19 July 2016

terjebak..

hadoiii... tetiba pulak.. bukan sumthin yg new. tapi selama ni mmg buat tak tahu aje. buat2 tak tahu aje.

tapi terjebak la pulak sehari dua ni.. banyak plak benda2 yang best2 dan price yang masuk akal. yang penting free pos. tak gitew? sampai lambat sikit pun tak nhgape. hari ni

nama mende alah ni ialah 5-In-1 Facial Beauty 360 degree Ultrasonic Multifunction Exfoliating Firming Shaping Slimming Toning Face Massager Pore Blackhead Whitehead Spa Scrub Whitening Cleanser As Seen On TV   


 punya la panjang namanya..
kannnnn.. ok leh harga nyer.. mampu milik.  apa best nyer benda nih?

Enjoy the benefits of Facial at the comfort of your own home
For less than quarter of the price of a salon facial

MultiFunction Device
  •  ·      Exfoliates Dull Dead Skin
  • ·      Removes Darkened Skin to Brighten the Complexion
  • ·      Deep Cleanses & Refines Open Pores
  • ·      Removes Blackheads
  • ·      Removes Make Up & BB Cream More Efficiently
  • ·      Improves Lymphatic Drainage to Reduce Face Puffiness
  • ·      Improves Circulation to Increase Skin Radiance
  • ·      Accelerates Skin Rejuvenation for Anti-Aging Effects
  • ·      Massages to Firm & Tone Up Sagging Skin
  • ·      Contours Face to V Shape
  • ·      Reduces Double Chin & Sagging Chin
  • ·      Firms Up Sagging Neck
  • Plus Removes Calluses from Elbow & Feet to Keep Them Smooth To The Touch
·       5 different applicators for deep cleansing, exfoliating and massaging
·       360° degree rotation
·       Dual speed
·       Water resistant head
·       Compact & Lightweight - Bring it with you when you travel!
·       Suitable for the Face, Body & Scalp

moga2 lepas dapat menda nih akan di gunakan sepenuhnya..

in sha Allah


 ....from kekwa22 with love....
“Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat… dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”

15 July 2016

membebel2 di petang hari

memang susah nak puaskan hati semua orang ada aje alasan yang nak menyalahkan orang lain.. serba tak kena. cerr suruh jadi organizer mmg awal2 lagi kata not my job okeh! ada aje alasan nak mengelak..

bila tak bagi email.. boleh cakap.. haa tak de pun email... (macam lah baca email)
bila dah bagi email.. errmm busy lahh tak dan nak baca email sebab focus hat nih.
bila tiba masanya..
kena jugak call sorang2 buat jemputan khas. tapi tak datang juga
kalo organize 1 hari, lama pulak hilang lesapnya.
buat 1 jam pun ada jugak alasannya..
manjang tak puas hati
macammmmm bagus ajeeee
kalo bagus mesti tahu tanggungjawab memasing kannnnnnn
adaaaa aje alasan.
lepas tu tanya, ada sijilkah?


cer fikir bajet dan komitmen diri sendiri, berbaloi tak?
ceerr fikir


....from kekwa22 with love....

“Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat… dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”

14 July 2016

Penyakit M

lama giloss tak jengok2 kat sini.. bersawang habis.. jenuh nak bersihkan habuk.. punya la lama tak menjengah sini.. sampai hampir lupa password. kekeke..

mood nak tulis dah lama terbang kemana tah.. bukan tak sempat sangat.. tapi penyakit M datang. tak sembuh2 lagi.  sampai bila nak tung.. eerrmm tak tahu lahhhhhh hehehe



 ....from kekwa22 with love....

“Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat… dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”

31 December 2015

2015 Dalam Sejarah

hari ni, hari last dalam tahun 2015. hari last. last day. hanya tinggal beberapa jam sahaja lagi. errmm dah 365 hari berlalu. sepanjang tempoh itu banyak suka duka kehidupan yang di lalui. Alhamdulillah Allah kurniakan nikmat yang terlalu banyak untuk kami sekeluarga. semoga kami sentiasa berada di kalangan hambanya yang bersyukur.


