09 June 2010

jiwa kacau

malas giler nak bangun pagi ni. dah la sejuk. tah pukul berapa aku menyarungkan baju doremon aku pun tak ingat. tapi malam tadi, pukul 1.30am, aku masih lagi layan blues. tah aaarr.. tak tau bila akan berakhir sesemua ni. aku pun tak paham. sesekali ada rasa aarrr..

sorry sangat2. sessi luahan perasaan yang kantoi. moral of the story.. simpan semuanya. jgn luahkan. membahayakan kesihatan. tapi pagi2 buta tadi, dapat call. macam tahu2 jerr.. tapi sebenarnya dia tak tahu langsung. pelik la. apa tah ilmu yang dia guna. kena gie menuntut nih.

hari ni.. aku just follow up lagi.. tu jerr yang mampu di buat setakat ni. yang dah sampai kat ste pulak, macam2 hal jadinya... sabo-sabo. kali kedua aku masuk line, ni keje anak buah aku.mengarut betul diorang ni. tetiba boleh buke salon kat line cable. bob ngan bust la nih. tah apa2. nak kata tak de keje nak buat banyak.. sambil test, sambil bergurau senda. aku ok jer.. as long as keje2 semua ok.. no hal.. aku dah letak pic ni.. dalam my facebook. then aku dapat this comment.. setakat

Muhammad Afif Bin Ramli
Muhammad Afif Bin Ramli
kak ina jahat hahahahahaha
8 minutes ago ·
Saibah Hj Abu Bakar
Saibah Hj Abu Bakar
hehhehehe.. jangan mare...
6 minutes ago ·
Aida Najmuddin
Aida Najmuddin
gempak...
5 minutes ago ·
Muhammad Afif Bin Ramli
Muhammad Afif Bin Ramli
esok tak nak datang la hehehehehe
5 minutes ago ·
Saibah Hj Abu Bakar
Saibah Hj Abu Bakar
weeii weeii jangan aarr cenggitu
4 minutes ago ·
Muhammad Afif Bin Ramli
Muhammad Afif Bin Ramli
takdela hahahahahahah kelakor tu pic ni hehehehehe
3 minutes ago ·
Muhammad Afif Bin Ramli
Muhammad Afif Bin Ramli
gempak da din......ko takde ...slon terus bukak hahahahaha
about a minute ago ·

Muhammad Afif Bin RamliMuhammad Afif Bin Ramli
ni encik adi nmpak abis la kene buang hehehehehe
2 minutes ago ·
Saibah Hj Abu Bakar
Saibah Hj Abu Bakar
hehhehe tak pe, tak pe, nanti akak cover
about a minute ago ·
Muhammad Afif Bin Ramli
Muhammad Afif Bin Ramli
ok2 hahhahahhaahha
a few seconds ago ·

kali ke 3 aku gie line, cam ni pulak citernya si bob nih. kusyuk lagi tawaduk. bob pun tak perasan aku amik pic dia.. aku kat sebelah dia jer.. hehheaku tak de la pi tegur bob.. becoz dia tengah baca quran sambil test CHF147. terharu aku. cayalah.. sesapa yang berkenan, boleh buat menantu. bukan sebelah pagi jerr.. sampai kepetang nak balik, quran tu, masih di depan dia. alhamdulillah. aku tengok dalam bin, dah dekat nak habis cable yang bob test. bagus2 tak buang masa.. sambil tunggu bacaan miliohm meter, sempat lagi baca quran. bagusnya.. anak sape lah..

topik paling hangat di pasaran sekarang ni.. adalah masa dinner ni, nak pakai baju apa? masing2 nak glamour. masa kak aya tanya aku pasal baju dinner ce mana, aku tunjuk pic nih.sebenarnya masa dok soping2 tu, aku nampak this baju. berkenan habis.. sweet jer... tu yang sampai amik pic tu.. masa aku tunjuk kat kak aya, si fizu, sibuk nak tengok. aku memain jerr ngan kak aya.. sekadar nak memeriahkan keadaan. dah fizu nak tgok sgt, aku pun tunjuk aarrr. beria2 dia nak tengok. then fizu cakap cenggini, kak, tak sejuk ke nanti kalo pakai cam ni? hahhahaha. hilang akal apa nak pakai cenggini gie dinner. lari tema nih!

last sabtu before aku gie umah pak ngah ada la bersin beberapa kali. sesebelum tu, tak de pun cam tu. may be on friday tu aku selsema. aku ok jerr...

