23 September 2008

teman lama..

dua hari ni aku tak de mood langsung.. tak tahu kenapa.. rasa blur sangat2. semuanya serba tak kena. tak tahu kenapa...

semalam aku keluar dgn someone.. lets imagine, lepas habis diploma sampai semalam baru jumpa dengan dia.. ada la dalam 8 tahun kot... lama betul. entah ce mana tak.. boleh plan kuar jumpe dia lepas berbuke.. banyak yang kami borak sampai kul 12 lebih.. dia terkejut sangat2 bila dengar kisah aku..

banyak perubahan pada dia. makin handsome. bagus la.. dia pun tengah amik master.. bestnya.. aku jerr yang degree pun tak habis lagi... tapi tak per at least ada gak usaha aku untuk amik degree. tapi aku musyskil betul dengan status dia.. berteka teki. tapi misteri.. hehehe tak per lama2 nanti tahu jugak la..

....from kekwa22 with love....

20 September 2008

mimpi itu...

pagi tadi aku bermimpi. aku tak pernah bermimpi sedemikian rupa.. itulah pertama kali aku bermimpi. pelik sangat2.

memang aku bangun sahur pukul 5.00am. pastu aku tido semula dan bermimpi. pukul 6.10am aku terbangun disebabkan oleh mimpi tu.. persoalannya kenapa aku mimpi dia..mimpi tu mengganggu emosi aku .. kenapa eerrkk

dia meninngal dunia di pangkuan aku.. kenapa eerrkk adakah dia sakit...tah la....


....from kekwa22 with love....

buke puasa



semalam aku berbuke kat holiday villa subang jaya.. mm ok gak la.. nak g tu sesat2 gak. tapi its ok la.. tak de la sampai lewat..

makanan memang best.. cuma aku jerr yang tak larat nak makan.. makan seafood jer.. memang dah lama nak makan seafood, tapi tak sempat jerr nak g makan.. so.. aku just amik seafood dan my fovorite cake. cheese cake. chocolate cake tak de la pulak.. tapi dont mind. first time makan oyster... heheheh.. cam geli2 jer.. hahhaha. dah la tak masak langsung.. tapi not bad la.. cuma satu jerr yang kurang dalam oyster tu... tak de mutiara.. hahhahahaha.. poyo..

first time juge makan smoke salmon. fuh, masin gak.. tapi best. sedap. ketam pulak masak lemak.. fuh.. mujur tak pedas.. dah la aku memang mengidam nak makan ketam masa bulan puasa ni... tak dapat yang fresh.

en zul pun, lebih kurang jerr.. tak de la ada gap cam manager plak. tapi en zul pun memng poyo.. bila dia citer dia g makan seafood kat korea, kitaorang bantai gelakkan dia... hhahahahah

dalam pukul 9 dah balik dah... hehhehe mana larat dah nak makan..



....from kekwa22 with love....

06 September 2008

Kenangan itu....

Simpanlah ianya sebagai kenangan kamu……
Hati yang pernah diberikan untuknya dulu
Janganlah kau mahukan kembali
Walaupun dia tidak pernah menghargainya
Walaupun dia terlupa untuk kembalikannya,
Usahlah ianya dikenang lagi
Bersyukurlah kerna masih ada lagi yang tinggal
Hati untuk kamu simpan dan jaga sebaiknya
Yang berlalu biarkan berlalu
Simpan saja kisah itu,
Jangn sesekali diluahkan lagi
Jangan pernah diceritakan lagi
Andainya sesekali kenangan itu kembali
Berikan ruang untuk ianya singgah
Kamu akan sedar hikmah disebaliknya
Apabila masa silih berganti
Menangislah kalau ianya perlu
kerna tangisan adalah kekuatan
Dan kamu akan tersedar
Segala yang berlaku itu suatu anugerah
Untuk kamu merasai nikmatnya
Walaupun ianya cukup pahit
Namun ianya tetap ada manisnya
Bersyukurlah ianya pernah singgah dalam hidupmu
Tapi simpanlah ia kemas dalam ingatan
Dan janganlah bercerita tentangnya lagi
Ianya Cuma untuk kamu…..kenangan kamu
Simpanlah ianya sebagai kenangan kamu……..



....from kekwa22 with love....

kurniakanlah ku kekuatan

ya Allah,

kurniakanlah ku kekuatan

Ku melangkah,

menerjun ke dalam laluan

yg ku sendiri tidak mengerti
apakah natijah disebalik laluan itu?
setiap kali ku terpikir realitinya
tetapi pemikiran itu lantas lenyap
dialiri sebatang sungai kerinduan
Ku menyedari keadaan diri ini,

tidak layak untuk berbicara akan kebaikan,

apatah lagi dianggap sebagai baik..
diri ini seolah-olah tidak ada harga dan nilaiannya
namun diri yang tak bernilai ini

mampu memegang kepada janji
Ku tergamam dan sukar melafazkan kata-kata
pabila sebuah janji seolah2 menjadi keringanan
sedangkan janji itu merupakan kehidupan

yang kita akan lalui bersama pahit-manisnya..

