17 May 2010

terkenang semasa dulu

malam ni, aku rindukan zaman2 dulu. saat yang tak mampu untuk berulang lagi. sentimental la pulak aku nih. semua orang melaluinya. setiap orang berbeza. dari pengalaman2 tu lah yang mencorakkan siapa diri kita sekarang ni.

aku di lahirkan dan di besarkan sebagai anak seorang petani. petani ni, seorang yang bercucuk tanam. berbakti kepada tanah. biasa la orang kampung.

ayah memang expert tapi mak mulanya bukan reti buat berbendang orang sana cakap. sebab ayah tak bagi mak gie bendang. hahahaha. tapi masa tu umah dgn bendang kira jauh arr. dekat2 4km kot. aku pun, berjaya menjejak kan kaki dalam bendang masa umur aku 11 tahun. tu kira kali pertama la tu. lagipun mak bukan berasal dari sini. tempat mak menoreh getah. tapi mak pun tak reti menoreh getah. bukan sebab mak anak bongsu, tapi sebab mak kena jaga adik2 dia.

masa mak mula2 nak belajar berbendang, selalu kena pot pet pot pet dengan ayah. sebab tak mengikut standard & kualiti yang ayah tetapkan. ayah memang cerewet. aku dan angah nak tolong pun kena halau balik. tapi bukannya nak tolong sangat, tapi nak main jerr yang lebih. hahhaha that why la kena marah.

time tu, tanam padi guna kuku kambing. aku tak taw kenapa di panggil kuku kambing. sebab kuku kambing yang ori pun aku tak pernah tengok. ni arr rupa dia kuku kambing yang di gunakan untuk tanam anak2 semaian padi. tapi tak de la sampai beukir2 cam yang ada rupa ikan tu. just macam coklat gelap tu jer. tapi kat umah dah tak simpan. kalo di simpan dah jadi barang antik dah. boleh hantar kat muzium.kalo time nak menanam anak2 padi tu, permandangan cam ni biasa la. biasa ayah & mak g bendang 8.30am sampai pukul 12pm. panas terik tu. kalo aku ngan angah pi bendang, paling lama boleh bertahan, sampai 9.30am jerr. tu pas tu terus kena halau balik. mak kata.. buat bising jerr. hahahha. tak dapek den nak nolong.kalo mak ngan ayah dok sibuk tanam padi, aku ngan angah sibuk gak. sibuk wat aktiviti nih. tapi biasa kena marah dgn ayah. sebab tangkap anak2 ikan. ikan tak dapat pun tak pe.. main biar lebih. hahahha. biasa la budak2. apa yang di larang, tu yang best di buat. kalo di suruh lagi la pulak, laju jerr...
tapi, ni masa belum tanam pokok padi lagi la. sekarang dah tak de lah pemandangan cam ni.

seluas2 kat belakang umah tu, kena tanam. perrgghh penat tu..
lepas sebulan, ni la rupanya belakang umah ayah. masa nak tanam tu, kena make sure lurus. kalo tak ayah akan cabut balik. sebab tu dia tak suke kena wat keje dua kali. that why la dia cerewet. time ni just membaja, kalo ada rumput2 kena cabut. then kat atas batas mak akan tanam jagung, keledek, cili, tembikai, timun, labu kuning, timun betik dan tah apa2 lagi.

best arr time tu. hari2 boleh makan jagung. makan buah timun betik, letak gula & ais batu. perrgghh sedap2. sekarang ni, dah tak merasa dah. kalo balik kg, tanya mak, 'mak tak tanam jagung?' mak jawab 'kalo nak makan jagung, beli jer rm5, dapat 10 ketul, tu pun makan tak abis'. hahaha habis citer. bukan mak tak nak tanam, tapi kalo tanam, sape la nak makan. setakat mak ngan adik jer.. beli jer sorang 2 tongkol dah settle. senang dan mudah.

