pagi ni mendung2 jer.. tak berapa ramai pun orang kat tasik hari ni.. walaupun hari ni ada larian amal. tapi kalo esok aku rasa.. memang la ramai sebab ada pertandingan mancing. aku plan ngan kak norma esok tak datang tasik.
balik dari tasik singgah beli air. ni ha.. jeng jeng jeng... teh ais.
masa cakap kat orang yang buat tu.. aku bagi tahu nak teh ais kurang ais.. ermm dia sengih jer... betul apa.. tak de la sejuk sangat. sebab bajet air ni share berdua.. mana boleh habis sorang banyak cam nih.. nak bagi kembong perut apa.. masa nak bagi teh ais kat aku, brother tu cakap, nah teh ais kaw.. rasa dia.. perrgghhh memang kaw. cukup rasa semua.. kak norma pun sependapat.. memang best. harga.. RM1.50. ok la kan.. mengikut standard piawaian dan dapat di terima akal.. dengan rasa yang memang kaw..
then perjalanan di teruskan gie melawati. pasar tani arr apa lagi.. seperti biasa, sebelum kuar dari kete, kak norma akan tanya aku.. jom plan nak beli apa. ni memang soklan wajib dia kalo sampai melawati. dan jawapan wajib aku adalah, malas nak plan apa2 kalo ada yang menarik, rembat jer... hahaha.. jawapan tak memenuhi skema. sebab all the time plan lain jadik lain. malas dah nak plan apa2. hantam sajalah..
konon nak cari ikan terubuk.. tapi tak jumpe sekor pun. last week banyak.. sumer orang yang jual ikan ada jual ikan terubuk. tapi hari ni.. tak de langsung.
lepas borong ikan.. mula merayau cari daun2. hari ni dengan selambanya aku menginterview akak2 dan abang2 yang jual kat situ.. mengenai tumbuh2an yang di jual.. yerr la.. tak salah kan tanya.. tak de la bodoh sombong... mujur la diorang layan aku.. hehehe.. dapat la ilmu kan kan kan
ok jom tengok apa yang aku tanya.. mula2 aku tanya kak norma. dia pun tatau.. so, kena la tanya yang menjual tu.. mujur akak tu layan.. thanks ye.. akak sebab menjawab soklan2 aku yang poyo nih..
kalo tahu bunga apa ni.. memang bagus.. ni la bunga pokok turi. akak tu jual sepinggan 2 henget. tak de la aku nak amik gambo time tu.. nampak poyo la pulak.. so, ni aku tanya pak cik google la nih. nampak bunga.. cam ni kan.. aku pun tanya la.. nak masak apa.. bunga nih.. aku dok imagine.. apa la rasa kalo bunga raya wat masak lemak putih. hahhahaha... rasa tak sampai hati nak masak apatah lagi nak makan.. errmm akak tu cakap.. bunga ni celur2 jerr wat pecal. ooooooo
ni pulak daun dia.
ni daun turi. ni aku dah tahu dah sebab kak norma ajar aku makan daun ni. wat masak lemak putih ngan udang.
ni pulak apa dia..??ni bukan pokok misai kucing. tapi pokok kemangi. ni yang menjawab soklan aku.. brother yang dok sebelah aku tu.. dia pun dok pegang2 gak pokok ni.. cam biasa aku akan tanya nak masak apa daun ni.. brother tu bagi tahu.. wat ulam.. oooooooooo
ni pokok apa & daun apa? ni daun pokok jambu air. ni tak payah tanya pun aku tau. kat umah mak ada, umah opah ada dan depan umah aku ni punya la beso pokok dia.. tak tahu.. tapi still tanya.. lagik.. akak ni jual seikat singit. aku pelik aarr nak wat apa daun jambu air nih.. cam biasa soklan wajib aku tanya nak masak apa daun nih.. akak tu cakap wat masak lemak ke.. wat rebus2 sebagai ulam ke.. aku punya la tahan gelak.. nanti kecik ati plak akak tu.. sebab.. tah aarrr aku bajet just wat cam daun limau purut ke.. nak bau2 jerr ke.. tapi wat masak lemak putih.. hish..
nak tau aku imagine apa.. dan dan tu? kalo aku kutip daun ni.. then cakap kat mak nak buat masak lemak putih.. mesti mak cakap cam ni, 'kambing pun dah tak makan daun ni, org pulak nak makan' hahahhaha. tu aku bajet kalo mak. kalo opah plak.. dia akan cakap ... 'masa zaman jepun dulu pun pah tak makan daun nih, makan buah je'... hehehehe. ni aku jerr yang bajet skema jawapan dia.. aku tatau aarr orang kl pulak yang makan daun nih... kalo sesapa nak makan.. meh amik jerr depan umah ni.. zahari pun tak kesah.. 1st time weeii ada orang makan daun jambu air.. selama ni bajet ulat ngan kambing jer.. new info.
