02 February 2010

siapa sangka, siapa menduga

pagi ni aku rajin sikit. lepas subuh jerr aku dah ke dapo dengan tujuan yang suci lagi murni. hihihi.. datang angin rajin dia ni. aku masak mee goreng. ermm cam tak caye jerr.. tapi tu arr yang berlaku. hasilnya pukul 7am dah siap mee goreng aku dan siap aku tapau untuk kak norma.

masa kak norma nak kuar dari umah aku pesan arr kat dia dgn nada yang sedih. 'pi sekolah, belajar rajin2, jangan dok bercinta jer' then kak norma gelak dengar perkataan aku, sure pak cik nan cakap, 'apa la orang sebelah ni, memekak jer pagi2'. kak norma kuar pagi2 sebab nak breakfast dgn pak ndak. tu nak share mee goreng aarr tu.. wow so sweet...
pagi tadi sampai pukul 3 lebih aku dok mengadap mende alah ni. banyak gile. ni kira sebahagian jer... semua ni production supervisor bagi kat aku untuk scrap. main longgok jer.. dia hantar kat aku since pertengahan bulan dua belas. tapi aku memang tak sempat2 nak mengadap. cuma hari ni baru berkesempatan. lagi pun aku dah pening dengan tray2 yang dok ada di sekeliling aku nih. menyempit jer... mau tak mahu kena wat jugak aarr..
Aku tak tahu sama ada sempat or tak nak deliver radio on 12-febuary ni, 300 pcs. errmm jauh lagi perjalanan. masa dah semakin suntuk. Rasa macam2 ada. hari ni aku kena redha en besar tak de kat opis nak test RF selama 3 hari. dia ada emergency dan dapat compassionate leave sebab his relative passed away. Al Fatihah untuk arwah. aku terima qada dan qadar ni.

tapi macam mana dengan RF board?. memang zura boleh test. selama ni zura test digital. dia baru jer belajar on RF board. tak boleh bagi harapan yang terlalu tinggi. sebab org yang baru belajar tak sama dengan output dengan yang dah expert. setakat hari ni radio ada 260/300. ni figure closed radio. rasa macam lega jerr... tapi sebenarnya 40 radios belum fully test lagi. belum BIT lg, belum ATR lagi.macam2 boleh jadi. yang dah complete BIT & ATR hanya 220/300 ni figure sebenar2nya untuk customer. lagi 80 radios lagi. Boleh ke? Hopefully... may Allah bless my TRC5100 line assembly.

achievement for today,

petang dah nak balik tu, Mr Adi tanya pasal RF nyer component IC201 & IC202. tak sempat lagi aku nak study. macam nak cakap jer.. 'mr Adi, tu kan electronics part, pulak tu fail masa testing, kan ada test engineer, suruh aarr dia study' tapi kata2 tersebut tak bisa di luahkan. sebabnya memang selama ni semua component untuk TRC5100 aku yang handle. kalo aku bagi excuse, memang cari penyakit arr. so, no choice. ina you have to facing this problem okeh! wawawa. siyesly aku bukan reti bab2 electronic ni. masa belajar dulu, subjek teknologi letrik, dapat transfer kredit. subjek electronic plak 3 kredit, dapat B jer. mana ingat.. apa errkk yang aku ingat errmm digital system ke yang 1 0 0 1 1 hanya ada 2 no jer..

@home tired arrr. sampai umah dekat pukul 8 dah. mujur aarr umah dekat dengan opis. kalo jauh, tah ce mana le..

teman, aku tau ko sedih. sabarlah ye.. aku always by your side. dugaan ni kecik jer.. hadapi dengan sabar. ada hikmah di sebalik perkara ni. bersyukurlah kerana ianya belum lagi bermula. aku memang tak dapat terima alasan yang di berikan. aku tahu kau jua begitu. rasanya dalam dunia ni, tak de sape yang keje direct 356 hari non stop. robot pun boleh break down.

teman, biar terluka sekarang jangan di kemudian hari. aku tau kau akan mampu menghadapinya.. kalo aku yang lembek, sikit2 nangis pun boleh hadapi, apatah lagi kau yang semengnya keras dan kuat semangat. insya Allah boleh. buka minda seluas-luasnya dan fikirkan akan hikmah yang telah tuhan tunjukan. be positive.

dari semalm aku memnag addict dengan lagu nih. dengar sekali tak best, bila dengar dua kali.. ermm best la plak.. baik-baik sayang..

Baik Baik Sayang - Wali

Aku tak ingin kau menangis bersedih
Sudahi air mata darimu
Yang aku ingin arti hadir diriku
Kan menghapus dukamu sayang

Karna bagiku kau kehormatanku
Dengarkan dengakan aku

Hanya satu pintaku untukmu dan hidupku
Baik baik sayang ada aku untukmu
Hanya satu pintaku disiang dan malammu
Baik baik sayang karna aku untukmu

Semua keinginan akan aku lakukan
Sekuat semampuku sayang
Karna bagiku kau kehormatanku
Dengarkan dengakan aku


dah jumpe tadi, errmm kenapa masih ada rindu bertamu di kalbu? kenapa mesti ada rasa rindu?








....from kekwa22 with love....

No comments:

Post a Comment