sekarang ni.. main tabur jerr biji2 padi. tak yah buat semaian dulu.main tabur jerr.. tumbuh ke, tak tumbuh ke, rapat ke, jarang ke, dalam barisan ke, tak ke.. semua tak amik peduli. kalo yang tak tumbuh, mak akan tanam dengan semaian. kalo tak, biar jerr lompang2. tapi mak tak biarkan lompang2 cam tu. dia akan tanam gak. membazir space jerr.

dulu2 kalo mak nak tanam jagung, aku la yang menyediakan anak2 jagung. sebabnya kena semai dulu pokok jagung ni. bila dah tinggi lebih kurang 5cm, kena cabut, then kena buang jagung yang melekat kat akarnya. kalo tak buang, hari ni pi tanam esok pokok akan mati, sebab tikus korek arr makan jagung yang lekat kat akar tu.. kekadang aku & angah yang pi tanam pokok jagung. bab tanam pokok jagung ayah tak kisah, asalkan jarak pokok tu sekaki. tapi ayah tetap bising kalo korek lubang semaian guna parang. walaupun guna parang yang tumpul tak boleh nak kerat apa menda pun. dia takut, anak2 dia ni accidentally berlaku apa2. kena tuko guna kayu jerr... aaarrgghh rindunya pada ayah. al fatihah. kenangan yang tak mungkin akan berulang lagi.

masa nak tunggu padi masak, aktiviti ni paling best. tangkap ikan. time ni, ikan dah beso.
best ooo.. time time nih. ikan tak dapat pun tak apa. janji boleh terjun. hahaha. tapi kalo ada ikan kat kaki, aku biasanya takut nak tangkap. tapi angah, dia berani tangkap. hahaha. apa punya along daaa. kalo guna sauk aku berani. kalo dengan tangan, time ikan mengelurur, aku yang terkejut. hahha. kat dalam bendang mana ada ular. kat tempat aku nih memang tak pernah jumpe ular. tapi tak tau la bendang2 kat tempat lain. lintah pun tak ada. tapi pacat ada la. pacat? tak heran pun.. sebab bukan selalu jumpe. tapi kalo dok sebut pacat pacat pacat. dia datang la. dah panggil dia.. dia datang la. kalo tanak jumpe dia, jangan sebut or panggil. tak akan jumpe punya.

kalo pacat yang dah besar macam ni, aku memang geli. biasanya pacat yang belum hisap darah kecik & kurus2 jer.. that why kureng sikit geli dia. tapi pacat ni, kalo dia dah kenyang hisap darah, dia akan jatuh dari tubuh badan. dah memang lumrah alam dia cam tu. setiap sesuatu yang Allah jadikan ada tujuannya. dia pun makhluk jugak. jangan la terover acting geli yang sampai orang lain menyampah. sape yang over acting depan aku, aku amik sekor, letak atas lengan dia, baru padan muka. pernah ke aku buat macam tu? pernah. padan dengan muka. melampau2 kekadang tu berlakon jerr lebih. kalo geli sikit2 boleh jer... jangan hina okeh! dia pun makluk tuhan. dia pun ada tempat di muka bumi ni. ada hikmah Allah jadikan. ala.. setakat kena gigit sekor, tak luak pun.

antara ikan yang biasa jumpe
lepas 3 bulan, baru padi masak.
biasanya time ni, cuaca panas. tapi memang elok pun cuaca panas sebab buah padi kering. tak de la masa nak jual nanti berat padi basah tu, melampau sangat orang yang beli padi tu kira. main hantam saja.. nak untung lebih...

bila padi dah masak, kena la sabit. cenggini aarrr suasana keje2 menyabit padi.ni pulak tool yang digunakan. weeii tajam ooo. kalo kena tangan boleh putus. biasanya jari kelingking la kalo nak kena pun. alhamdulillah aku tak pernah kena.lepas dah sabit, pokok2 padi tu, kena plak leraikan buah2. cam ni cara dia. biasanya keje2 ni orang laki yang buat. namanya memukul.ni plak, cara lain nak ambil buah padi. aku rasa cari ni paling lambat tahap dewa. hahahaha. namanya mengetam padi.

