25 February 2010

Aku Seadanya

radio dah selamat dah kat morocco. aku takut arr. sangat2. kalo diorg wat sampling test & fail pada disply... keypad tak return back... panjang citer nih. adoi.. mudah-mudahan semuanya ok. status radio hari ni 2/300.

hari ni aku pi kapar dengan hazrul & my boss. g check suplier melinex. skrang ni dah jadi kritikal item. rasanya sampai habis bulan 3 nih tak tau isu ni setel or tak. aku dah dapat supplier baru. dia bagi email dah lewat. aku tak sempat nak discus dengan mr adi. sempat discuss kejap je dengan my bos. pastu line leader cable panggil aku. aku terus jerr tinggal bos aku, trus gie line.
cable tak cukup 1. test sumer cukup 50pcs. nak masuk kotak. senin nak anto ke thales. tetiba 1, disappear. gila nyer gelabah aku. mana pi nih... mana sempat dah nak assemble walau pun satu je.. last2 aku jumpe kat bilik training. perrgghh lega.

hebat aarr hazrul. cam gps. sumer jalan dia tau. hebat-hebat. kalo suruh aku pi sensorang.. mau 2 jam aku sesat. hehhehe.. masa kat kapar tu aku nampak satu bangunan. nama dia sendok group. cantik gak bangunan tu. sendok.. heheheh tak terfikir pun nak wat nama company sendok. sesapa nak setup company, aku nak cadangkan kuali-belanga holding. hihi ce mana.. commercial tak?

masa balik tu, hazrul ada nak bagi paint pada supplier. jumpe kat tepi highway. tengok gaya macam berurusan black market jer.. siap kena sign DN lagi tu kat tepi highway. cayalah hazrul.. cam ni aarr contoh pekerja ste yang cemerlang, gemilang, terbilang. mau jas kasi bonus tiga pat bulan nih..
otw balik, boss aku bukak citer pasal new line cable. dia tanya aku.. ce mana aku nyer progress. workbench & conveyer dah design ke lom. alamak!... aku hanya cari conveyer jer.. ingatkan workbench boss aku nak setelkan. hihihii. silap bajet. wahh!! banyak cantik... dah la layout boss yang buatkan.. aku dah teringat nak tanya dah, sama ada workstation tu sape nak handle.. tapi aku malas raise soklan ni. aku tau.. jawapan dia.. aku la.. sebab line aku. tapi kalo bleh ngelat.. err apa salahnya.. saje wat2 tak paham hehehhee.. so, wat tatau je.. last2 kena tembak. padan muke.

bajet workbench & equipment aku dah siapkan. workbench nyer design dah ada, cuma nak cari supplier jerr.. sape tah nak di suruh buat... nanti aku ooo soom. sape yang kena, kena belanja aku makan nasi arab. hahhaha. jangan nak ngade2 okeh.

teringat perkataan fariza petang tadi untuk diri dia sendiri.. 'engineer pulak tu...' dengan nada bangga lagi riak. then create pulak ayat untuk ita, 'dah la executive, secretary GM lagi tu.. GM plak ada 5 manager' hahhahahaha.. memang poyo.. misi masuk bakul angkat sendiri.

balik keje aku goreng keropok. dah lama ada kat umah. tak de sape pun nak goreng selama ni. kalo di biarkan.. memang sampai expired pun cam tu. keropok nih tak leh makan banyak2 nanti dahaga. sebab berminyak. sesekali boleh. sedap di cicah dengan sos cili campur mayonis.
macam mana nak buat ni.. entah lah.. macam2 rasa sekarang. semua rasa tu menjadi satu. memang dah tak boleh nak go back. tak ada jalan yang boleh di lalui untuk buat u-turn. nak lalu highway mana, PLUS, DUKE, ELITE, NKVE, LEKAS, BESRAYA, LDP, SILK dan tah apa2 tah yang aku tak tau dah. sumer highway ni tak sediakan jalan untuk aku nak wat u-turn. kalo lalu MRR2, selalu jammed. jalan bandar pun cam tu.. err jalan kampung ada tak kat KL nih?

rasanya sumer syarikat yang wat jalan kat malaysia nih tak wat jalan yang aku nak lalu nih. dah tanya dah.. sampai letih2 jari mendail. tapi diorang tak layan. so, ce mana? nak teruskan perjalanan or nak stop. atau.. err kita minum dulu... ina, be siyes okeh!

cuma ada satu cara jer...

Aku Seadanya - Fauziah Latiff

Tiada pernah sekali kau bertanya
Tiada kau ungkiti kisah lama
Menulikan telinga
Memejamkan mata
Menerima ku seadanya

( 1 )
Kau meletakkan diriku ini
Di sana nun di puncak nan tertinggi
Namun ku menyedari hakikat diri
Tak layak berada di sisi

( 2 )
Kau permata berkilauan tiap ketika
Di mana pun ditempatkan kau bercahaya
Sedang aku hanya kaca
Kehadiran tak ketara
Walau sering digilap
Sering tak terserlah

Pengalaman kehidupan di masa lalu
Tiada beza sejarahmu sejarahku
Kerana kau di persada
Aku di sini di lurah
Pandangan manusia pada kita tak serupa

( ulang dari 2 )
( ulang 1 )

Aku seadanya...
Aku seadanya...














....from kekwa22 with love....

No comments:

Post a Comment