25 July 2010

ok jerr

pagi ni bangun pagi jerr terus wat aktiviti masak. mula2 buat muffin coklat.
ni my muffin yang gebu serta coklat chip yang melt.
Bahannya..
  • 2 biji telur
  • 50g coklat chip
  • 80g butter
  • 15g serbuk koko- ayak
  • 2/3 sudu kecil baking powder- ayak
  • 70g gula aising
  • 100g tepung naik sendiri - ayak
kekdahnya
  1. Masukkan telur & gula. pukul hingga kembang.
  2. Kemudian masukkan bahan-bahan yang diayak. Kacau.
  3. Masukkan butter. Kacau sampai sebati
  4. Masukkan coklat chip dan kacau.
  5. Isikan adunan ke dalam cup muffin. 1/4 penuh.
  6. Bakar dalam oven dengan suhu 180C sehingga masak
aku kureng berminat dgn muffin yang melimpah2 that why letak 1/4. kalo yang suke muffin sampai melimpah2 tu.. masukkan 2/3 dalam cup muffin. nanti dia akan melimpah...

then sambung ngan masak ni..
asam pedas keladi. perrgghh lama gilr tak masak sendiri asam pedas keladi. biasanya siap order ngan mak jerr.. tapi bila mak jauh.. kena la wat sendiri.. huhuhhu..

bahannya..
  1. ubi keladi dan batang keladi yang siap di bersihkan.
  2. cili kering di kisar secukupnya
  3. 1cm belacan
  4. 2 biji bawang besar di tumbuk kasar
  5. 3 ranting daun kesum
  6. garam secukup rasa
  7. 2 cawan air untuk kuah.
kekdahnya
rebus ubi keladi dan batang keladi hingga lembut. buang air rebusan. masukkan cili, belacan, bawang, daun kesum dan air kedalam periuk, masukkan keladi serta batang. tambah garam secukup rasa.

ni pulak pengat keladi. becoz nak habiskan keladi pak ndak kasi tu lemak bercream. seswai untuk menambahkan kolestrol. hehhee

bahannya;
2 ketul ubi keladi saiz sederhana di potong dadu dan di rebus hingga gebu
3 sudu besar sagu
2 cawan santan pekat
2 helai daun pandan
1 ketul gula kabung
1 cawan air
gula pasir secukup rasa
secubit garam

kekdahnya..
masukkan gula kabung ke dalam air dan panaskan hingga gula kabung cair. masukkan sagu, ubi keladi, gula pasir dan garam sekupnya. bial dah mendidih.. tuang santan. sekali didih jerr terus matikan api..

siap masak sesemuani.. dan kemas.. aku siap nak gi kenduri kat bangi. tapau sikit apa yang aku masak ni ke umah pak ngah. sebelum gie bangi, aku singgah umah pak ngah sebab nak hantar adik kesana.. then baru teruskan perjalanan ke golf club & resort sempena meraikan majlis perkahwinan awang abu hanifa. dulu dia ni our trainee masa aku kat mechanical department.

masa kat bangi tadi.. aku lalu kat petronas. ingat tak malam tu? tetiba jerr aku boleh muncul kat bangi.. 1st time... then hujan lebat. sangat2 lebat. sampai susah nak drive sebab tak berapa nampak. hope tak lupa...

pesal sedih ni... lambat betul menaip bila mata masuk habuk nih...

lepas balik dari bangi.. aku gi soping.. ni hasilnya... hasil menghabiskan duit.. bila la gaji nak masuk nih... kalo ada sesapa nak sponser ok gak nih.. hahhaha

ni.. aku beli untuk my racket. sajerr jerr nak gantikan tali baru. padahal tali yang dok ada sekarang masih ok. tak ada cacat cela. cuma rasa berat. tapi kalo lelaki dah ok dah..... sebab tali size 0.7. yang ni aku tuko 0.63. masalah satu lagi masa nak suruh pasangkan tali nanti. orang yang nak pasang tu akan kata.. tali ni.. elok lagi.. masih tegang.. tak pe.. susah2 nanti putuskan jerr .. hahhahaha

biasa orang akan guna yonex for badminton but i like gosen. same as abang kerol.

ni yang aku dok cari beberapa bulan kebelakangan ni.. kasut yang lama pun dah nak terbarai... akhirnya pencarianku berakhir.

ni bila dah bukak kotak..
kasut baru.. lalallalalapuas aku cari kasut yang saiz dengan aku.. akhirnya berjumpa... ok.. kuiz malam ni.. kasut ni saiz berapa? 5? salah!. 4? salah! 3? salah! abis tu? 2? lagi salah. saiz 3.5 hehheh.. ladies size ada jerr.. jumpe jugak la.. akhirnya... jangan dok gelak okeh.. bukan kasut kanak2 taw.. tapi ladies punya... ok la kan.... kasut yang dok ada sekarang pun beli 10 tahun yang lepas... memang berbaloi.. nak terbarai sekarang ni... dah sampai masanya.. kalo aku larat.. aku rasmikan on Wednesday ni.. kalo tak larat.. makan ubat & tido...

lama betul tak beli buku kan.. ni yang aku borong aku rasa, aku ada 2 buah dah buku mengenai aishah r.a

then buku nih

entah la.. jiwa kacau.. aku tak hepi pun.. just luaran jerr nampak hepi.. tapi dalam jiwa ni.. nangis tak berhenti2

Tak lelah - Anuar Zain

Tak lelah
Kau beri sgalanya
'Tuk yakinkan ku
Kau sayang pada ku
Hingga kau
Taklukkan diriku
Membuat ku tersedar
Ku t'lah merasakan sesuatu

Di saat ku mulai sayang
Di saat ku mulai cinta
Kau yang hilangkan rasa untukku

Sedih yang mesti ku pendam
Rasa yang menjadi hampa
Ku jalani semua
Walau cinta kini tak berarah

Kau pergi tak beralasan
Tak seperti yang ku pinta
Ku menunggu tiba waktu kau ucapkan
Kau sayang padaku



aku tak tau apa bestnya n3 semalam sampai boleh baca doploh lima kali. aku baca balik tadi.. tapi apa yang aku dapat.. sedih ada lah.. :( berjurai2 air mata kuar.. entah sedih aarr.. memang sesungguhnya aku rasa seperti orang terbuang.. dah tak de sape nak sayang.. tak aarrrr... nak wat ce mana kannn..

to sumone, thanks yerr.. sebab sudi luangkan masa dan dengar apa yang aku nak cakap. rasanya sungguh tak seswai dengan apa yang aku cakap. tapi aku hanya mahu jujur pada diri sendiri.. so, dah tahu dah kan...terpulang la.. aku tanak paksa sesiapa..

i have nothing.

seriusly i'm not hepi at all. ujan ni.. bila la akan berakhir... sedih aarrr... sangat2. makin menjadi2 pulak.. lebat betul hujan kat luar umah ni.. sama lebat macam kat dalam. just biarkan aku macam ni... its ok.. becoz aku ok jerr.. alwaysss






....from kekwa22 with love....

3 comments:

  1. "berbunga cinta aisyah di hati rasulullah" is a good book too..
    get it from link below :

    http://pts.com.my/index.php/buku/berbunga-cinta-aisyah-di-hati-rasulullah/

    ReplyDelete
  2. errmm..

    terima kasih ya.. di atas info.

    kekwa dah tengok dah.. macam best jerr

    ReplyDelete
  3. memang best pun... tulisan Dr Zamri @ www.drcinta.com

    ReplyDelete