cam ni cara nak pegang ketam padi. ayah pernah tunjukkan cara nak pegang. tapi tak bagi menggunakannya.kena jari ni, boleh putus. tapi mende ni dah tak ada dah. dah masuk muzium. tak de company yang nak supply. dah tak de sape nak guna. tapi, kat dalam muzium ada ke tak pun aku tak tau.

tapi sekarang ni.. mana ada dah mende2 ni sumer. dah tuko guna mesin. rasanya kalo kat belakang umah mak, 2 jam, settle semuanya. licin.

lepas semua pokok2 padi dah clear, ni plak aktiviti aku petang2.
biasanya pukul 5 akan siap2 making layang2. kekadang buat layang2 tak menjadi. tak leh terbang. berat sebelah la. apa la. biasanya benang buat jala ayah akan kena rembat. hahhaha.

sebab kalo guna benang, halus sangat, mudah putus. tapi kalo guna benang yang ayah buat jala, ok la.. tak putus. boleh naik tinggi sampai habis benang. angin pun kuat. tapi make sure jangan kantoi dgn ayah. tapi kalo benang tu kusut, memang la sakit hati. mesti kantoi nyer... weii mana ada orang main layang2 guna tali rafia la. then bila dah teduh baru boleh gi main kat dalam bendang. time ni tanah dah keras. main sampai mak jerit suruh balik mandi.

masa ayah dah tak ada, macam2 aku fikir. boleh ke mak handle. sebab masa tu mana ada sesapa kat kampung. sedara mara pun tak de. aku kat kl, angah & achik kat puo, abang lim time tu from 3. adik jerr masih sekolah rendah. orang2 kampung ni, semangat assabiyah dia len sket. walaupun dah bertahun tinggal kat situ, kitaorang still orang luar. mak pulak mana biasa menguruskan hal2 baja kat peladang, racun lagi, subsidi lagi. urusan2 pejabat tanah & zakat tanaman. sebelum tu, semua ayah yang buat. mak tak ambil tahu pun. tetiba jerr sesemua tu terbeban atas bahu mak. aku tau masa tu its a hard time. aku pulak jarang balik kampung. kesian mak.

sekarang ni, mei 2010, lebih kurang cam ni pemandangan belakang umah mak
anak2 padi yang baru nak membesar. aku rasa masa bulan puasa ni, padi akan masak.

pesal aku citer pasal bab ni plak malam ni.. tah aarr bukan apa terkenang semasa dulu. zaman yang tak payah pikir perkara2 yang berat2. masalah2 negara & dunia belum muncul.

ni citer2 kat kampung umah mak. kalo balik kampung umah opah, lain pulak ceritanya. sebab bentuk muka bumi tak sama dengan kat umah mak. nanti kalo aku rajin, aku buat part 2. kikikiki

Ayah & Ibu - Sudirman

Ayah dan ibu
Itulah permulaan kami
Dapatlah melihat bulan dan
Matahari
Ahai...

Yang dikurniakan dari Ilahi
Ahai...
Ayah dan ibu lah
Mesti dihormati

Ayah dan ibu
Wali dan juga keramat
Pada mereka kita beri hormat
Ahai...
Bagilah tunjuk ajar dan
Nasihat
Supaya hidup
Supaya hidup kita akan selamat



sedih aarr lagu ni...

ni, aku tengah hangin ngan zahari ni. tengah hari tadi dia cakap nak datang kul 6pm. so, aku pun balik la awal hari ni. aku redah la hujan yang tak berapa lebat tu dengan payung. sebab dia nak datang. last2 masa aku tengah landing baik punya, si zahari ni call, 'na, aku ada kat depan ni, bukak pintu, aku nak check bilik ko' masa tu dekat pukul 7.15pm. dia ni kan datang time2 ni. tapi rumah dia kan... so, datang la... aku gak yang komplain tengah hari tadi. tapi bukan aku suruh dia datang time nih. aku suruh dia datang pukul 6pm tadi. aku, siap pesan kat ogie balik awal lagi.

