27 January 2010

blank means pass?

malas betul aku nak pi keje hari ni. mahmood lari. pesal tah. semalam pun cam nih gak.. pesal la nih.. may be pasal dah lama tak cuti kot. dah berapa minggu dah keje 5 hari. kalo tak keje 4 hari jerr.. lagi pun rasa lama giler dah keje tak cuti. tak sabo nak cuti. cuti pun dah apply.

aku demo la my database pada boss aku. aku target dalam seminggu baru boleh siap. tapi tercepat la plak. tapi baru siap 90%. aku sengaja demo awal, sebabnya mana tau kalo dia ada idea nak tambah ke apa ke.. aku malas aarr nanti dah siap kena update plak. kalo nak update, baik sekarang, sebelum aku lock semua tu. aku demo key in form & result dalam report. kelakar bila boss aku cakap 'ni report ina buat? transfer ke access?' wah tetiba plak boss aku jadi kagum nih. aku plak blur.. kenapa plak? biasa jer, tiru format yang sedia ada jer.. lepas ni kak siti tak yah penat2 tulis configuration lagi sebab semuanya dah auto. just print jer..

petang tadi, aku dapat email dari Ng - contraves. ermm memang aku gelak giler.. tak pernah lagi aku dapat jawapan yang paling poyo cam ni. ni pasal audio board dari contraves la. QA nak report yang membuktikan board tu dah test by takaya. kk bg tau takaya tak kuarkan test report. just test jerr. cuma test coverage, memang boleh dapat. meaning component2 yang takaya test jerr la. bila dah QA nak sangat2, walau kk dah bg tau tak de report. so aku pun malas nak kecoh2 dan nak bising2 aku pun request kat Ng, cc kat QA. just nak bagi tau yang aku dah request. then petang ni aku dapat 1 attachment dari Ng. aku pelik aarr naper dia attach blank form kat aku. then aku pun tanya Ng pesal bagi blank form kat aku?. jawapan Ng yang membuatkan aku gelak tak hengat.. blank form means, all boards pass. mak oooiii tak pernah pulak aku tau kalo blank report tu maknanya board tu pass. then aku fwd aarr mail tu pada QA. dah nak sangat.. ha... hambik kau..

agak2 kan kalo esok aku dapat blank repot dari anak buah aku, then diorang cakap, "kak ina, semua board pass, sebab tu bagi blank form jer.. sign aarr" agak2 apa tindakan aku
a. cepuk laju2 saploh minit
b. ketuk ketampi doploh kali
mana satu jadi pilihan aku, a, b atau semua di atas.

pukul 4, masa fendi wat makan2 tu, Mr Adi tanya aku hari ni berapa radio dah close? ada doploh? mak ooii semalam cakap saploh jerr sehari. petang ni dah nak doploh. mana bleh... aku jawab setakat ni sembilan jer dari fresh board. yang convert navy nyer ada 19. total 235 radios.

malam ni aku pi main badminton. dah 3 minggu aku tak pi main. tired aarr.. pergelangan tangan rasa cam sakit jer.. masa main game ke 3 lagi berdenyut. pesal plak nih. dan dan tu aku stop. sat gi melarat.. jadi len plak. pukul 10pm aku dah balik umah.

sampai jer umah, terus lapo. apa erkk aku makan hari nih? pukul 10 makan mihun. masa lunch dengan king tadi makan fruit coktail jer.. pukul 4 makan laksa. skrang dah pukul 10 lebih, mesti la lapo. tapi malas nak masak apa2. tired tapi tak ngantok plak. sebabnya baru lepas mandi. segar. ni jer supper aku malam nih. malas nak wat apa2. roti letak susu pekat & buah kiwi. dah lama tak makan roti dengan susu pekat. dulu kecik2 suke wat cam tu.. then tabur milo kat atas. sebenarnya dah lama buah kiwi ni kat umah. tapi tak de sape nak makan kecuali aku. ogie kata masam. kak norma cakap nanti kalo dah manis dia makan arr.. ermm buah kiwi, bila plak ada yang manis. alasan okeh. last2 last aku gak yang nak kena habiskan. moral of the story jangan beli buah kiwi lagi, beli buah lain.








....from kekwa22 with love....

No comments:

Post a Comment