 kali penyusuan untuk 1 bekas, contohnya 2 – 4 oz sahaja setiap bekas
  • jangan penuhkan bekas sehingga ke penutupnya, tinggalkan sedikit ruang untuk membolehkan pengembangan berlaku apabila susu dibekukan
  • susu yang hendak dibekukan sebaiknya hendaklah disimpan di bahagian sejuk terlebih dahulu sebelum dipindahkan ke bahagian beku peti sejuk
  • jangan simpan susu perahan di bahagian pintu peti sejuk kerana suhu di bahagian pintu tidak stabil (kerana kekerapan membuka dan menutup pintu peti sejuk)
  • sebaiknya simpan susu perahan di bahagian paling atas dan paling dalam kerana suhunya lebih stabil dan malar
  • jika menggunakan bekas penyejuk (cooler bag) pastikan ice pack yang digunakan mencukupi, ganti jika perlu dan kurangkan kekerapan membuka bekas penyejuk

Maklumat Tambahan

(berdasarkan soalan-soalan yang dikerap ditanya di dalam komen-komen di bawah)

1. Susu yang diperah di pejabat boleh disimpan di dalam peti sejuk di pejabat (jika ada) dan dibawa balik menggunakan cooler bag yang berisi ice pack yang mencukupi untuk perjalanan pulang ke rumah (walaupun perjalanan ke rumah hanya 10 minit, pastikan susu perahan kekal sejuk). Sampai di rumah, bolehlah pindahkan ke peti sejuk di rumah sama ada hendak letakkan di bahagian bawah (sejuk biasa) atau di bahagian atas (freezer). Tidak digalakkan membekukan susu semasa di pejabat kerana susu beku lebih sukar diuruskan (kerana kita perlu memastikan ia dibawa balik dalam keadaan beku dan tidak boleh mencair walaupun sedikit).

2. Jika susu beku sudah mencair (walaupun sedikit), susu tersebut tidak boleh lagi dibekukan semula. Ia perlu disimpan di bahagian bawah (bhg sejuk biasa) malah perlu dihabiskan (digunakan) dalam tempoh 24 jam dari masa ia mula mencair.

3. Susu perahan lebih baik disimpan di bahagian sejuk biasa berbanding bahagian beku (freezer) jika susu perahan itu adalah stok untuk beberapa hari. Sekiranya pada hari ke-5 susu perahan tersebut belum digunakan maka bolehlah naikkannya ke bahagian beku untuk memanjangan tempoh hayatnya.

4. Susu perahan yang dibekukan akan kehilangan beberapa nutrien dan antibodi akibat proses pembekuan namun komposisinya masih JAUH LEBIH BAIK berbanding susu formula. Oleh itu ibu perlu memberi susu segar (secara direct feeding), susu perahan yang disejukkan dan susu perahan yang dibekukan untuk mengimbangi keperluan nutrien dan antibodi bayi.

5. Susu perahan yang telah dipanaskan, diberikan kepada bayi tetapi tidak habis diminum. Ibu-ibu masih boleh menyimpan susu tersebut ke dalam peti sejuk semula untuk penyusuan berikutnya (anggaran masa tidak lebih dari 2 jam). Jika pada penyusuan kedua tidak juga dihabiskan maka susu tersebut perlu dibuang.
kalo nak baca yang len2 persoalan... sila click kat sini yerrr



....from kekwa22 with love...

“Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat… dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”