26 May 2009

Terima Kasih Ya Allah

Alhamdulillah syukur kehadrat ilahi. Syukur sangat2 kerana dengan taufik dan hidayah serta kasih sayangMu aku memperolehi ketenangan. kekusutan yang melanda telah berlalu. Terima kasih Ya Allah..

Hari ni aku mulakan hari dengan azam yang baru serta tekad yang baru.. yang berlalu biarlah berlalu. apa yang berlaku sebagai pengajaran yang terbaik. ada hikmah di sebalik kejadian ini. Aku benar2 memperolehi ketenangan yang ku cari. kepala aku pun tak berserabut lagi. Terima kasih Ya Allah kerana Engkau makbulkan doaku. Sesengguhnya Engkaulah yang maha pengasih lagi penyayang.

'awak, kite nak awak tahu yang whatever apa yang awak tulis, whatever tuduhan yang awak berikan, kite dah maafkan. walaupun segala tuduhan yang awak berikan tu menyebabkan kite marah, sakit hati dan tak berasas sama sekali, terpulanglah pada awak. sebab kite tahu siapa diri kite. sebab kite tahu kite tak buat sesemua tu.. kite tahu awak pun tak percaya dgn kata2 kite. tak pe.. nak wat ce mana.. ikut suka awak la.. walau pada mulanya kite memang marah, tapi bukan hak kite untuk melarang awak dari nak kata apa pun kat kite. paling penting kite tahu kite tak buat sesemua tu dan Allah tahu apa yang kite buat. kite tak pernah berdendam dengan awak.. walau perkataan2 tu masih ada dalam ingatan. tapi kite dah maafkan awak. kite tak pernah lupa pada awak. sebab kite rindu awak. sangat2. u always in my mind. sama ada awak nak percaya atau pun tak, its up to awak la. kite tak paksa. terpulanglah pada awak. apa pun kite dah maafkan awak'

walaupun sebelum ni sakit hati dan sakit kepala memikirkan kata2 yang menyakitkan hati tapi tidak hari ni. kemaafan yang memberikan menyebabkan aku rasa lega. jiwaku lapang. hari ni aku rasa lapang selapang2nya. kepala pun tak serabut. presentation pagi tadi aku dapat jalankan dengan baik dan mendapat pujian.

aku benar2 fresh hari ni. tapi tak semestinya aku dah melupakan dia. tak mungkin aku lupakan dia sebab since this hour, u always in my mind & i still love him. nothing gonna change my love for you. Terima kasih YA Allah kerana Engkau telah makbulkan permohonan hambaMu ini.

semoga ketenangan hari ini akan berterusan selamanya.. insya Allah. sebenarnya walau menyakitkan tapi setelah memberi kemaafkan, jiwa kita akan merasa lega.. itulah yang aku rasakan sekarang.. aku memang bersetuju sangat2 tentang itu. dan hari ni dan hari semalam adalah buktinya..

aku teringat satu lagu dari aisyah, kemaafkan dendam yang terindah.. apa maknanya.. ni kena kaji nih.. tapi waktu ni aku tak sempat la nak menkaji, sat lagi ada meeting, so aku nak pi solat. aku share lagu kemaafan dendam yang terindah kat sini.


"Kemaafan Dendam Yang Terindah"

Kehangatan mentari ku rasakan
Tak sehangat api perbalahan
Ku ketuk pintu hati
Senyap dan sunyi
Tiada jawapan yang ku perolehi

Dinginnya malam itu bagai salju
Tidak sedingin perasaanmu
Kau sengaja membina dinding pemisah
Di antara kita tak lagi bersemuka

Kekasih ku... ku rasakan perlu
Menitip surat buat tatapan mu
Sekali ini aku rela merendah diri beralah
Agar perhubungan terjalin semula

Kekasih ku... tak mungkin ku tahu
Apa tersirat dihati kecil mu
Andainya aku yang bersalah
Maafkan saja...

Kemaafan dendam yang terindah...

Kehangatan mentari dingin salju
Bertukar ganti hari ke hari
Aku masih di sini
Sabar menanti
Terbuka kembali hatimu yang terkunci...


oowwhh lagu ni popular masa zaman aku kecik2 lagi... mengalah bukan bererti kalah. tapi yang sebenarnya satu kejayaan kerana bukan mudah untuk kita untuk mengalah / memaafkan seseorang kerana masing2 ada ego dalam diri masing2. bukan sanjungan atau pujian yang aku harapkan. cuma cukuplah bila apa yang terbeban di minda & kekusutan dalam jiwa dapat aku selesaikan. itu sudah cukup untuk membuat diriku merasa tenang. itulah hadiah yang paling istimewa yang di kurniai oleh Allah SWT



....from kekwa22 with love....

No comments:

Post a Comment