23 February 2010

Renungan Terakhir

pesal selalu sangat typo error nih. sejak semalam lagi. nak kalo type 5 word, mesti ada 1 yang salah. sejak semalam lagi. pastu masa drive pun blurr.. left & right pun confuse. apa kes nih..

task for this week, siapkan sumer2 report & submit petang 25-2-10. hari ni sempat siap 2.

ni my lunch. cam biasa lunch dgn ita n fariza kat pizza hut. sedap.. pizza baru nih. err kenyang giler
dua pizza ni untuk 3 orang makan. banyak maa.. tapi best banyak cheese.
malam ni sunyi jer.. kak norma tak de nih.. dia outstation kat perak.

Renungan Terakhir - Nora

Sebelumnya kau pergi
Renunglah ku di sini
Kerna mungkin terjadi
Kita takkan bersua lagi
Anggaplah pertemuan ini
Mungkin yang terakhir
Dan tak usah
Kita kesali
Atas apa yang terjadi

Banyaknya pengorbanan
Telah ku pertaruhkan
Mungkin tiada bermakna
Telah banyak mengguris rasa
Untuk itu maafkanku
Kiranya menggangu ketenagan
Dalam hidup mu yang tak perlu kehadiranku

Dugaan…
Inikah dugaan untukku
Hujungnya yang tak seindah mimpi
Hanyalah igauan ngeri
Kau yang pernah ku rindu
Mudahnya berlaku
Mengapa begitu
Berubah layu
Aku menerima
Salam perpisahan
Segalanya sebagai ingatan
Biarlah impian kan berlalu dengan mu










....from kekwa22 with love....

22 February 2010

Happy Birthday To Me 2202

Pagi ni aku bangun awal sambil memanjatkan kesyukuran dengan nikmat usia yang telah di kurniakan. Syukur alhamdulillah sehingga kini aku masih lagi di beri kesempatan untuk menghirup udara di dunia fana ini. Alhamdulillah
pelbagai perasaan menyelubungi diri aku. ada rasa sedih dan ada rasa gembira. semuanya menyatu. kenapa aku rasa gembira? kenapa aku rasa sedih? sukar untuk di ungkapkan dengan kata2
pagi tadi, aku sempat ber'ym' dgn azizan. lama gak tak borak ngan dia. dia tanya aku sama ada nak suruh dia booking hotel untuk konvo tak? best tu sebab dah ada orang offer. aku ok jer.. pucuk di cita ulam mendatang arr...

aku terima satu panggilan. mula2 aku dapat 2 miss call dari no yang aku tak kenal. sebabnya aku kat line, my henpon kat atas meja. kali ketiga dia call baru, aku pick up. dia cakap ada nak hantar barang kat aku. orang yang call aku tu cakap yang aku ni half day dan suruh aku tunggu sampai pukul 1.30pm. dia dari cyberjaya. aku ni tak tanya pun sape yang call aku tu, barang apa yang dia nak hantar. tapi rasa cam pelik la pulak. mana dia tau aku half day today. aku siap pi tanya ita lagi, no 037xx ni, dari mana? dan ada tak ita bagi tau sesape yang aku ni half day. ita bagi tahu hanya fariza dan dia jerr tahu. yang lain tu, tak tahu. sape eerrkk.. err may be supplier kot.

pas tu tetiba terkantoi. orang yang kirim tu ngaku... sebab dia tanya dah sapai ke lom. hehehehe.. tapi aku tak leh pk mende apa yang di kirim. tak perr arr nanti tau arr...

tengah hari tadi aku gie renew driving license. nanti kalo tangguh2 terlupa plak. then nak kuar dari opis.. err malas rasanya. macam last year, aku terlupa renew selepas 3 bulan, baru perasan. hihihi... so, tahun ni.. renew awal pun tak pe.

rupanya aku dapat ni dari king. memang tak sangka langsung. tak imagine pun akan dapat 12 roses. tak terfikir langsung.kat belakang roses ni adamemang suprise sangat2. i am speechless. tak tau nak cakap apa. thanks banyak. terharu maaa..

lepas tu aku jumpe king.. then satu lagi kejutan... rasa cam nak nangis jer.. aku tak minta sesemua ni.. cukuplah dapat luangkan masa dengan aku hari ni.
aku tak bagi tau pun pada king yang aku plan half day hari ni. dia pun tau last minute. aku ingat saje nak luangkan masa untuk diri aku sendiri.. nak gie tgok wayang then layan blues. thanks king.. mmuuaahhhss.