 Alhamdulillah Allah swt melimpahkan rezeki kepada kami sekeluarga. Sesungguhnya Allah Maha pengasih lagi maha penyayang.
2015

Januari
Kami sibuk daftarkan Armand untuk kemasukkan tahun 1. 1st time. kena banyak tanya kawan2 apa yang perlu dan tak perlu. Armand selalu kena buli. kami risau. Armand mengadu itu ini. Armand ketua kelas. Alhamdulillah Armand berjaya menempatkan diri dikalangan 10 pelajar terbaik. Tahniah anak mama.


Febuary
bertambah lagi setahun umurku. Alhamdulillah atas nikmat usia dan kesihatan yang baik yang Allah SWT berikan. Sesungguhnya terlalu banyak nikmat yang Allah kurniakan pada diri ni. Semoga aku sentiasa menjadi insan yang bersyukur. Terima kasih enche affa. jam tangan digital.
 Mac
bulan ni, genap umur Armand 7 tahun. semoga abang menjadi anak yang soleh. birthday party hanya untuk keluarga kami. kecil2 sahaja. sebagai tanda meraikan. happy sungguh anak2.

April
kami sekeluarga ke Sabah. jalan2 melihat ciptaan Allah SWT. seronok dan teruja anak2. bermain air sepanjang hari di pulau 

Mei
bulan ni, genap umur isyraf 3 tahun. semoga isyraf menjadi anak yang soleh. ni 1st time buat birthday isyraf. masa umur 2 tahun.. kami tak tahu yang dia nak birthday dia sendiri. so, impian dia kami realisasikan. walaupun secara kecilan tapi tetap meriah.
Jun
kami menyambut Ramadhan dengan meriah. berbuka puasa di masjid ataupun surau. Alhamdulillah. seronok. sudah 2 tahun kami berbuka puasa di surau2 atau pun masjid.

Julai
Syawal kami sambut dengan sederhana. 1st time buat hari keluarga. sangat meriah. seronok. teruja. teringat isyraf dengan bangga mengambil hadiah dari tok cik. dia pun ada ke inginan sendiri.


Ogos
Alhamdulillah Allah murahkan rezeki. mulanya ingat ianya bukan milik kami. sudah terlepas pada orang lain. tetapi bila Allah mengatakan itu adalah rezeki kami. syukur sangat2 memang ianya menjadi milik kami. insya Allah kami akan menetap di sana satu hari nanti. Tahniah kakak ika. Rombongan ke Kota Bharu sangat best.


September
Anak2 masuk wad. mula abang masuk wad di KPJ kajang sebab jangkitan peparu. esoknya, adik pula 4 hari 3 malam. virus yang sama. kami berkampung la di KPJ Kajang.

Oktober
Anak2 di masukkan semula ke wad kerana demam yang tidak di ketahui punca. abang dan adik di tempatkan didalam satu wad. 8 hari 7 malam kami berkampung di KPJ Kajang lagi. kasihan anak2 di kala suhu badan mencecah 40 darjah celsius. menggeletar dan menggigil itu di suruh mandi. kuatnya semangat anak2. kami berdua yang tewas dgn ketabahan anak2 mengharunginya.



November
bulan yang sangat sibuk dengan kerja2 di pejabat. aku dan enche affa bertungkus lumus menyiapkan tugasan. dua minggu berturut2 bermalam di Gambang. sebabnya bangunan2 dah nak di serahkan pada UIAM. sibuk juga menyiapkan keperluan untuk mengerjakan umrah dan juga anak2.


Disember
Alhamdulillah Allah makbulkan niat kami. sekali lagi kami berangkat mengerjakan umrah. Alhamdulillah atas segala nikmat yang Allah kurniakan pada kami. bagaikan bermimpi pabila sekali lagi kaabah berada di depan mata. tiada kata-kata yang mampu mengambarkan perasaan kami di kala itu. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Ya Allah, jemputlah kami lagi ya Allah. Lagi dan lagi, lagi, lagi. Murahkanlah rezeki kami, kurniakan kesihatan yang baik dan kelapangan masa. kami tidak pernah jemu untuk mengunjungi Baitullah-Haram. Ya Allah, rindunya... mudah-mudahan kami dapat panggilan menunaikan ibadat haji dalam masa terdekat. kalau ikut giliran yang tertera.. mmg sangat lama lagi.  Happy birthday enche Affa.

 
Kami tutup tirai tahun 2015 dengan segala kenangan yang manis. Alhamdulillah.

semoga hari esok akan membawa keberkatan dalam hidup kami.




  ....from kekwa22 with love.... “Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat… dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”