pagi tadi aku bz dengan impedance test. leceh giler nak wat test ni. remeh temah dia nyer preparation. dekat pukul 11 baru habis test.
dah dua hari selsema & sakit kepala berturut2. dulu dah ok dah.. tapi menyerang kembali..apa yang tak betulnya... rasa macam sama jerr. pelik la.. aku pun tak tau pesal.. malas pikir. malas pikir.
bila sebuah kete ni.. parking kat depan foodcourt depan bangunan sapura.
masing2 teruja ma.. kelakar bila budak2 laki kat bilik aku menjoyah. tak hengat. bila di ingat2 balik kelakar.
malam, aku gie main badminton. dari ste, tak ramai yang turun malam ni. tapi tetap meriah. masa nak pukul bola tu.. aku imagine org yang aku geram. kalo geram banyak, pukul kuat2. kalo geram sederhana, pukul tak kuat sangat. kalo geram sikit, pukul depan net jerr.. maka ramailah malam tadi menjadi mangsa. hahahaha.. sebab tu men badminton dapat hilangkan stress. hihihh
punya la tired. aku tak sangka boleh abis 1 tin nih. kalo tak tak de nya nak abis. just minum sikit sampai boleh bawak balik umah sehari dua baru abis atau buang macam tu jerr.. kalau tak pun tinggal dalam kete jerr.. tapi malam ni.. perrgghh abis tu.
balik dari tu aku lapo aarr mana ada makan lagi. makan tengah hari tadi jer.. tu pun lepas makan terus sakit perut. tapi aku tak larat nak makan apa dah. yang ni jer yang senang, mudah & cepat.
lepas dah mandi.. segar bugar.. ni masalahnya nih.. nak tido yang susah plak.
Batas Menanti-Fauziah Latiff
Mahu ku bawa saja hati ini
Dan pergi jauh dari sisi
Sangkar hidupmu
Kerna tak sanggup lagi ku berdepan
Dengan setiap cemuhan
Mata yang memandang
Andai benarlah apa yang diduga
Tak guna memendam rasa
Antara kita
Padam biarkan tak lagi bernyala
Api kebencian cuma
Tak menguntungkan sesiapa
Yang manakah satu
Pilihan buatku
Nampak berterusan
Sengaja kau biarkan
Diriku terkapar-kapar hampir tenggelam
Dalam lautan hempudu kasihmu
Ku sendiri berenang-renang mencari tepian
Telah ku nekad terima segala
Di dalam bentuk apa jua
Keputusannya
Kini batas kesabaran menanti
Cukup rasanya di sini
Ia berakhir
....from kekwa22 with love....
No comments:
Post a Comment