23 August 2010

nasi minyak untuk aku....

pagi2 lagi dah ada orang berangin ngan aku.. dan aku pun gaya2 nak berangin gak.. kalo awal2 pagi dah wat pasai memang la spoil. tapi kalo ingat2 balik kelakar la pulak. siap hentak2 kaki tu.. hahhaha...

pasalnya aku suruh repair radio morocco, dia tanak. then aku guna kuasa veto yang aku ada, untuk paksa dia.. sesekalikan.. tapi rasanya 1st time kot. apa lagi protes aarr tuan punya badan sambil hentak2 kaki.. sampai ke petang tanak tegur aku.. tak perr esok2 ok la dia tu...

last saturday ex-anak buah aku wat sessi luahan perasaan. kesian dia. tapi aku nak wat ce mana.. bab2 ni aku mmg tak leh tolong. len la kalo dia masih kat line aku. 'kak ina, sy tanak aarr dok line ni, sy tension. asyik tukar2 jerr. nanti yang sri lanka 500 radio tu, panggil sy balik tau.. sy nak keje ngan kak ina' aku senyum jerr.. sbb aku pun tatau ada 500 radio untuk sri lanka. hahhaa.. mana tah dia dapat cerita.. tapi kalo ada, alhamdulillah. then hari ni, pagi2 buta, dia jumpe aku lagi, 'kak ina, ingat tau apa yang sy cakap sabtu hari tu, panggil sy tau.' siap remind lagi.. tapi aku pun tengok gak dia tak hepi. siyesly aku mmg tak dapat nak tolong.

petang tadi lama aku meeting ngan line cable. hopefully diorang dapat mencapai target. hope boleh completekan semua prodo by end of this month. every week diorang keje 7 hari. penat ooo. dah la cable tu panjang. dah panjang, berat plak tu. aku try the best untuk support diorang... sesemua hal2 preparation tubing, braid & solder, aku dah tolong. len2 tu aku tak dapat tolong sebab aku nak kena wat documentation yang berlambak.

hari ni aku dah start wat keje2 aku kat line. supaya aku dekat dgn diorang. memberi sokongan moral, tanda aku sentiasa bersama2 dgn diorang. kalo ada problem, cepat jerr aku tau. dah tak yah lagi nak ketuk2 cermin dinding dan aku plak terkejar2 ke line. aku try the best tapi... setakat ni.. tu jerr yang mampu aku wat. mmg tak de masalah.. tapi ada masalah lain yang datang.. kusi kat production tak best. sakit belakang.. wawawawa...

cepat giler masa berlalu. repair radio pun 60% dah ok. ada 1 lagi yang lom dapat solve. kalo nak wat jalan mudah senang jerr, tuko jerr board. tak yah repair.. hahaha tu kira wat jahat aarr tu... tapi tak bek ooo bulan2 posa ni wat cam tu...

macam biasa, from pak ndak with love.

ni pulak menu berbuka untuk hari ni... alhamdulillah..

ni, kuzi.kalo nak wat kuzi yang macam aku wat ni, cam ni... di sebabkan bukan 1st time wat, so tak de la masalah problem. hahahha

bahannya

5 keping lamb shoulder yang sederhana besar
6 sudu besar rempah kuzi
1 cawan plain yogurt
1/2 cawan tomato puree
5 ulas bawang putih*
1 biji bawang merah yang besar*
2cm halia*
3 kuntum bunga lawang#
1 keping kulit kayu manis#
10 kuntum cengkih#
2 sudu besar cili giling
1 sudu kecil lada sulah
1 sudu kecil kunyit
1 pokok ketumbar di potong kasar
100g kismis
1 sudu gula merah
1 biji tomato di potong 6 bahagian
sedikit minyak untuk menumis
air secukupnya untuk kuah
garam secukup rasa

kekdahnya
perap daging dengan yogurt selama 4 jam. tapi aku perap sejak petang semalam. sebabnya nanti nak masak tak de la lama sangat. then aku simpan beku. balik keje, just defrost jerr la...