tengah hari tadi, err bukan tgh tapi dah petang dah, aku lunch dgn king. ni pilihan aku petang tadi. banyak giler sampai tak larat nak habiskan.
hari ni fiza merajuk dengan aku. masa otw aku nak jumpe king, aku call fiza, dia kat kl lagi time tu. dia dok kemas2 nak balik lumut. aku tau fiza sayang kat aku. thanks fiza. memang betul apa yang fiza cakap. sampai dia merajuk dengan aku. kelakar bila dia cakap 'fiza tak nak cakap dgn ina, assalamualaikum' terus jerr dia letak tepon. adoii.. ce mana nak pujuk fiza nih.

petang, balik dari shah alam, aku jenjalan layan blues. aku tak tau apa perasaan aku sekarang. hujan pulak tu renyai2. perasaan aku macam2 bercampur2. aku tak perasan bila masa fiza call aku. bila aku call dia balik, dia dah kat lumut. kitaorang sambung cerita. macam2 cerita. aku tahu fiza tak nak aku menangis lagi. sebab masa aku down hari tu.. dialah disisi aku. dia sanggup cuti semata2 nak teman aku. dia tak nak aku merasainya sekali lagi walau apa cara sekali pun. masa tu dia sendiri pun tak sanggup untuk melihat keadaan aku. berat lagi mata memandang, berat lagi bahu memikul. aku tau dia sayang aku. aku pun sayang fiza. thanks fiza. thanks fendi.

Selamat Ulang Tahun Sayang - Imran Ajmain

Yang tulus ikhlas
Ingin sekali sekala dirinya dibalas
Walau hanya dengan dakapan di angin lalu

Yang selalu memberi
Ingin sekali sekala jadi penerima
Cukup dengan salam dan manis doa

Aku ingin kau merasakan hebatnya cinta
Dan leburkan saja serpihan calar derita

Selamat ulang tahun sayang
Kini kau bersayap, pergilah terbang
Rentaslah langit cita cita mu
Harap nanti kita 'kan bertemu

Selamat ulang tahun sayang
Janganlah engkau tak terbang pulang
Ku nanti penuh kerinduan
Selamat tinggal, selamat jalan

Aku hanya inginkan engkau setia
Kerana setia yang mencipta bahagiamu













....from kekwa22 with love....

21 February 2010

Ku Sapu Air Mata Tanda Perpisahan

Alhamdulillah, hari ni, semua yang aku nak rancangkan terlaksana. lepas jer subuh aku dah siap2 nak gie swimming kat umah ita. kak norma & ogie pun join sekali. best gak berendam pagi2. bajet sejuk. tapi tak de nya.. tak sejuk langsung. dapat berenang dengan aman lagi tenteram tanpa gangguan.
balik dari umah ita, terus gie kedai bakeri sebab kak norma suruh aku buat muffin. balik dari tu, lepas kemas2 bilik aku terus buke kedai bakeri. mula2 buat muffin blueberry. rasa macam manis2 masam skit. tapi still sedap.
lepas siap jerr muffin ni, sambung dgan muffin orange pulak.
kak norma yang masak untuk lunch tengah hari ni. aku hanya sempat amik gambo. yang lain2 tu aku tak sempat.
sebabnya aku bz dengan muffin2 aku tu. nampak jerr cam tak pedas. rupanya kak norma letak black paper. kak norma ajar aku makan pucuk mengkudu rebus. aku try sikit jer. sebab seumur hidup aku, aku tak pernah langsung telan. sebab aku tau pahit. tapi tadi kak norma cakap, tak de la pahit sangat, aku pun rasa aarr sikit. mak ooiii pahit ya rabbi. ce mana la boleh makan pahit2 tu.

petang aku tido sejam sebabnya tired giler swimming. kaki aku kejang 2 kali masa dalam pool. tapi bukan masa swim. masa nak kuar dari pool. memang kejang sangat2. padahal sebelum tu, wat cam tu, tak sakit pun. perrgghh kejang giler. sampai skrang masih lagi terasa. lama dah tak kejang cam ni.

petang mujur hujan. sejuk la sikit. aku mandikan jimmy hari ni. err.. baru nampak rupa. semalam fiza dah tegur. pesal kete aku cam nih.. kotor giler. biasa kete aku kalo kotor pun tak de la sampai cam tu.. hehhehe nak wat ce mana.. dah adat balik kg cam tu.

petang aku ngan kak norma gi masjid. maghrib dan isya. kuliah maghrib hari ni tentang alam barzakh. Ya Allah permudahkan perjalanan kehidupan hambaMu yang lemah ini.

malam ni aku wat chocolate cake. esok aku nak bawa ke office sempena my birthday. aku dapat call dari Jatt. punya la lama tak bercakap & jumpa dengan timbalan aku tu. dia cakap aku masih sama cam dulu. see, aku tak pernah berubah pun. aku memang rapat dengan dia masa kat utmkl dulu. dia bukan setakat timbalan aku, tapi as a adik. banyak perkara yang kitaorang share berdua.

