02 July 2010

durian oh durian

Standard aku, kalo hari2 bekerja, 7.50am ke atas baru nak masuk bilik air air. Sama gak aarr macam pagi ni dan hari2 sebelum2 tu... dalam bilik air aku berbau buah durian. Dalam sumbat2 hidung pepagi ni berbau durian. Pelik la pulak.. tahu la teringin nak makan durian, tapi tak kan baunya sampai melekat kat idung.. pelik2

semalam tak de sape yang membeli buah durian. Ogie nak beli durian? Jangan harap. Kak norma plak balik keje.. dah tak kuar gie mana2 dah. Aku pun mana ada kuar semalam beli durian… pelik weeehh. bau durian masih semerbak. Adooii.. aku tau la.. kenapa ngan aku ni.. kira ngidam tahap dewa, takkan la bau sampai terlekat dalam kepala.. kalo sampai dah terbau2 cam ni.. memang parah weehhh.. balik keje ni.. kena pi carik gak ni.. parah weeehh...

masa aku turun jerk at dapo, ni pemandangan yang aku nampak.Ceesssss.... no wonder la aku berbau durian. Bukan sebab mengidam ke apa ke.. Wahh best ni.. tak yah bawak jimmy gie cari durian dah.. rezeki jangan di tolak..

Bukan durian jer.. tapi termasuk dengan buah ni.. yang ni pulak, sebakul rambutan. punya la banyak.. tapi masa ita datang tadi, dah kasi satu beg kat dia. memang banyak betul stock buah2an kat umah aku this week. tak yah memborong lagi. sebenarnya yang last week pun dok ada lagi..

masalah kat umah ni, satu jer.. buah2 walaupun limau.. kalo aku tak potong, tak de sape nak potong & of coz la tak de sape yang makan.. kekadang sampai busuk2.. kak norma rajin membeli dan di ikuti dengan pak ndak. hahhaha. bukan bajet aku ni rajin nak serve ke apa.. tapi dah tabiaat cam tu.. sampaikan masa mak aku datang ari tu, kak norma cakap kat my mum 'mak cik.. buah kat umah ni, kalo ina tak potong atau kupas.. terbiar macam tu la.. kalo dia dah potong, kami pakat2 makan' mak aku sengih jer.. tak tau apa reaksi dia. tapi time tu aku tengah potong buah limau.

di ikuti dengan this terung.. terung ni.. dari specis yang baru. tah apa tah.. lupa dah tadi kak norma ada bagi tahu.. aku tak kisah jenis apa n spesis apa.. janji itu adalah terung, rupa macam terung dan bila makan, rasa macam terung. kan kan kan

pastu malam ni.. kak norma wat lawak pasal terung. terung susu kambing. 1st time aku dengar.. pastu tanya la.. dia.. ce mana rupa terung susu kambing... aku ingat kak norma wat lawak.. sebab biasa la.. kekadang bukan boleh bajet pun perkataan kak noma tu.. dia tu macam2.. tapi dia memang confident dgn terung susu kambing tu.. then aku pun tanya la pak cik google.. ni ha.. jawapannya..rupa pun cam kiut jerr...

Tengkiu banyak2 pak ndak. Wat susah2 jerr.. lenkali bagi lagi tau.. banyak2 pun tak per… kitaorang akan terima dengan pintu yang terbuka..

Teringat la pulak yang kat umah opah. Sape la yang mengerjakan buah2 semua tu.. mana ada sape kat kampong. Sure penat tupai, kera2 serta musang2 nak menghabiskan buah2 rambutan, dukong, durian dan tah apa2 lagi yang ada dikeliling umah opah. Wat jeles aku jerr

Satu lagi kes yang tak masuk akal bila kunci umah aku missing an action. Puas aku cari tapi tak jumpe. Mujur ogie lom gie keje.. kalo tak.. naya den. Kena ada yang tolong resQ. Petang semalam masa time2 maghrib tu, Emran datang umah sebab nak godek sket PC aku, aku buke pintu. Pastu masa Emran balik aku lock jerr mangga.Pagi tadi mula la tercari2. Siyes, tak ingat kat mana aku letak. Cari punya cari, maka terjumpa lah kunci tu. Elok jerr kunci umah berada di luar umah. Depan pintu. @*&%$*@#$ speechless tahap gaban. Ni aarr 1st time. Tak pernah2 seumo hidup aku tinggal kunci umah kat luar umah. Depan pintu plak tu.. elok jer kunci tu dok tang ni.... eerr sila abaikan decoration kat kete tu.. itu adalah hasil nukilan kucing tah sapa2. tiap2 malam porch umah aku memang terang benderang. macam nak suruh sesapa masuk je.. elok sangat la parking kunci umah kat situ...

masa break kul sepluh, idris kol aku suruh naik atas makan. dia buat pengat durian. wah wah.. best2. dua biji buah durian masuk perut aku. dua bijik pulak.. dua ulas maaa.. gile apa sampai dua bijik makan pepagi.. durian lagi.. sebelum makan tu aku tanya idris.. 'ni masak bila? rajinnya bangun pagi2 masak'. mujur tak kena cepuk laju2 dengan idris. hahhaa.. banyak songeh pulak.. dah orang jemput makan, kira orait la..

aku pelik la.. why my nose keep blocking aaarr.. almost everyday. tak paham. tak paham. tapi memang dah tak ada apa2 dah kat idung idung ni.. pesal tetiba pepagi block plak dah ni... aiissseeyy... pastu selsema.

balik keje, angah terus datang umah aku. aku bajet dia bosan aarr dok umah dia.. petang tadi, ita bagi tahu nak datang umah malam ni... nak gie makan sesama. ita nak amik air sarsi sama kat umah pak cik nan. ni, ita datang umah aku sebab nak amik baju yang aku jahit. esok dia nak pakai.. petang tadi bertungkus lumus aku menyiapkan sepasang baju kurung untuk ita..

angah join gak makan kat langgaq. dia cakap bosan aarr dok umah.. lepas balik dari langgaq, kak norma ajak makan durian. ni dia.. woooo best tu.. sedap weehh
ni durian jenis 101. pak ndak tanam kat kebun dia. manis & lemak berkrim. ogie yang tak makan durian tu pun terpesona.. siap boleh makan lagi... memang best.. tapi tak leh makan banyak aarr becoz baru jerr lepas makan moi sup kat langgaq. tak per.. esok boleh sambung..






....from kekwa22 with love....

No comments:

Post a Comment