18 May 2009

Definasi

aku tak tahu kenapa aku masih lagi sehingga ke hari ni rasaya hampir 7 hari aku masih lagi mengingati bait2 sms yang di hantar.. sms yang mengguris tangkai hati ini. kenapa aku di tuduh sedemikian rupa? kerana cemburu? walau 1% pun tuduhan itu tak ada kewajarannya.. 3 hari yang berlalu di penuhi dengan kerinduan, namun tetiba datang belati tajam menusuk jantung hati. puas aku fikir, siapakah jantan or kawan yang di maksudkan. di manakah wujudnya.. aku juga teringin nak tahu. siapakah gerangannya. tolonglah tunjukkan diri.. kenapa aku sendiri tak tahu

kenapa samakan aku dengan orang lain? aku tak pernah samakan setiapkan lelaki. jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga. itu tak adil namanya. setiap orang ada pendirian dan cara tersendiri. setiap orang punyai perasaan, tingkah laku, pemikiran dan segala2nya berbeza. kita semua berbeza. may be rambut sama hitam tapi hati lain2. tapi sekarang ni, rambut pun dah tak sama color.

kalau tanya aku, difinasi
1. kenalan. orang yang hanya aku kenal muka jer.. kadang2 tak tahu nama. bercakap pun bila perlu. kategori ni termasuklah suplier yang aku berurusan dengan kerja. termasuk yang aku hanya tahu nama dia. orang yang just kenal dan tahu kewujudan jee.

2. officemate - orang yang berada di dalam opis aku la. segalanya tentang kerja. aku jarang berbual / melepak dengan diaorang. aku dengan hal2 aku jerrr

3. classmate - orang yang aku setakat kenal muka, tapi tak tahu nama atau tahu nama, berjumpa seminggu dua kali just sabtu & ahad. keperluannya hanya untuk nota2 kuliah & assgmnt ataupun soalan exam. kalau tak related dgn tu, eerrmm maka, tak wujudlah..

4. siber fren - dah tak ada siber fren. sebab dah tak ada masa dan malas nak melayan sesapa di alam siber ni. dulu ada sorang, tapi bila dah jumpe dan kenal serta dia dah jadi boyfriend, maka tak jadi siber friend lagi

5. kawan - orang yang sanggup bersusah senang dengan aku. orang yang sentiasa menasihati dan menegur atas perbuatan aku. orang yang ada semasa aku sakit, masa aku happy. contohnya ogie. dia memang kawan aku. susah nak jumpe kawan macam ogie. susah juga aku nak jadikan seseorang tu sebagai kawan. ada banyak kreteria yang perlu ada. aku susah nak percayakan orang lain. sebab tu aku tak ada ramai kawan.

6. 'kawan' - errmm aku tak perlukan 'kawan' kerana bagi aku dengan adanya 'kawan' ianya akan menyusahkan hidup aku. aku memang tak berminat untuk 'kawan' dengan sesapa pun. apatah lagi kalau 'kawan' sekadar nak bersuka2. tak terasa pun nak ber'kawan' dengan sesiapa. tak rasa rugi pun kalau tak ada 'kawan' sebabnya kat dalam hati aku hanya ada seorang jer... dah tak muat nak letak sesapa pun walau hanya sebagai 'kawan'. sorry la tak de masa untuk sesemua tu. daripada aku layan 'kawan' baik aku layan movie atau drama atau baca novel pun best.

7. teman? - eerrmm tak perr la.. terima kasih sajalah. orang perak cakap teman ni aku. so, aku rasa aku tak per la ada teman. teman tapi mesra ke, dan apa2 istilah yang sewaktu dengannya.. lagi pun kat sini, ogie sentiasa teman aku kemana-mana.

8. boy friend - orang yang aku sayang & orang yang aku sentiasa rindu. setiap waktu ingatan aku tertumpu pada dia. orang yang aku share tentang kehidupan aku. setiap masa aku ingin dia ada bersama2 aku. aku ni susah nak sayang orang. tapi bila aku dah sayang, aku akan sayang sepenuh hati.

aku tahu setiap orang ada definasi tersendiri. tapi terpulanglah hak individu tu sendiri meletakkan ke dalam kategori mana. tolonglah beritahu aku, siapa 'kawan' aku? entah? aku pun tak tahu. jantan apatah lagi. kawan yang aku ada hanya ogie. kalau 'kawan' aku rasa tak perlu la.. menyusahkan hidup jerrr

susahkan ke nak percaya atau nak bina kepercayaan. kalau dia tak percaya pada aku, kenapa tak tanya aku sama ada percaya atau pun tak pada dia? macam2 aku boleh kata apatah lagi jika di kuasai dengan rasa cemburu dan amarah yang menguasai diri. pelbagai tuduhan boleh di lemparkan. tapi aku tak mahu perasaan buruk sangka menyuasai diri atau pun fikiran2 yang negetif menguasai minda.

sebab aku sentiasa percaya setiap yang aku ucapkan tu merupakan satu doa. bagaimana kalau tetiba apa yang terlintas di fikiran aku tu benar2 berlaku. aaarrgghh aku tak sanggup. sebab tu aku bina kepercayaan pada dia. aku trust him. tapi dia yang tak pernah trust aku hingga pelbagai tuduhan di lemparkan. aku juga percaya setiap perbuatan ada balasannya. kalau hari ni kita buat baik pada seseorang, esok orang akan buat baik pada kita. kalau hari ni aku sayang pada seseorang, orang pun akan sayang paa aku. aku tak nak dia kecewakan aku, sebab tu aku juga tak akan kecewakan dia. tapi malangnya dia tak faham. aku tak boleh paksa dia untuk memahami aku. terpulanglah. cuma tolonglah jangan lemparkan tuduhan yang mengguris hati dan perasaan. tak mengapa Allah tu maha besar

kadang2 aku terfikir, how ikhlas dia terima aku dalam hidup dia... errmm ikhlas ni tak apat di ukur. tiada alat untuk mengukur keikhlasan sesorang tu. cuma Allah dan diri tuan empunya badan tu sendiri tahu sejauh mana keikhlasan yang di beri.

nasihat aku apa diri ku sendiri, “Don't cry for a man who's left you, the next one may fall for your smile.”


....from kekwa22 with love....

No comments:

Post a Comment