dah tak pasal2 aku kena pakai pakaian yang proper. masa kat depan pintu tu, dia tanya aku, ko nak keluar ke na maghrib2 ni? ewah2 perli aku.. tak sayang mulut betul. aku cepuk laju2 karang. nak kena jugak zahari ni. yang dia tu datang umah maghrib2 tak pe. tak kan aku nak buka pintu dengan pakaian yang tak berapa nak cukup tu.

aku bukan hangin sangat dia datang time ni, tapi aku hangin sebab selambe giler si zahari ni bukak almari aku yang ke semuanya berisi pakaian2 dalam jerrr. si zahari ni, walau pun umur dia dah 50 lebih tapi gatal boleh tahan gak. ala.. bini dia pun ada gak. tapi tak sama maaa.. hahhaha. bukan dia saja2 nak bukak, tapi dia nak check mana tau kalo ada anai2. aku gak yang bagi tahu kat dia ada anai2 tengah hari tadi.

tapi bengang tetap la bengang. segan siooot. aarrgghh sebab dia bawak kawan dia yang baya2 pak cu. aku, dok atas katil jerr memerhatikan diorang check. aku dok doa jgn la bukak pintu almari tu depan mata aku. kalo aku tak nampak tak pe. tapi doa aku tak makbul. diorang bukak. bbeeennggooonngg betul. bukak seluas2 alam depan mata aku pulak tu... let imagine.. kalo aku tak nampak tak pe la jugak. aaarrggghhhh. pastu member tu, senyum sengih kat aku.. mana aku tak bengang.. tapi sebenarnya malu yang lebih. hahahaha. pulak tu, lampu kat bilik aku ni, pada diorang, tak cukup cerah kot, sampai kena guna torch light pulak. aku tak tau sama ada mata mamat tu, tengok setakat overall apa yang ada ke, or dia dah focus apa2. aarrgghhhhh.

masa member tu nak kuar umah dgn si zahari, dok senyum sengih sambil menyakat aku, ogie plak tak kuar dari bilik. aku jerr ken entertain. mamat tu, tetiba plak jadi peramah siap suruh aku gi melawati lagi. senyum sengih. err.. may be mamat tu tak de apa2 aku plak yang lebih. sebab aku segan okeh!.. bengang sioott. dalam hati cakap.. pi la balik cepat2.

pesal aku hangin sangat ni.. biasa la.. mende2 tu. tapi, masalahnya... aarggghhhh hanya aku jerr yang taw. hahahhahaha. aku citer kat ogie, bukan dia nak simpati kat aku, tapi dia lagi gelak okeh. tak leh harap langsung. moral of the story, aku benganggggg. bodoh! bodoh! boddooohh.




....from kekwa22 with love....

8 comments:

  1. hahaha..kelakor...kelakor....len kali simpan aaa dlm laci...

    ReplyDelete
  2. ni lagi sorang..

    ha.. gelak la.. gelak...
    orang bengang tak abis lagi nih.

    simpan elok la tu... dalam laci mana muat maaa

    ReplyDelete
  3. besor2 nyer puyu tu kekwa.. best kaloo buat pekasam.. pekena plak ngan ubi rebus.. perghhhh..!!

    mmmm.. marbeles..!!

    ReplyDelete
  4. pokcik ni, bior betui2 sket,

    ada ke orang makan pekasam dengan ubi rebus??

    ReplyDelete
  5. adee... pokciklah yg makan..!!
    sedap tau..!! ikan pekasam tu goreng gareng2..

    tulah.. suka sgt western... hehhee

    ReplyDelete
  6. adee... pokciklah yg makan..!!
    sedap tau..!! ikan pekasam tu goreng gareng2..

    tulah.. suka sgt western... hehhee

    ReplyDelete
  7. apa plak..

    tapi mana ada orang makan ikan pekasam dengan ubi rebus.. cerr pokcik baca balik statment pokcik tu...

    tapi kalo pokciklah orangnya...
    errr tatau nak kata apa dah... hahhaha

    ReplyDelete
  8. ubi rebus.. makan ngan sambal tumis boleh.. makan ngan gula merah boleh.. makan ngan ikan kering boleh.. pekasam..?? perghhh lagi sodap..!!

    ReplyDelete