kak norma beli nipucuk tenggek burung. lima poseng. banyak kan.. kalo kat paso keramat.. jangan harap la dapat lima poseng. silap2 singit lima poseng.
tengok nih bayam.. best giler.. gemok2. kaya ngan zat besi. cerr teka banyak nih bayam harga berapa?
singgit dooww.. banyak giler.. boleh wat goreng 2 kali. jom jom tengok daunnya yang montel2. hahhaa..
then bila aku tengok pucuk keledek.. nak angkat la satu.. punya la best pucuk dia.. err ni ogie la ajo makan pucuk keledek. kalo tak memang tak de nya nak makan. walaupun mak banyak tanam kat batas bendang once upon a time ago. hehehe.. masa nak angkat tu.. dah kena tahan ngan kak norma.. dia cakap ni beli banyak2 sape nak makan? hahhaha che norma tiru ayat aku. biasanya ayat tu aku tujukan khas untuk dia.
aku beli nih.. pisang muda. cerr teka berapa harganya...
nam posen. cam tak caye jer.. tapi tu la hakikatnya.. bukan nak beli banyak2 pun.. setakat makan sekali dah cukup. lagi pun berdua jer.. ogie balik kampong.
balik dari melawati gie jenjalan ke kebun pak cik nan sebab nak amik daun pisang wat bako ikan. bila dah ada pakcik nan.. erm macam2 la citer.. then aku nampak pokok kacang tanah.. weeii best aarr pokok kacang tanah.. dulu masa dah dekat2 nak spm dah tak melompat kat padang.. petang2 aku tanam pokok kacang tanah tepi parit sebelah jalan. best ooo... bila cabut tengok kacang yang montel2 memang best.. ala.. dua bulan lebih dah boleh cabut..
kedai dobi buka lambat aarr.. setel sumer dah dekat pukul doblas. masa untuk masak2.
ni menu for lunch hari nih.
nama dia gulai pisang dengan ikan bilis. lama tu tak masak, gulai pisang. kalo makan kat depan tu, dia masak ngan kulit2 luar pisang lagi.. nak bagi banyak kot.. tapi aku tak de la sampai macam tu.. sebab monyet nak makan pisang pun buang kulit.. wakakkaa
bahannya..
sesikat pisang kapas berharga nam posen
2cm kunyit
sejemput ikan bilis yang di siang bersih
1.5 cawan santan segar
2 cawan air (untuk merebus pisang)
2 biji bawang
cili secukup rasa
garam secukup rasa
kekdahnya
buang kulit luar pisang dan potong menyerong. buat la ce mana pun asalkan cili, garam, bawang & kunyit menjadi hancur. hehhe..rebus pisang bersama dengan air. buih2 putih yang naik kat atas tu, sila buang okeh!. kalo tak buang nanti rasa kelat. rebus sampai pisang jadi lembut, pastikan air rebusan tadi tinggal sedikit jer.. masukkan ikan bilis dan bahan2 yang dah di hancurkan tadi. biarkan sampai mendidih. masukkan santan. lepas sekali didih tutup api.. tapi periuk jangan tutup atau tutup separuh jer..
ni plak daun pegaga. wat ulam. yang ni beli last week. see, fresh kan daun dia.. tak layu langsung.
apa resianya daun masih segar? cee wah... resianya... simpan dalam plastic ni. plastik ni boleh re-use. berbaloi beli. sayur2 daun atau kekacang.. ape2 jerr la.. akan tahan kalo simpan kat vege storage sampai 2 week. tak layu. tapi kalo lebih dari tu.. aku tak jamin.. basuh dulu sayo, tos kan dan masukkan dalam plastik nih. bukan sayo jer.. ikan, ayam daging kalo simpan dalam plastic ni.. kesegaran terjamin. tapi kalo ikan or ayam balik dari paso terus je.. tuko beg plastic dan simpan. nak masak, lepas defrost baru basuh2. hehehe wahh wat promotion pulak.. tak perr.. sharing is caring..
ni pulak ikan cencaru bako sumbat sambal. ni.. semasa masih dalam selimut. malu2 gitu..
yang ni pulak bila dah tak berapa nak malu. hehhee
bahannya..
