08 June 2010

aku yang blur

pagi ni aku tak tahu la apa masalahnya jadi blur pagi2. aku dah sampai depan gate opish then lupa nak bawak smoke. tak pasal2 kena lengang kangkung semula balik umah. ogie plak bantai gelak kan aku. tak simpati langsung. kalo tak de smoke boleh masuk production. tapi sat! sat! boleh la.. kalo nak bertapa, memang tak boleh maaa.

aku pun start la follow up mana2 yang patut. sebab blurrr maaa. tapi memang hari ni sepagi keje aku wat follow up jer.. hari ni rasa lambat giler masa berlalu. mata ngantok plak ni.. malam tadi tido berapa jam jerr.. pulak tu.. pagi2 aku dah start wat keje2 carpenter.

aku bengang dah dgn satu supplier nih. every two days aku keep call. janji2 palsu jerr bagi kat aku. hangin la aku. then bila aku dah bengang tahap dewa, kena minta talian hayat. 'cik adi, nak minta tolong ni', boleh cik adi cakap cam ni kat aku, 'tolong la..' 'tolong la..' hahhah pepagi wat lawak la pulak cik adi ni.

topik hangat minggu ni ialah kenduri. kenduri ni kira macam even la. even bila sampai masanya... kalo kenduri doa selamat or kenduri arwah, kira kureng meriah sikit. tapi kalo kenduri kahwin, sure meriah. tah sapa2 yang tak pernah jumpe pun, time ni la jumpe. time ni la nak tunjuk baju baru, gelang baru, rantai baru, locket baru, kete baru dan tah apa2 lagi yang baru. tapi, moral of the story dapat menghubungkan silaturrahim.

kalo tanya aku pulak.. errr baik tok sah tanya.. elok2 tak hujan.. nanti ujan. bukan boleh percaya sangat. elok2 hari cerah terang benderang pun boleh ujan. inikan pula kalo mendung2. macam kat ayer hitam hari tu.. aku tak hepi. just follow. as long as opah ok tak pening2 & muntah2 macam malam tu dan mak hepi.. tu dah cukup untuk aku. pasal aku dan diriku.. biarlah.. aku ok jer.. always ok jerr

bukan setakat jiran tetangga tapi sedara jauh dekat semuanya berkumpul. mengalahkan hari raya pulak. memang sangat2 meriah. time ni la yang tak jumpe saploh tahun pun baru jumpe. kalo setakat dialog cam ni, 'mana anak mike, sal?' memang biasa, soklan tu di tujukan untuk mak aku. masa kat ayer hitam tu pun soklan ni berkumandang 2 kali.

masa on the way balik dari ayer hitam tu, banyak aarr citer. sebab opah pun tak pening dah. cuma pening2 lalat jerr... macam2 topik ada. dari pokok getah sampai la ke ikan lampam. lepas ikan lampam sambung pulak ke pokok pandan. habis pokok pandan sambung ke pokok nangka. di sebabkan jalan jammed dari ayeh keroh yang dari dulu, kini dan selamanya tak jernih2, sampai la ke nilai.. maka banyak la topik2 yang terhangat di pasaran.

opah cakap cam ni, 'kita ni nak buat kenduri. semua pintu tutup rapat2. jangan bagi ayam sekor pun masuk. jaga elok2 sampai siap semuanya' sape tahu maknanya, sila angkat tangan. aku rasa kan.. aku ni.. tak de la blurr sangat kalo opah aku cakap bahasa2 cam ni. sebab aku boleh paham. tapi bila aku tak paham tu.. direct jerr aku tanya. tapi bukan dapat jawapan direct pun.. ayat yang lain, tapi membawa maksud yang sama.

macam ayat opah ni, 'kita ni nak buat kenduri'. ok paham nak wat kenduri. 'semua pintu tutup rapat2' dah nak wat kenduri, tapi pi tutup pintu rapat2 apa kes? ce mana orang nak datang. 'jangan bagi ayam sekor pun masuk.' dah tutup pintu, mana ada ayam nak masuk lagi.. lain la kalo pintu tu bocor.. ops.. pintu bocor ke? 'jaga elok2 sampai siap semuanya' jaga arrr... jaga.. kalo time blurr boleh la pikir cam ni...

