22 August 2010

hari ini dalam sejarah

penat aarr hari ni... tak keje pun penat gak kan? sebab keje2 kat umah pun banyak.. tambahan pula malan tadi tido berapa jam jerrr.. pukul 2am masih lagi terkebil2. mata tanak lelap.. pagi tadi 630am dah bangun.

hari ni boleh wat catatan hari ini dalam sejarah. sebabnya for the 1st time aku gunting kain 4meter mengambil masa hampir 4 jam. lama weeiii.. kalo balik umah mak, dah sampai tu... bukan nya gunting sambil mengular kemana2 atau tido ke, apa ke... tapi wat keje dengan penuh penghayatan.. lama giler.. sampai pening2 kepala den ni ha... memang menguji kesabaran betul. sape kata senang nak gunting kain? tu lom masuk nak jahit lagi... wawawawa.. sesapa yang nak jadi Cinderella meh aahhh... esok pagi aku bangun tido.. dah siap sumer...

then aku siap la kemas2 balik bilik aku yang tersangat la kecah2 dengan segala perca kain warna warni... bersepah2 benang.. lagi bertambah pening.. siap jer vacum sumer... azan zohor berkumandang... aarrgghh lama betul mengadap mende alah ni.. lapang sikit deria mata aku nih... kalo tadi, semak giler.. kalo aku wat keje2 kat hall, lagi la letih kena kemas sebab hall beso. so, moral of the story, wat kecah2 di tempat lebih kecik, senang sikit nak kemas...

dalam 4pm baru terhegeh2 g jj membeli barang2 yang nak di masak sempena berbuke nanti. ramai aarr orang.. semuanya ngan aktiviti masing2...

hari ni.. tah ce mana kejap jerr siap masak.. may be sebab tersangatlah simplenya menu hari ni. lepas masak2 aku tengok2 halaman umah.. siram2 pokok mana yang patut.

ni antara pokok2 yang ada kat depan umah no 25

pokok pandan yang subur.

pokok serai yang baru nak idup

pokok kunyit yang tak sempat nak subur sebab selalu kena kidnap daun dia.

ni pulak pokok karipule. dulu masa kecik2 aku tak reti sebut karipule... aku sebut karikole. hehhehe

ni pulak pokok cekur a.k.a kencur.. yang ni che norma baru jerr alihkan tengah2 hari tadi... semangat dia datang... so, jangan cakap apa2.. tengok jer... hehehhe. ni kira kali ketiga berpindah tempat.

ni pulak pokok betik hari tu...

ni pulak pokok kesum... selalu jerr kena rembat daun dia.. sebab malas nak gie kebun pak cik nan...

yang ni baru jerr tanam...
pokok kacang tanah... baru nak hidup..

yang ni.. baru che norma tanam tadi
di sebabkan dia tanam tengah2 hari maka cepat jerr berbuah.. dah ada buah yang masak... moral of the story, kalo nak tanam pokok, biar tengah2 hari.. nanti cepat berbuah.. wakkaka..

banyak kan tanam tanaman kat umah kitaorang.. menjadi kebun kitaorang nih... hehhehe

ni our menu berbuka petang tadi.
masak lemak pisang dengan ikan masin

yang ni pulak, telur dadar tak sengaja nama dia. hhahaa
sebabnya aku pun tak tau sebab apa aku boleh pecahkan telur. mujur sebiji jer.. mamai kot hahhaah... bila dah pecah tu.. aku tatau nak wat apa.. last2 aku campurkan 1 sudu mayonnaise, kuchai 3 pokok di potong kasar, 1/2 ulas bawang di potong dadu, 1/2 biji carrot di rincik, sebiji cili di potong nipis dan sedikit garam. so, cam ni la jadinya...

ikan goreng

yang ni, bun sardin.
merasmikan loyang yang my mum bagi..

best oo roti ni.. gebu & sedap.

bahannya
inti
1 tin sardin kecik di hancurkan
1 biji bawang di potong dadu
1/2 sudu besar cili kisar
garam secukup rasa
minyak untuk menumis

kekdahnya
tumis bawang hingga layu, masukkan cili. biarkan hingga garing. masukkan sardin dan gara,. masak hingga kering. sejukkan

bahan untuk bun
200g tepung roti*
1 sudu vegetable shortening*
1 sudu besar serbuk yeast kering*
1 sudu kecil bread improver*
2 sudu besar susu tepung*
1 sudu besar icing sugar*
1 biji telur di pukul ringan*
5 sudu air
1/2 sudu garam
sedikit mentega untuk sapuan

kekdahnya
larutkan yest dgn air. campurkan semua bahan bertanda *. uli hingga lembut dan kenyal. biar kan doh naik selama 1 jam. tutup dengan tisu lembab. uli semula doh. masukkan garam. uli hingga sebati dan kenyal. bahagikan adunan kepada 5 bahagian. cam aku buat tu... masukkan inti di tengah2 doh. masukkan ke dalam loyang yang telah di griskan. biar doh selama 1 jam. tutup dengan tisu lembab. kalo tak doh akan kering. sapukan mentega di atasnya.. dan bako dalam oven 150*C selama 20 minit atau hingga masak. sapu sekali lagi dengan mentega keatas permukaan roti.. maka.. hasillah roti gebu cam nih

yang ni, masa ogie kuar dia pi beli
termasuk juga yang nih
malam ni.. jumpe mak cik siti. semalam dia tak datang. diba, cucu mak cik siti tetiba demam. that why la..

malam ni menu kat masjid mee goreng, kuih keria dan murtabak. aku tengok jer.. sebab kenyang aarr... rasanya hari ni aku banyak minum air jerr...

aarrgghh tirednya.. esok dah masuk opis... kalo cuti lagi kan best.. tak sabo dah nak cuti panjang...




....from kekwa22 with love....

4 comments:

  1. 4 jam...huhuhuh...cian kekwa....

    ReplyDelete
  2. tak perr...

    wat rekod sesekali...

    ReplyDelete
  3. waarrgghh sedapnyeeee foood!! terliur lagi skali even tho perut dah penuh makan dinner ni tadi.

    daun cekur tu utk apa ye?sedap tak?

    ReplyDelete
  4. jom jom kita dinner second round

    daun cekur tu, daun orang wat ulam jer.. kalo ubi di sbg bahan masakan. tp kekwa tak pernah mencuba. sama ada wat ulam atau pun bahan2 dalam masakan..

    ReplyDelete