20 May 2008

Burung yang patah sayapnya…..


Sayap yang patah sebelah cuba untuk terus terbang. Cuma mampu untuk melihat sekawan burung yang lain terbang tinggi di awan. Seperti burung-burung helang bergantian dengan yang lain di hadapan. Maju dan terus maju.

Sedangkan burung yang patah sayapnya tiada peluang. Seolah-olah ketinggalan dalam medan perjuangan. Sedangkan perjuangan itu juga yang diimpikan bersama dengan yang lain. Apakah patah sayapnya akibat kecelakaan? Atau kerana kelemahannya sendiri? Siapa pula yang dapat membantu merawat sayapnya yang patah? Agar sembuh kembali?

Ketika melihat sekawan burung yang berterbangan tinggi, rasa pula kesunyian. Seolah terpinggir dan ketinggalan ke belakang. Adakah dilupakan? Atau mungkin kekuatannya tidak diperlukan lagi? Adakah burung-burung itu akan kembali mencari burung yang patah?

Mungkin, bila lukanya sembuh, burung itu akan kembali berjuang lagi. Sekawan burung yang saling menyokong dan mengerti. Dan bukan hanya dicari setelah tiada burung-burung kuat lain tiada di sisi. Sayap yang patah itu akan menjadi penguat untuk mencari sekawan burung lain yang berbakti di medan berlainan. Meraih semula kekuatan untuk terbang dan menikmati keindahan dunia. Dengan nafas berbeza.

No comments:

Post a Comment