tapi ni, kira ayat simple dari opah. kalo kena yang canggih2 aku pun lambat pickup gak. kekadang tak pickup langsung. hang. kena restart baru ok. kekadang restart pun tak leh. talian hayat pun tak leh nak pakai sangat. sebab silap2 talian hayat tu pulak kenakan aku... memang tak leh percaya lansung. sebab aku pernah kena aarr.. hampeh betul... so, moral of the story, belajar2 le memahami ayat2 canggih lagi sofisikated dari opah ruby. kelasss gitu.

'kita ni nak buat kenduri. semua pintu tutup rapat2. jangan bagi ayam sekor pun masuk. jaga elok2 sampai siap semuanya' sebenarnya opah nak bagi tahu macam ni, masa kenduri nanti, kalo ada tak puas hati kat sesapa, terlebih or terkurang.. atau sesapa yang mendatangkan masalah, diam jer.. wat tak tahu jer.. telan semuanya.. jangan keluarkan apa pun. simpan dalam hati. tapi kalo dah lepas kenduri nanti, nak cakap apa pun cakap. baru luahkan segalanya. ni la maksud sebenar opah aku. bukan senang nak jadi cucu opah aku nih, kena menguasai bahasa2 tahap dewa cenggini. yang tak de kena mengena dengan pintu rapat or tak atau ayam nak masuk ke. ada sesapa yang memenuhi skema jawapan tak? kalo tak, boleh register paper BM july.

sorry ye... tak bermaksud pun nak bagi rasa kecewa or yang sewaktu dengannya.. memang dgn nada suara tu.. bunyi lebih kurang macam tu jerr. may be tak terfikir langsung yang aku nak cakap cam tu. or dalam hati cakap.. lorrr setakat yang tu.. dah tahu dah.. tak yah bagi tahu pun tak pe.. kan kan kan. sorry ye.. tak bermaksud pun nak mengganggu minda dengan persoalan yang remeh cenggitu. tapi hanya orang tertentu jerr boleh feel cam tu dan boleh cakap cam tu. hanya insan terpilih sahaja. sorry ye...

cuma aku tak paham kenapa mahmood aku lari punya la lama.. tak semangat lagsung nak wat apa pun. dah lebih sebulan dah ni. aku pun tak tahu nak buat macam mana lagi. aku tak hepi at all. nak kata aku ada masalah, tak juge. rasanya macam tak de masalah langsung dari segi mental & fizikal. tapi why aku macam blurr jerr.. aku sendiri pun tak faham.

entah ce mana tetiba aku boleh jadi mesra alam pulak. bukan mesra alam sikit2 tapi mesra alam tahap dewa dewi. ini sumer pak cik nan nyer pasal la nih. biasanya kak norma jerr mesra alam. bila masa jangkit kat aku, aku pun kureng pasti. sesekali apa salahnya..

new song from shahir - Kebahagiaan dalam perpisahan

Tak perlu ucapkan sepatah kata
Kerna lantang terbaca dari muka
Kau dan daku sudah tiada
Keserasian di jiwa
Mungkin magisnya sudah hilang

Tak perlulah kita mencuba lagi
Betulkan kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan
Menjadi perbalahan
Manakah agaknya cinta kasih

Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar di sinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur

Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama oh semakin rekah
Menimbulkan tanya apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan

Usah titis air mata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam
Tapi hanya berdiam
Kerna cuba menafi realiti

Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama oh semakin rekah
Menimbulkan tanya apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan

Kebahagiaan dalam perpisahan








....from kekwa22 with love....

2 comments:

  1. hmmmm...rasa2 mcm dah turun kat cucu opah hat sorang ni tahap kecanggihan bahasa...susah nak paham wehh....

    ReplyDelete
  2. oowwhh yer ke?

    like opah like cucu ke?

    ReplyDelete