angah : gie main badminton lg ke?
aku : malam rabu la
angah : mak tengok along ni, tak payah la main lain. bagi la baik betul2 dulu tunggu sampai betul2 baik baru main. setahun ke
mak : bagi baik dulu. keluar darah lagi? sakit lagi?
(kan dah kena tanya macam polis)
aku : sesekali jer.. tak de apa2. ada ubat.
angah : tak ada apa2, tak ada apa2. tak payah la main lagi
aku : main sikit2 jer..
angah : sikit2 sikit2
(hahhaha)

ingatkan citer ni habis dah. masa dok kat surau before majlis akad nikah, angah cakap pulak kat opah. guna talian hayat ma.... kali ni lagi power. semata2 misi mengagalkan aku dari g main badminton. malam ni nak gie main badminton jugak. nampaknya misi membentras aku dari gie main badminton oleh angah tidak berjaya. pakatan angah tidah berjaya. sempat main 4 game jer. 2 kalah 2 menang. then aku balik.

tapi aku tak balik umah. aku gie merayap. maklomlah malam ni tak de sesapa yang tumpang aku. so aku boleh gi mana2 yang aku suke. yes yes yes. mula2 rasa macam nak gie makan. tapi malas la pulak sensorang. last2 aku ronda2 di sekitar KL. dah lama giler tak wat aktiviti ni.. sesekali, best jugak dalam hujan renyai2.

aku tak paham kenapa dgn aku ni. nak kata aku ada masalah, tak de la pulak. puas aku pikir2. sampai masa main badminton tadi aku pikir apa masalah aku sebenarnya. main badminton pun tak hepi at all. pesal???? apa masalah aku ni sebenarnya.. aku pun tak taw.

daripada bosan tak wat mende apa kat umah.. dok layan blues jerr.. abis kering nanti air mata. tapi tak tahu pulak bila stock nak abis. rasanya dah banyak dah kuar ni.. kena minum banyak2 nanti jadi air mata banyak2. hahha... eehh mana datangnya air mata eerrkkk.. tak pernah terfikir pun. kenapa perlu menangis?

Kajian ilmiah menetapkan bahawa perempuan lebih banyak menangis empat kali ganda berbanding lelaki. Ini kerana mereka memiliki kelenjar-kelenjar air mata yang bentuknya lebih besar daripada kelenjar-kelenjar air mata lelaki.

Para ilmuwan Amerika sampai pada kesimpulan bahawa menangis sangat berguna untuk kesihatan. Air mata yang asli, baik itu air mata bahagia atau air mata kesedihan dapat membantu mengembalikan keseimbangan kimia tubuh.

Perempuan lebih banyak menangis kerana mereka sering hanyut dalam tangisan. Mereka mengeluarkan tangisan dengan diiringi suara yang dapat didengar sebanyak 64 kali dalam setahun. Sedangkan lelaki hanya mampu menangis 17 kali dalam setahun.

Para ilmuwan berpendapat “ Jenis air mata yang mengalir akibat tekanan perasaan (emosi) dari segi bentuk dan fungsinya adalah berbeza-beza. Air mata jenis ini merupakan reaksi kimia yang muncul sebagai tindak balas atas gejala-gejala emosi yang bercampur dengan perasaan. Dengan demikian, ia lebih penting daripada protein.”

Menangis dapat meringankan kadar tekanan kejiwaan. Ini sangat berguna untuk kesihatan lebih-lebih lagi kita kerap mendengar pelbagai jebnis penyakit yang disebut sebagai penyakit tekanan jiwa.

Menangis faktor penyebab panjangnya usia kaum hawa

Para ilmuwan menegaskan bahawa menangis dapat menyebabkan panjangnya usia kaum hawa. Menurut mereka, air mata mengandungi peratusan racun yang dikeluarkan dari tubuh melalui tangisan. Perkara ini mengakibatkan tubuh akan bebas dari racun. Para ilmuwan dalam bidang kedoktoran jiwa menegaskan bahawa menangis dapat menyelamatkan perempuan masa kini dari ketegangan urat saraf yang ia alami akibat banyaknya permasalahan yang harus dihadapi ketika menjalani rutin kehidupan.

Para doktor pakar mata juga berpendapat bahawa air mata berfungsi membasuh mata dan mengosongkannya daripada kandungan racun yang muncul akibat tegangnya urat saraf perasaan dan emosi yang selalu datang silih berganti

http://www.halaqah-online.com/v3/index.php?option=com_content&view=article&id=982:hikmah-air-mata&catid=71:wanita&Itemid=124

tu dia.. hikmah air mata..

bila aku nak tido nih...mata terang benderang.. badan dah letih dah ni.







....from kekwa22 with love....

2 comments:

  1. ...perempuan lebih banyak menangis empat kali ganda berbanding lelaki...<--- hmm..leh caya ke ni?

    ReplyDelete
  2. tak caye 4 kali ke.. or lebih berkali2 dari tu? hehehe

    tapi..
    percayalah...

    Percayalah
    Kasihmu lama tersulam
    Di ruang paling dalam
    Terlalu jauh tak terselam

    ku akui
    Dugaan datang jua pergi
    Rela ku menghadapi
    Dengan harapan suci
    Doa bersemi

    ala... cam lagu siti nurhaliza nih.. hehhehe

    awalnya bangun....

    ReplyDelete