03 February 2010

hopefully

hari ni, aku rasa tak wat keje apa pun. pagi2 aku dah meeting dgn planning sebab nak tetiba DT nak percepatkan cable. ermm mana cukup man power nak wat dan dan ni gak. sepatutnya kena deliver on april, pas tu di cepatkan 25 febuary. errmm cam tak masuk akal jerr... dah le skrang ni program pack.

aku tak suke kalo orang confusekan aku... hish.. elok2 aku memang betul2 confident dan memang confirm, ada plak soklan2 yang berupa nak confusekan aku, pastu siap ada bukti2 lagi. adoi.. diorang nih2... tapi akhirnya cubaan mereka tidak berjaya... ermm ingat aku tak de bukti gak ker? mesti la ada maa...

akukan tak tau nak cakap apa dah.. aku sekarang ni tahap pasrah jerr la untuk line TRC5100. tapi belum rasa kecewa. aku tak tau nak wat apa dah lagi.. semalam & hari ni, tak de satu radio pun boleh close. statik kat 260 jerr eehh silap 259 sebab 1 fail maa kena repair. esok dah khamis.. plan sehari close 10.. sepatutnya ada 280 dah tapi harapan tak menjadi kenyataan... kita hanya mampu merancang...

pukul 10 lebih aku pi PJ dgn Jas. mulanya boss aku nak join sama. kelakarnya diorang plak yang tunggu aku.. sebab aku dok bz dengan backshell. cubaan planner nak confusekan aku, dapat di patahkan. hehhehe.. last2 my bos tak jadi gie, maka aku gie ngan jas. hazrul plak gie dari umah dia. jumpe kat SAP jer. kelakarnya bila bos aku pesan kat jas 'nanti, terus balik jerr jangan nak melencong kat mana2'

masa sampai kat SAP tu, adoi.. kalo compare dgn STE ermm 50x lebih baik. tak leh arrr tempat keje cam tu. rasa cam tak healthy. udara persekitaran tak best dan ermmm STE lebih baik dari segala segi. setakat ni semua supplier2 yang aku gie.. memang tak leh kalah dgn STE dia nyer environment. bukan aku nak puji ste sebab aku keje kat ste, tapi jas pun agree dgn pendapat aku. setakat ni yang paling best dan setanding ste..yang aku pernah gie .. mana errkk gms kot yang kat bangi wat pcb assembly. kat situ memang bersih giler.. sebiji bakul sampah pun tak ada. 5s memang tip top. paling best, its malay company. jas pun agree gak. sebabnya dia pun gie gak wat lawatan sambil belajar.. hehehe kat gms tu..

ni aarr rupa machine yang press our tactile membrane. aku memang la tak berapa agree sangat dengan explanation mr rahim ni. dia masih lagi tak boleh inject 100*C. material dia akan cair. then dia orang inject 60*C & 80*C. tapi 80*C pun material dah keras semacam jerr... moral of the story, supplier ni tak capable nak assemble tactile membrane. bos aku dah pesan tukor jerr dgn yang lain. sebabnya height setiap dome tak sama tinggi okeh. sepatutnya semua dome sama tinggi 5mm. tapi bila check, ada 6++, 5++, 7++ even 8++ pun ada. 16 dome tapi height yang berlainan. patut la fail. petang, masa nak balik, aku bagi tau my boss hasil discussion dan apa pendapat aku hasil dari lawatan sambil belajar ke SAP. aku bagi tau jas suggest letak metal dome. my boss not agree. ianya akan melibatkan major changes. dah le kena study lagi, cost lagi. effect on radio tak tau lagi. mana bleh suke2 jerr.. nak wat qualification lagi. take time tak sempat untuk M3 & M4. pulak tu metal dome ni, bunyi dia kuat. aku pun tak paham sebab apa jas still nak maintain this supplier. cari jerr la supplier lain. dah terang lagi bersuluh yang dia tak leh buat ikut specs. problem keypad yang not bounce back tu, dia nyer height 2++mm okeh. sangat2 rendah... kena jerr temperature 70*C terus terpeleot.

petang tu aku ada 2 meeting, mula meeting dgn TRC5100 assembly line. pastu meeting ngan cable line. masing2 tengah struggle untuk delivery.. kesian pada diorang dan kesian pada aku. then aku teruskan lagi meeting dgn bos PMO. pastu dok belek2 material kat line cable. mujur abang bahtiar nak jumpe aku petang ni, kalo tak, tak de nya aku kuar awal...

petang tadi aku jumpe abang bahtiar. ermm lama giler tak jumpe dia. last sekali rasanya masa aku tinggal kat gombak dulu. sejak tahun 2004 kot. memang lama giler tak jumpe. banyak arr citer2 di ceritakan. dia pun mengakui yang aku lebih close dgn abang kay drp dia... walaupun nama ayah kitaorang sama, tapi still tak bleh jadi 'abang' errmm tadi dia ada bagi satu cadangan kat aku.. bagus cadangannya.. dengan cadangannya tu, membuatkan aku berfikir berkali2. ermm why not kan? gud idea. thanks abang yaa

balik jerr umah cam biasa aku on my laptop. then terpampang satu masg. 'dah balik ke?' rasa dah lama giler tak masg dgn king. bila tengok pukul brapa msg di hantar.. errmm time tu aku tengah dating dgn abang bahtiar. dia nih kan cam taw2 tau jerr.

malam ni aku pi main badminton cam biasa. ermm meriah betul hari ni... tapi memang best. aku cam tak caye jerr boleh main 45minit non stop. giler nyer melompat... tak hengat... semua masalah & tension2 dapat di kuarkan. wahh best2

teman, sorry to say, aku memang tak leh terima alasan yang di berikan. aku tau it too hard. tapi percayalah.. semua alasan sekadar nak bagi alasan jerr.. supaya tak nampak dia bersalah. errmm semua orang ada masalah.. memang masalah boleh di selesaikan.. tapi ia bergantung pada masa.. ada yang boleh settle cepat dan ada yang lambat. bergantung pada keadaan dan masa... kalo dah selesai satu masalah, ermm masalah lain plak akan datang.. ermm biasalah.. kehidupan. itulah yang mewarnainya.. kalo tak, tak de la di namakan hidup dan kehidupan. tapi kalo di jadikan alasan, ermm may be ada something wrong somewhare.. cumanya.. wahai teman, pls wake up.








....from kekwa22 with love....

2 comments:

  1. yer aaa..pesal tak carik saplaiyer lain jerk...

    err....king miss u.....

    ReplyDelete