Hari ni, pagi2 lagi aku, angah & achik pi beli cat. Ermm banyak gak beli. 3 kaler. Putih, carnival & violette. Ni nak cat bahagian luar umah. Sebab dah lama dah project ni terbengkalai. maklumlah, tak balik kg. Tengah hari tu, apa lagi aktiviti mengecat rumah. Perrgghh penat giler. Tapi belum siap lagi. Esok pagi2 sambung lagi sebab petang tu dah nak balik umah pah. Man pun dah tepon.. bila la nak balik umah dia.
Petang untuk hi tea aku masak mee goreng. Errmm sedap. Dalam dok busy2 mengecat, sempat lagi tu masak mee goreng.. Boyfren achik datang. Esok dia orang nak pi kenduri dekat teluk intan. Sempat lagi tu boyfren achik bagi tahu mak nak bertunang bulan 2 nih. Ermm time cuti raya cina le tu.. mak aku ok jerr no hal nyer.. hepi jerr mak aku tu. Sebabnya dulu achik pernah bertunang. Tapi putus di tengah jalan. Ops, di tepi jalan le.. kalo kat tengah sure kena langgar. Hehhe..
Boyfren achik, jiran sebelah umah dia masa belajar kat PUO. Kawan abang lim. Memang la abang lim kenal sebab masa abang lim kat PUO, dia pun tinggal sebelah umah achik dia jugak. Kira serumah le abang lim dgn boyfren achik tu. Abg Lim lagi la poyo dia time jd jiran achik, baju2 dia suruh achik yang basuh. Mengada-ngada betul. Ermm achik pun layan sebab malas nak bising2. Tapi balik jerr umah (balik kg la) dia plak bising2 kat kitaorang, tapi.. kitaorang malas campo.. wat tak tahu jerr
aarrgghh penatnya hari ni... baru pukul 8pm tapi dah ngantok... mata.. nak tido pun belum isya lagi. Aarrgghh nak tidolah dulu. jap lagi mak kejut untuk solat.. dah pesan dah.. Gudnite.
Tetiba jerr demam mamak melanda kat umah ni.. kes lepas makan nasi kandar la.. masa balik soping dari sogo. nasi kandar.. kalo sebut jerr na...
Followers
Siber Walking
Mampukah aku menjadi seperti Siti Khatijah? Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah Penawar hati kekasih Allah Susah dan senang rela bersama...
Dapatkah ku didik jiwa seperti Siti Aishah? Isteri Rasulullah yang bijak Pendorong kesusahan dan penderitaan Tiada sukar untuk dilaksanakan...
Mengalir air mataku Melihat pengorbanan puteri solehah Siti Fatimah Akur dalam setiap perintah Taat dengan abuyanya, yang sentiasa berjuang Tiada memiliki harta dunia Layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga..
Ketika aku marah Ingin ku intip serpihan sabar Dari catatan hidup Siti Sarah... Tabah jiwaku Setabah umi Nabi Ismail Mengendong bayinya yang masih merah Mencari air penghilang dahaga
Diterik padang pasir merah Ditinggalkan suami akur tanpa bantah Pengharapannya hanya pada Allah Itulah wanita Siti Hajar...
Mampukah aku menjadi wanita solehah? Mati dalam keunggulan iman Bersinar indah, harum tersebar Bagai wanginya pusara Masyitah...
My Family
Doa
“ Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu, Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu, Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu. Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun... Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya..."
btul lah di tgh jln... sbb tu kena sambar yg lain plak...
ReplyDeletekalo putus di tepi jalan.. org tngok wat do no jer...
:) :) :)