Ku Sapu Air Mata Tanda Perpisahan - Sting

Siapa sangka kan jadi begini
siapa duga kita kan berpisah
kutak percaya biarpun kenyataan
Yang pastinya kukan kehilanganmu

Kita sebumbung tapi tak bersama
Kita serumpun tapi tak sekata
Rindu setahun hilang sekelip mata
Lautan kasih di sapa kemarau

Ku ku ku ku derita
Kau kau kau kau berpura
diriku menangis engkau ketawa ooo...

Kau Kau Kau aku sayang
Ku ku ku kau singkirkan
siksa aku selamanya haa...

Ku ku ku tak menduga
Kau kau kau dah berubah
Dalam diam kau menolak cintaku uuu...

Kusedar siapalah diri ini
bagaikan pipit disisimu
Dan kau merak kayangan
kutak di senangi
Kusapu air mata tanda perpisahan











....from kekwa22 with love....

20 February 2010

makan2 day

pagi ni aku gie jogging sensorang. kak norma dia sakit kaki. awal gak aarr aku gie pagi ni. dalam 715am. memang la macam gelap2 jer.. tapi sampai jer tasik punya la ramai orang. rupanya ada program 1 malaysia kat tasik. tua muda, kecik beso sumer ada. aku ingat aku jerr yang awal. rupanya ada lagi orang yang awal.. hehhehe

balik jerr jogging, ita call aku tanya sama ada jadi tak nak gie umah dia pagi ni. tapi aku dah janji ngan kak norma nak gie beli air. air dah abis. dah tak de air nak minum. so, esok pagi2 buta, plan nak gie umah ita. ita bagi tahu khairi xciden. patah tangan. teruk tu. aku pesan kat ita, kalo dia nak gi melawat, aku nak gie gak. dia tu planner aku. baru jerr aku cadang nak discuss dgn dia monday ni tentang new PO dari thales. aku dapat project baru. banyak benda nak kena review. sebab quantity banyak jugak.

aku gie pasar tani kat melawati dgn kak norma. nak beli barang2 makanan. sayur-sayuran dan ikan2. kalo ikut hati kak norma, sumer mende dia nak beli. masa kuar tadi, ogie tak de. may be dia keje kot.
balik dari pasar tani, gie beli air minuman. stok untuk this week.
kedai dobi buke kul 10 lebih. banyak giler membasuh today. maklum la yang balik kg ari tu lagi. masa nak sidai kain tu, ogie balik. rupanya dia beli sayuran & ikan kat giant. mak oooii banyaknya stock this week.

lepas basuh baju tu, aku & kak norma start masak. aku perasan satu perkara. kak norma or ogie kalo masak, mesti tanak guna my periuk. tak kira arr sama ada yang kaca atau yang aluminum. sebabnya diorang malas nak basuh. bukan selama ni tak basuh periuk, tapi periuk2 aku sama ada kaca or aluminum, bontotnya sentiasa berkilat. diaorang malas nak gosok. aku plak, memang tak ske bontot periuk itam. tak cantik. hihhi.. so, moral of the story, diorang tak nak guna aku nyer periuk dengan alasan lain.. ada periuk lain lagi.

ni our lunch today. ada ikan goreng, kerang rebus. aku perasan kak norma memang suke kerang. at least sebulan sekali mesti beli kerang. dia cakap nak tambah darah. ikan pekasam yang aku bawak balik dari kampung, masak lemak labu, ulam2 dan sambal belacan. petang, lepas zohor dalam kul 2 aku, konon2nya nak tido. tapi mata tak leh lelap arr sebanya dok teringat mimpi malam tadi. tak masuk akal langsung. errr memang la dah nama nya mimpi daaa. ce mana la boleh mimpi. biasanya jarang nak mimpi. dari tak wat apa2 aku menjahit arr. siap pun baju fariza. esok wat finishing. monday boleh bagi kat fariza serta skirt balqis.