kita telah berjanji..namun hati manusia,sukar disusuri
kerana mencari suatu laluan yg terbaik baginya..
lantas secebis kerinduan ini

dibalas dengan kalimah yang mampu menggigilkan seluruh badan.
Ku menyedari kerinduan

hanya kepada Yang Maha Esa dan RasulNya,
kerinduan yang hakiki

tidak ada tolok bandingan dengan perkara lainnya.
namun ya Allah,

diri yang lemah, hina-dina di SisiMu ini
tidak mampu lari daripada kerinduan insani
Ya Allah

bajailah hatiku dengan dengan cinta kepadaMu
dan sayang akn kekasihMU
agar ku langsung tidak rasa akan kesal kerana cinta..
bina lah cinta teragung dalam diriku..

kurniakan lah ya Allah...


....from kekwa22 with love....

Andai kau tahu ini Ramadan terakhir

Andai kau tahu ini Ramadan terakhir

tentu siangnya engkau sibuk berzikir

tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu mendayu.. merayu...

kepada-NYA Tuhan yang satu

andai kau tahu ini Ramadan terakhir

tentu solatmu kau kerjakan di awal waktu solat yang dikerjakan...

sungguh khusyuk lagi tawaduk tubuh dan kalbu...

bersatu memperhamba diri menghadap Rabbuljalil...

menangisi kecurangan janji

innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin

[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...

kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]

Andai kau tahu ini Ramadan terakhir

tidak akan kau sia-siakan walau sesaat yang berlalu

setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja

di setiap kesempatan juga masa yang terluang

alunan Al-Quran bakal kau dendang...

bakal kau syairkan

Andai kau tahu ini Ramadan terakhir

tentu malammu engkau sibukkan dengan

bertarawih... berqiamullail... bertahajud...

mengadu... merintih... meminta belas kasih

sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-Mu

tapi... aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-Mu

Andai kau tahu ini Ramadan terakhir

tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang

mari kita meriahkan Ramadan

kita buru... kita cari...

suatu malam idaman yang lebih baik dari seribu bulan

Andai kau tahu ini Ramadan terakhir

tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir

mempersiapkan diri... rohani dan jasmani

menanti-nanti jemputan Izrail di kiri dan kanan ...

lorong-lorong reda Ar-Rahman Duhai Ilahi....

andai ini Ramadan terakhir buat kami

jadikanlah ia Ramadan paling bererti... paling berseri...

menerangi kegelapan hati

kami menyeru ke jalan menuju

reda serta kasih sayang-Mu Ya Ilahi

semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti

Namun teman...

tak akan ada manusia yang bakal mengetahui

apakah Ramadan ini merupakan yang terakhir

kali bagi dirinya yang mampu

bagi seorang hamba itu hanyalah

berusaha...

bersedia...

meminta belas-Nya

andai benar ini Ramadan terakhir buat kita:

MAAFKAN SEMUA KESALAHAN YANG PERNAH AKU LAKUKAN..."MARHABAN YAA RAMADHAN

Hari yang menyeronokkan

Ramadhan menjelma lagi kini.. bulan yang penuh dengan keberkatan. Ya Allah semoga aku dapat melalui ramadhan kali ni dengan sempurna.

Memori semalam menggamit lagi. aku sedar semuaitu hanya kenangan manis yang tak mampu aku lupakan. walau aku menepis sekuat mana sekalipun, aku tak akan mampu melupakannya dalam waktu yang terdekat. kekadang aku mampu untuk menghindari perasaan itu tetapi saat bila aku kalah, hanya Allah sahaja yang tahu hibanya hati aku ini. Apatah lagi kini aku sering keseorangan.

Ya Allah kuatkanlah semangat aku tekad aku kini. hari ini, aku berazam. satu keazaman yang tidak berbelah lagi. moga aku mampu untuk mengikuti segala perangcangan yang telah aku lakukan. semoga aku kuat untuk merealisasikan segala perancangan aku ini. Ya Allah, berkatilah aku.. dan permudahkanlah...

semalam, aku memang happy sesangat. memang aku rasa seronok bila berbuka beramai2. aku berbuka di tasik permaisuri cheras. dengan bertemankan cahaya lilin... best sesangat. dapat kawan baru. seronoknya... menjadi juga candle light dinner aku.. hehehhe. malam tu lepas makan, lepak jap kat kedai makan, then pergi downtown kat area situ.. mak oooii punya la ramai orang.. tu la first time aku g situ selama aku berada kal kl ni.. maybe yang first dan yang last kot. saja jerr jenjalan... tapi aku sempat juga beli sebuah buku. buku yang aku cari2 selama ni.

memang best.. tapi aku tahu, keseronokkan tu hanya sementara jerr.. lepas balik umah, aku rasa kosong kembali... sunyi. tu la kehidupan aku.. aku tahu, kenapa aku buat2 bz dengan perkara2 yang tak perlu, sebabnya aku ingin mengusir segala kenangan semalam agar ianya tak bertamu di ruang minda.
entah lah...






....from kekwa22 with love....