10 July 2013

SElamat menyambut kedatangan ramadhan

Perghh lama gilerr aku tak jenguk blog.. banyak sawang dan habuk2 yang perlu di bersihkan.. eerrmmm aku sangat2 bz aarrr.. sangat2.. sampai tak sempat nak update apa pun.. lately ni mmg sgt2 bz. tak leh slot in langsung.. nanti lapang2 sikit aku update aarr... ganti balik time tak update.

di kesempatan ni nak ucapkan salam ramadhan.. semoga kita semua akan memperolehi byk pahala di bulan yang mulia ni.. berganda2 dari biasa. marilah kita sama2 mengejar ganjaran yang Allah janjikan... errmm best sgt2 kalo berada di tanah suci time2 nih...mudah2an satu hari nanti... akan tiba masanya..

selamat berpuasa dan salah silap harap maaf yerr...


 
....from kekwa22 with love....
“Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat… dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”

21 May 2013

Happy 2nd Wedding Anniversary

Alhamdulillah.. Syukur pada Allah SWT dengan limpahan kurnianya... hari ni genap 2 tahun usia perkahwinan aku dengan enche affa..
 kejap jerr masa berlalu.. dah 2 tahun rupanya...
 Semoga Allah memberkati dan mencucuri rahmat kepada kami berdua dan keluarga yang di bina..


.
....from kekwa22 with love....

“Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat… dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”

16 May 2013

SELAMAT HARI GURU


 
Kepada semua guru2 di Malaysia.. jasamu di kenang.. Mendidik anak bangsa menjadi insan yang berguna...Tugas yang mulia dan sangat berat.
For all my teachers, thank you very much. May Allah bless all of you.
 



.
....from kekwa22 with love....
“Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat… dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”

13 May 2013

Jom beli emas. Murah! Murah!

Harga emas jatuh? weeii biar benar.... sungguh tak tipu doowwhh

 Jom beli emas

Harga emas jatuh

 KUALA LUMPUR 23 April - Harga emas yang jatuh sejak beberapa hari lalu merupakan peluang terbaik untuk orang ramai membeli emas bagi simpanan kekayaan untuk masa depan.
Pengerusi Eksekutif Kumpulan Public Gold, Datuk Louis Ng berkata, harga emas yang turun mendadak itu bukanlah satu berita buruk tetapi peluang kepada pelabur baharu.

Katanya, walaupun harga jatuh pada tahap yang rendah dalam sejarah, namun, harga emas telah mencecah harga yang tinggi sejak sekian lama.
"Jadi sekarang adalah masa yang sesuai untuk membeli emas sementara harga masih rendah, terutamanya bagi pembeli baharu.

"Menurut sumber-sumber yang dipercayai, sejak beberapa hari lepas, orang ramai dari negara-negara Asia di rantau ini telah bergegas ke kedai emas untuk membeli emas menyebabkan kebanyakan kedai kehabisan stok.

"Ini kerana mereka sedar bahawa emas ialah aset pelindung yang selamat dan berguna semasa kesusahan. Emas adalah mata wang yang tidak boleh dimanipulasi," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Pada 15 April lalu, harga emas telah jatuh secara mendadak mengakibatkan keruntuhan harga terbesar sejak 1993.

Kejatuhan harga emas itu mengakibatkan ramai pelabur veteran terkejut dan mungkin telah menyebabkan kerugian bagi sesetengah pelabur.
Namun, harga emas telah mencecah harga yang tinggi buat kian lama yang menyebabkan ramai tidak mampu untuk memilikinya.

"Emas selalunya digemari di Asia. Bagi mereka, secara tradisinya, emas dibeli sebagai hadiah untuk pelbagai majlis seperti majlis perkahwinan, hari lahir, ulang tahun, dan sebagainya.
"Kini harga emas telah jatuh, membuatkan lebih ramai orang mampu untuk memiliki emas, terutama bagi pembeli baharu yang ingin menyimpan emas untuk perlindungan kekayaan masa depan," ujarnya.
Permintaan emas telah semakin meningkat sejak tahun 2000, disebabkan oleh negara-negara membangun sedar bahawa emas boleh dijadikan kekayaan baru mereka.








....from kekwa22 with love....

 “Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat… dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”