dalam kul 4 lebih, aku fiza call aku

fiza : ada nak kuar dgn sape2 tak petang ni
aku : tak de. naper
fiza : jom kuar ngan fiza, kita gie makan
aku : makan? nak gie mana?
fiza : gie aarr mana2. fiza lapo nih
aku : tak perr aarr nanti kita discuss. fiza datang amik ina kat umah
fiza : malas la fiza nak drive nanti kena alih kete. ina amik fiza kat utm
aku : ok. nak datang kul brapa nih? bila abis kelas?
fiza : kul 5.30 abis kot kelas. ina datang amik fiza kat pintu blakang.
aku : okeh. see u later

maka, bermulalah misi membesarkan badan dengan fiza. kitaorang decide nak gie makan kat restoran thai. sebab fiza nak makan somtam.
Ni ayam goreng berempah dengan pulut. eerr ada ke makan pulut dgn ayam goreng? tak pernah pun selama ni makan pulut dgn ayam goreng. biasanya dengan ikan masin or inti kelapa jer.

teringat pagi tadi kat pasar tani. masa aku kat satu gerai tu, sebab kak norma nak beli mihun goreng, aku dok tepi sebelah akak nih (berbangsa cina). aku rasa cam pelik.. aku tak pernah tengok or jumpe orang cina makan pukut dan inti. pastu siap beli lemang lagi. paling best, dia bawak bekas dia sendiri. hulur kat orang jual tu, supaya letak dalam bekas dia. aku pun tak terpikir nak bawak bekas sendiri. patut la dia bawak banyak beg. tapi, gud ideakan?

ni ABC. cuaca2 panas ni.. memang ABC jadi pilihan
Nescafe ice. yang nih bubur nasi. nampak jerr cam nih. tapi pedas giler. sebab dia guna black paper. ingat kosong jer.. rupanya kat bawah dia ada banyak sayur berdaun hijau, ada daging & ikan masin.
Ni yang fiza dok ngidam nak makan sontam. sontam ni dia wat termasam sikit. pedas pun boleh tahan. ianya di perbuat dari betik muda. fiza aar yang ajar aku makan mende alah ni. dia kan dok sempadan thailand. that why la..
lepas dah abis makan sesemua tu, fiza cakap, dia nak makan lagi.. mak ooii dia nih.. makan ke apa.. waitress tu ingat nak bayo, tapi nak order lagi. fiza ni memang arr. aku tengok jer.. mana larat nak makan lagi.. hasilnya ni aarr yang dia order.
macam tak cayer bila nak bayo, sumer2 ni RM22. rasanya banyak gilos makanan ni untuk 2 orang.

masa nak balik tu, tetiba aku ternampak dua orang yang aku sangat2 kenal dan sorang lagi aku tak kenal. aku pun gie aarr tegur. tak kan nak menyombong kat lecturer sendiri. dr zarhamdy & dr izman. yang sorang lagi aku tak kenal.

aku ajak fiza gie jumpe sesama tapi fiza nak nak. dengan alasan, kalo dia jalan ngan aku nampak dia macam gajah, aku macam sang kancil. tah apa2 dia nyer perumpamaan.

dr zarhamdy : eh! awak pun ada kat sini? duduk kat mana?
aku : sana tu.. dah nak balik.
dr zarhamdy : bila nak wat master?
aku : (dr nih, bagi soalan cepu emas la pulak) ala.. dr, bagi la sy konvo dulu next month
dr zarhamdy : ooowwhh next month ada konvo, sy pun lupa.
aku : Dr izman ajar PPC ke?
dr zarhamdy : dia ajar subjek lain dah (hish dr nih.. dia plak tolong jawab)
dr izman : PPC, semester ni kat penang.
dr zarhamdy : ehh kawan awak tu bila balik sini? dah masuk kelas ke? dulu dia kat labuan kan?
aku : (ingat la pulak dr nih kat fiza) baru sem ni jerr dia start balik kelas. dia kat pakistan ari tu.
dr zarhamdy : oowhh pakistan. sy kalo jumpe awak mesti dengan girlfren. bila saya nak jumpe awak dgn boyfren plak?
aku : (adoi dr nih, soalan yang tak masuk periksa nih) err yang tu nanti2 la dulu. ehh sy balik dulu lah...
dr zarhamdy : pandai jerr nak mengelak. (sambil ketawakan aku)

aku sengih jer.. dr izman pun senyum simpul. lecture sebelah lagi blurr jerr.

someone bagi birthday card. awal tu.. dah terima.
err...









....from kekwa22 with love....