18 January 2010

monday yg bz

pagi2 aku masuk jerr opis.. aku terus pi line cable.. nak tgok ada tak anak buah aku yang berdua tu.. suspen nih.. ermm lega bila diorang ada.. selamat.. aku tarik nafas lega sangat2. kalo tak masalah....

hari ni, aku dah agak dah yang aku akan bz nyer.. biasa la.. monday. pagi2 lagi dah bz. pukul 9, wan bagi tau BIT trip pada cycle ke 3. errmmm masalah lagi.. last week trip untuk cycle yang ke 5. ok la sebab semua test dah complete. just ulang test masa ATR. tapi kalo trip cycle ke 3 maknanya kena ulang semula.. huhuhuhu...due date dah dekat.. macam2 plak hal..

RF masih lagi kritikal dia nyer test.. masih bertungkus lumus tester.. kesian diorang setiap hari kena OT sampai kul 9. Saturday plak kena keje.. tapi dah nak wat ce mana.. darurat..

lepas lunch, aku dgn EB update status.. buruk betul tulisan aku.. nasib aarrr.. hari ni sebab bz, aku malas nak taip report kat bos aku. aku jus amik gambo.. then send to my bos. habis citer.. ermm gunakan teknologi yang ada.. kan kan kan.. mmmm malang sungguh boss aku dapat engineer yang malas... jauh lagi perjalanan... hopefully mencapai matlamat.. ce mana pun mesti kena wat 300 by end of january.
line cable plak..masih jauh lagi perjalanan.. cable CHF baru ada 141pcs. before febuary kena siapkan 483pcs. 141/483 ermm banyak lagi tu... boleh ker nih.. cable cbf untuk thales dah complete. chf lom assemble lagi. target on rabu nih.. masa audit ISO.

tetiba plak today PMO nak suruh rework cable CNR9. hari ni hantar 18, esok hantar balik workshop 95. then rabu kasi lagi 20...lepas rework.. khamis kena hantar ke workshop smula.. errmm hamboi2 sehari jer.. ingat kitaorang tak de keje len ke... sesenang jerr nak interrupt cenggitu...

pagi tadi dapat email dari thales pasal cable project CA3. nampak macam diorang nak suruh ste assemble jerr cable nih.. dah le nak on november. pulak tu semua new cable. quantity dah le tak banyak sangat.. kalo nak jalan gak project ni.. kena purchase material sekarang.. ada connector yang kena tunggu 12 week kalo purchase. giler nyer lama..

tepat pukul 5.30pm.. EB & aku, round2 la kat line radio. nak tengok performance anak2 buah aku... 1st aku jumpe la kak meri,

aku : kak, hari ni dpt berapa front panel
k m : 3.. ni jerr pass. dalam bin ni semua fail
aku : ermm banyaknya (1 bin ada 32 pcs, byak tu) fail apa?
k m : fail besar2
aku : fail besar2 tu fail apa? dah pi rendam ke?
k m : belom, akak nak buat sekali harung semua ni...
aku : ????? (dan dan nih temperature aku naik, angin plak bertiup bukan lagi sepoi2 bahasa, tapi macam nak ada kilat & guruh) kenapa akak tak pi rendam terus, kan kena pasang back cover dua kali.. lagi lambat... kak meri tak leh wat cam ni, bila fail dekat machine, terus pi rendam. sekali jalan jerr..
k m : nanti akak pi buat test
aku : kak meri tak leh wat cam ni, skrang ni dah kritikal. kena jalan sekali.. tak boleh simpan2 cam nih. Front panel dah tak de nih.. mana bleh cam ni. (aku pandang EB. muka EB lagi la cam nak telan jerr kak meri)
k m : aku OT la petang ni..
aku : ermm dah bagi nama ke lom? EB ok tak kalo kak meri OT petang ni?
EB : ok (ni jerr la sepatah kata dari EB) aku tau EB tengah bengang tu.

aku hangin tu bukan apa.. aku tak kisah pun kalo reject. dapat 3 pun aku tak kisah... sebab aku tau keypad & tactile membrane tak stabil.. yang aku hangin tu sebab dia simpan.. kumpul banyak2.. tu yang aku hangin. sebabnya.. process untuk wat front panel cam nih... mula2 kena pasang lcd panel. glue. pasang tactile membrane. pasang keypad. pasang speaker gasket. pasang speaker. pasang lkp board. kena screw 18 biji. glue. test functional untuk keypad. then baru watertightness test. nak wat watertightness test kena letak front panel gasket. plug in kat back cover then screw 4 bijik. then plug in kat jig. test kat machine. kalo pass buke balik back cover dari front panel, test front panel len plak.. kalo fail. radio tu... pi rendam masukkan angin & rendam dalam air kat mechanical room. tengok bocor kat mana.. then tulis kat traveller apa masalah. buke balik back cover untuk test yang lain plak.. complete 1 cycle.

apa yang kak meri wat ni.. front panel yang dah siap pasang back cover.. then test, kalo fail, buke semula dari front panel. tuko front panel yang lain. kumpul... then nak pi rendam plak.. pasang sekali lagi back cover.. then lepas dah tau kat mana bocor.. buka semula back cover. pasang plak kat front panel yang len. kena dua kali pasang & dua kali buke. tak ke lambat tu.. plak tu nak wat manual nak screw.. elok2 aku beli screw driver letrik dok ada.. nak guna manual. nanti torq tak sama.. dah fail lain plak. dah la ada 4 bijik screw nak kena screw tu.. nak pulas tu.. kan guna banyak tenaga.. nanti complain sakit pulak.. process tu jadi lambat. dah la masa dah suntuk..

linda yang dok kat bench depan kak meri, senyap jer.. then aku teruskan sesi lawatan sampai tempat kak siti. dia tanya aku kenapa. then aku jawab aarr aku tengah hangin ngan kak meri. kak siti gelak jerr.. sebab kak siti dah bagi tahu berapa kali dah.. jangan wat cenggitu.. tapi kak meri still wat yang sama. kak siti cakap.. aku hangin.. tapi gelak2.. sape nak takut??? cuba siyes..

EB lalu kat dpn fendi, then fendi plak tegur kenapa.. sebab tengok muka EB menyinga.. EB jawab selamba jerr 'aku tengah marah giler nih' aku gelak jerr dengar statment EB then dia trus blah gie tempat dia. aku plak menyinggah kat line cable plak.. tengok anak buah aku kat situ plak...

then balik kat bilik, aku cakap kat bos aku, status radio;
aku : megat, tadi ina marah kak meri
boss : kenapa?
aku : kita dah kritikal dia boleh simpan front panel. pass 3 jer... today.
boss : 3? biar betul..
aku : yup. yang fail dia tak pi rendam ada 1 bin 32pcs.
boss : ina marah, kak meri dengar ke tak?

aku dengar jerr bos aku nyer soklan.. bukan setakat aku yang gelak, tapi bos aku pun gelak gak dgn soklan dia..

kul 6, EB datang jumpe aku. pasal kak meri tadi leh ni.. hehehhee..

tadi achik call.. dia nak tanya pasal jemputan untuk majlis tahlil dan tunang dia.. aku tanya le.. berapa ramai family amirol nak datang.. then achik bagi tau 9 buah kete. mak ooiii ramai tu.... cam buat terus akad nikah jerr la..










....from kekwa22 with love....

No comments:

Post a Comment