07 June 2010

Man - big day

hari ni, di mulakan dengan sakit perut. tatau aarr kat mana silap dia.. semalam kenduri kat ayer hitam, muo. tempat yang sebelum ni banyak kali gak aarrr dah gie.. semalam makan macam biasa lauk2 kenduri.. dan malam tadi makan kat umah pak ngah.

hasilnya ni yang aku dapat pagi ni.semalam nyer kenduri meriah la. ramai gak rombongan dari perakian ke muo. ada la dalam 10 buah kete. mak wah senyum lebo jer.. al maklum la.. nak dapat menantu sulung. wah diorang nanti dapat kak yong aarrr... yeop man dah kahwin dgn yong husna kalo kome nak tahu.

aku memang close dgn man sejak kecik2 lagi. geng berkubang dalam sungai. pastu, man panjat pokok rambutan, aku tukang kutip kat bawah. becoz aku tak panjat pokok sejak kecik lagi. gayat meehh.. hanya angah jerr yang terrer bab2 panjat ni.

man masa time skolah2 dulu malas gie skolah. kalo orang gi skolah 5 hari seminggu, tapi dia 4 hari jer... bukan man jerr.. anak2 mak wah memang malas gie skolah. hahaha.. macam la anak2 mak aku ni rajin sangat. tapi anak2 mak aku ni masing2 suke bertapa kat skolah. kalo boleh, tanak balik umah. hahhaha..

aku ingat lagi opah punya la marah giler kat wahid, adik man arr.. sebab tanak gie skolah. opah ikat wahid dekat pokok rambutan yang ada kerengga sikit2. hahhaha... sebab tanak gie skolah. macam kejam jerr.. kira2 macam opah tiri gitu. tapi nak wat ce mana... dah tanak gie skolah.. tu pun masih malas nak gie skolah. kalo cakap balik kat wahid, dia gelak giler.. tapi tu la pengajarannya.

aku rasa kalo opah tak wat cam tu, wahid may be tak keje kat upm sekarang ni. so, wahid pls thanks to opah becoz jasa2nya mengikat dipokok rambutan yang ada kerengga. kalo opah orang lain, confirm tak buat cam nih.

tu, citer pasal wahid. yang si maria punya hal pulak.. best student kat kenering. kat mrsm lenggong, 10A time spm. tapi masa 3 sem di upm, cabut. bukan fail, tapi tanak belajo. sebab munasababnya tak di ketahui oleh sesiapa. sampaikan semua orang tak tahu nak cakap apa dah.. last2 keje seopish dgn aku.

kalo citer pasal sham pulak.. yang hari sekolahnya cuma 3 hari seminggu jer.. lagi la macam2 citer. sampaikan cikgu datang ke rumah pujuk supaya gie skolah. tu pun tak jalan lagi.. tapi opah tak de la pulak membuat pendekatan yang sama ngan wahid. skrang ni sham belajo kat lumut. baru dua sem kot. kolej apa aku pun kureng pasti.

ni pasangan yang di kenal pasti semalam. ni saat2 yeop man ketaq lutut & ketaq segala. hahhaha... muke cam apa jerr lagi.. tak control macho betul. walau apa pun, cayalah.. dengan sekali lafaz jer.. status yeop man dah bertuko... semoga rumah tangga yang di bina diberkati dan diredhai Allah SWT & berkekalan hingga ke akhir hayat.yang berdua ni.. always dok control macho. mengalahkan pompuan diorang nyer bersiap. maklom lah dok kontrol jambul. orang dulu2 jambul di depan.. tapi sekarang ni.. jambul di belakang la pulak. imran cakap, rambut macam bontot itik jer... time tu, aku tak leh cover langsung nak gelak.. becoz, dan dan tu aku imagine bontot itik yang arwah opah bela zaman aku kecik2 dulu. hahhahaha.... tak pe tak pe.. nak kata apa pun tak pe sebab adik dia. trend ma.. ala2 pelakon korea gitu...

lepas majlis akad nikah, kitaorang gie umah pengantin untuk makan2. masa tu dah 11am ++. sebabnya kalo nak tunggu majlis bersanding.. pukul 2pm. lama giler.. that why la makan dulu. kira macam bfast la nih. ni rezeki aku
ni, tengah praktis, mana la tau kot kot esok2 nak jadi mak andam ke.
agak2 la kan sape yang posing habis, pengantin ke.. pengapit pengantinni plak, pengantin tengah tengok orang bersilat nihbersilat tengah2 panas. tapi ok la daripada bersilat dalam hujan..bersilat dengan tahap keseriusan yang melampau.
yeop man punya la siyes.. pengapit dia pulak yang senyum2 kambing. nak kata senyum tak de la senyum lebo sangat. nak kata tak senyum, tapi senyum gak la... senyum yang tak berapa nak menjadi. sebab tu di panggil senyum kambing.

masa pengantin makan beradap tu.. tak pasal2 aku ngan wahid kena join. orang lain sumer tak nak.. pak ngah & mak ngah serta mak aku, siyes jer... aku ngan wahid wat acara sendiri. poyo giler... ni aktiviti wajib, mengalahkan pengantin la pulak..
ni aarr yang terhidang kat depan kami berdua.
rendang daging
puyuh goreng berempah.
hati goreng.
telur burung puyuh.
ni pulak siakap sambal.

tapi aku cuma makan, yang ni jerr... sebab tu mula2 aku tanak makan sekali dgn pengantin nih.. wat rugi jerr. lagi pun pagi tadi dah makan.nak wat ce mana.. kena control aarr.. bukan takut gemok tapi takut sakit perut. aku ni, bukan boleh sangat. sat lagi kalo dah sakit, sape nak drive balik kl. cerr cakap sikit.

malas nya malam2 nak drive jejauh... tak tau la ni.. nak sampai kl semula pukul berapa.. mujur ogie nak teman.






....from kekwa22 with love....

1 comment:

  1. wahh..man sekali harong jer lepas....kena prektis selalu mcm ni..nak gak sekali harong terus lepas......

    ReplyDelete