ikan cencaru di basuh bersih dan di belah belakang
4 biji cili
1 ulas bawang
1cm kunyit
2 sudu air perahan asam jawa
daun pisang
1 sudu butter
garam secukup rasa
kekdahnya
cili, bawang dan kunyit di tumbuk halus, jangan bagi nampak biji okeh! masukkan perahan air asam jawa. sumbat semua di belakang ikan cencaru. bungkus dengan daun pisang. dgn api yang paling kecil, panaskan kuali, letak butter dan ikan. tutup rapat. angkat ikan bila dah masak. senang jerr kan...
ni pulak
tauhu goreng cicah dengan sambal kicap.
bahannya
tauhu di potong suke ati
cili secukup rasa
kicap secukupnya
2 ulas bawang putih
kekdahnya
goreng tauhu. tumbuk cili dan bawang putih hingga lumat. masukkan ke dalam kicap. sedia untuk di cicah. hehhe..
yang nak makan 2 orang jer... kak norma tambah nasi 2 kali. hehe.. dia cakap 'kena dgn gu' then dia cakap.. boleh mati kalo makan macam ni hari2.. hahha.. moral of the story, masak sendiri lebih best dari yang orang masak.. sebab masak sendiri.. keikhlasan yang datang dari hati tu.. menambah perisa setiap masakan... walau pun tak masak canggih2 tapi still heaven. dok pikir gak.. bila la aku nak reti masak yang canggih2. kalo aku reti kan best.. wahh mula dah berangan..
kenyang perut, suke hati... apa lagi.. sambil baca2 terlelap la pulak.. azan asar baru bangun.. tak de la lama sangat tido kot.. dalam sejam gitu.. then angkat jemuran sebab nak ujan then dok minum2 kat dapo. sambil layan blues kak norma join. dia pun lena jugak rupanya. patut la sunyi.
kak norma cakap macam nih.. 'kalo wat pengat2 ni.. sedap ni' dia wat dah... aku malas layan.. 5 minit lepas tu dia cakap lagi.. 'kalo masak pulut makan dgn durian sedap ni..' tak lama lepas tu dia cakap.. 'kalo makan laksa time2 ni, sedap gak nih' aku just cakap balik apa yang dia cakap tengah hari tadi.. 'akak ni, boleh mati kalo makan cam ni. tak leh aarr dok umah.. pi kerja aar.. baru tak pikir bab makan..' sebabnya kalo melayan ni.. menjadi. sebab semuanya boleh di usahan tanpa was was.. hahhaa.. kesian che norma.. aku tak layan.. elok arr ujan2 ni jadi beruang kutub.
ni, menu untuk malam ni..
japanese kailan with oyster sauce. no more nasi okeh!
bahannya..
japanese kailan secukupnya
2 cawan air untuk rebusan
2 sudu olive oil
5 sudu oyster sauce
2 biji cili di potong nipis2
1 sudu olive oil utk menumis
2 ulas bawang putih di kisar halus
kekdahnya
panaskan air hingga mendidih. masukkan 2 sudu olive oil. olive oil ni sajerr jer nak bagi kailan nampak berkilat dan cantik. err penting tu.. kalo tak de olive oil, minyak masak biasa pun ok. tak letak pun tak pe.. biarkan mendidih. masukkan japanese kailan dan tutup api. biarkan dalam 5 minit. tutup periuk. panaskan kuali, masukkan olive oil dan bawang putih. bila dah naik bau, masukkan oyster sauce dan air rebusan sayo tadi dalam satu setengah cawan. kacau hingga pekat dan mendidih. masukan cili. toskan japanese kailan dan siram kuah. setel.
Pelangi Petang - Sudirman
Ku meniti awan yang kelabu
Ku tempuhi lorong yang berliku
Mencari sinar yang menerangi
Kegelapanku
Ku percaya pasti suatu masa
Sang suria kan menyinar jua
Membawa harapan yang menggunung
Bersamanya…
Engkau tiba bagaikan pelangi
Tak bercahya namun kau berseri
Tapi cukup menghiburkan
Hati ini
Seharian waktu bersamamu
Tak terasa saat yang berlalu
Bagai pelangi petang kau kan pasti
Pergi jua…
sedih aarr... pesal dengan aku ni.. errr mata masuk habuk aarr.. pelik arr baru lepas vacum pun masih ada habuk..
Engkau tiba bagaikan pelangi
Tak bercahya namun kau berseri
Tapi cukup menghiburkan
Hati ini
Tak terasa saat yang berlalu
Bagai pelangi petang kau kan pasti
Pergi jua…
....from kekwa22 with love....