04 June 2009

apa nak buat lepas ni....



semester ni semester terakhir bagi aku kat utm bagi kursus yang aku ambil. ijazah sarjana muda kejuruteraan mekanikal. bila tengok balik jumlah yuran yang dah aku bayo RM17467.00. mak oooii banyak giler.. ni aku tak pernah mengulang subjek. kalau pernah, tah macam mana la banyaknya. syukur alhamdulillah semua subjek aku lulus dengan jayanya. ada yang cemerlang gilang gemilang. ada yang cukup bagus.. ada yang memberansangkan. cuma setakat ni tak de lagi subjek yang aku lulus sekadar cukup makan. alhamdulillah.

lepas ni rasa nak sambung lagi ke tak nak... rasa macam dah malas dah nak sambung.. tapi rasa macam nak sambung lagi. apa yang aku nak buat lagi.. sebab nanti weekend aku lonely pulak. 4 tahun aku dah biasa life sebagai student di hujung minggu. sure bosan n tak tahu nak buat apa. kalau nak wat master.. aku nak ambil kursus apa errkk... mekanikal lagi ke? errmmm. ambil pengurusan la pulak.. cam best jerr.. tapi sayang pulak mekanikal yang aku ada ni.. tapi masa diploma dah belajar mekanikal, degree pun mekanikal gak.. kalau master mekanikal.. wow powerr tu.. kalo jadi lecturer ok aarr.. tapi aku nak jadi lecturer ke? cam tak nak jerr... i want to be an engineer. aku nak jadi engineer yang ada title Ir. hehehehe. tak salah bercita2. cita2 ni meningkatkan lagi motivasi diri.. kan kan kan.

aku ada sebulan jerr lagi kat utm. sayang nak tinggalkan utm. banyak kenangan dengan utm. dulu aku diploma kat sini. aku sambung degree pun kat sini. banyak kenangan suka duka di utm ni. sayang nak tinggalkan. pelbagai kisah aku lalui. utm menyaksikan zaman remaja yang telah ku tinggalkan. utm juga mematangkan diriku.. utm selamanya..

apa lagi yang aku nak merancang untuk masa depan.. errmmm tah la.. rasanya impian dan harapan aku dah musnah semuanya dan segalanya. untuk mencipta satu impian lain ianya mengambil masa. akan datangkah masa tu.. aku sendiri pun tak tahu.. cuma Allah yang maha mengetahui segalanya..


....from kekwa22 with love....

No comments:

Post a Comment