30 November 2009

29-Nov-09

Hari ni aku bangun awal cam semalam. Pagi ni sambung aktiviti mengecat rumah. Pagi ni cuaca tak sejuk sangat. Aku kalo balik umah mak, malas giler nak tido dalam bilik. Tah, tak tahu kenapa aku lebih suka bentang toto kat mana2 yang aku rasa nak landing, then situlah port aku tido.

Umah bungalow mak aku bukan ada 1 bilik, tapi ada 3 bilik. Tapi aku tetap malas tido dalam bilik sebabnya kalo tido sebilik dgn angah dia tu pasang kipas. Mana aku tahan, tak pasal2 aku selsema plak sebab sejuk. Dia kalo pasang kipas bukan boleh slow2. Satu lagi bilik, biasanya achik tido sebab sebelum tido dia bergayut dulu. Ermm aku malas aarr bising2 nak tido. Nyamuk sekor pun aku tak boleh tido, apatah lagi bila orang bercakap. Lagi la... tak bleh nak lena.

satu lagi bilik memang tak de sape nak tido. Tah tak tahu sebab apa. Dulu adik yang tido kat bilik tu, tapi sekarang dia lebih suke tido kat dapo sebab kat dapo ada tv. Biasanya dia ngan mak tido kat depan tv jer... ataupun, mak tu bukan kisah pun nak tido kat mana2 sebab dia kata umah ni besar, tido le kat mana yang suke. Errmm tu aku setuju dgn mak aku. Lagipun kat umah ni sape jerr yang ada. Biasanya mak dan adik aku jerr berdua. Kalo nak ada orang pun, tunggu bila aku, angah, achik & abang lim balik, baru la ramai umah aku.

Errmm ni le rupanya bungalow mak yang dah di cat.

Kaler tak de la la terang sangat. Just nice. Sejuk mata memandang. Mak aku pun cakap cam tu. Aku bukannya apa, sebab kalo kaler terang2 nanti nampak plak umah mak aku ni cam gah sangat. Sebab kiri, kanan dan depan umah mak aku semuanya umah papan kaler coklat. So, bila kaler nih tak de la nampak gempak sangat. Tapi lom siap sepenuhnya lagi.. cat pun masih ada lagi. Tapi tu, kitaorang tinggal pada abg lim part dia cat syiling. Hehhehe. Paling susah sebab kena mendongak. Yang kat luar tu, belum sempat nak kemas. tu, tunggu mak balik dari KL baru dia kemas ngan adik.

Aku tak paham pesal kalo balik kg aku mesti sun burn. Macam poyo jerr,, aku bukannya putih pun. Mana ada kena panas, ada le sekali dua masa sidai kain. Tapi tu panas pagi. Mengecat umah mak bukannya kena panas sebab semuanya berbumbung. Tapi tak tahu sebab apa mesti sunburn. Tapi cuaca memang panas giler sekarang ni. Kalo duduk dalam umah, errmm lagi la panas.

petang tu dalam pukul 3.30pm aku, mak n angah balik umah pah. adik tinggal kat kampung. jaga umah. baru jerr masuk tol kat kemunting tu, dah jammed. benci betul.. rasanya ni jammed sampai KL le nih.. gilo.. nasib aku exit kuala kangsar jerr.. tu pun sakit gak sebab 25km tu.... tapi kalo sampai KL lagi gilos



....from kekwa22 with love....

2 comments:

  1. wahhh... lawa lah umah mak kekwa..
    alhamdulillah... tercapai jugak..

    ReplyDelete
  2. terima kasih.. pelan nih achik yang design. kalo pokcik nak wat umah.. errmm achik boleh tolong designkan

    ReplyDelete