blen semua bahan2 yang bertanda *. panaskan minyak, tumis bahan yang di blen tadi dan bahan yang bertanda #. biarkan hingga naik bau. tumiskan cili hingga garing. larutkan rempah kuzi kedalam sedikit air dan tuang kedalam bahan2 tumis. biarkan hingga naik bau.

masukkan daging, tomato pure, serbuk lada sulah, serbuk kunyit, daun ketumbar, gula merah & air. masak sehingga daging lembut. tambahkan tomato & kismis.. maka jadilah kuzi cam nih. tada....
ni kira last wat kuzi. sebab rempahnya dah abis. ari tu beli kat kota bharu sikit jer.. tapi tak pe.. kat melawati kan ada.. tak de la susah2 lagi nak cari. kuzi mmg sedap makan ngan nasi atau pun roti. sooo yummy. lembut weiii daging dia... memang betul2 ho liau..

ni pulak nasi minyak.. sajerr nak makan dgn my kuzi. resepi aku amik kat sini.
just kopipes jerr... then aku wat ikut bahan2 yang ada kat umah ni jer...
  • 1/4 cawan minyak sapi - kat umah tak de ni.. aku guna 2 sudu besar butter
  • 2 biji bwg putih,dicincang
  • 2 biji bwg besar,dihiris- 1 biji jerr sebab bawang yang aku guna tu giant size
  • 4 kuntum bunga cengkih
  • 2 kuntum bunga lawang - di lerai2kan
  • 2 inci kulit kayu manis
  • 6 biji buah pelaga- yang ni tak letak pun sbb tak de
  • 6 biji lada putih,ditumbuk- yang ni mmg tak ada kat umah ni, lada sulah ada aarr tapi tak letak jugak pun.
  • 2 cawan beras - aku guna 1 cawan jerr
  • 2 cawan air- 3/4 cawan jerr..
  • 1 cawan susu cair/fresh milk - ni, aku guna 1/2 cawan jerr
  • 2-3 titik pewarna kuning- aku letak 1 titik jer
  • 1/2 cawan kismis - 1/4 cawan kismis jerr
  • 3 helai daun pandan - aku guna 1 helai jerr
  • untuk menghidang, bawang goreng dan buah badam- yang ni.. aku tak wat pun sebab aku kureng bab2 bawang ni.. kalo tak nampak tak pe.. kalo nampak, aku kais2 jerr ketepi. badam pun tak de kat umah.
  • 1/2 sudu kecil garam

Cara-cara

  1. Pijarkan minyak sapi dalam periuk. Goreng bwg besar dan bwg putih hingga kekuningan.
  2. Masukkan kulit kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga dan lada putih. Goreng selama 5minit.
  3. Masukkan beras,air, susu cair, daun pandan yg disimpulkan serta pewarna kuning. Kacau supaya semua bahan serata. Tutup periuk dan tunggu hingga air kering.
  4. Masukkan kismis & garam dan kacau rata. Setelah itu tanak nasi hingga betul2 masak. Ketika menghidang boleh letakkan bawang goreng serta buah badam.
walau pun aku adjust di nyer resepi asal, namum memang marbeles.

kira nasi ada 2 version la hari ni, nasi putih & nasi minyak. hari ni, macam rajin sikit. ada sesapa yang nak rasa nasi minyak aku, meh datang.. tapi selagi stock masih ada. esok2 sape tanya aku, bila nak makan nasi minyak? senang jerr nak menjawabnya.. pada 23-august-2010, aku makan nasi minyak, siap masak sendiri lagi... hahhaha. setel.

ni pulak, aku goreng kacang panjang jerr...

kak norma cakap, 'ko ni na.. memang aarr, semuanya high2 belaka dan berpotensi' hahhah 'ala kak, dont worry, esok kita puasa aarr' hehehe. then, dia sambung lagi, 'na, ce mana masak nasi minyak ni?' tengok dia pun berminat dah...

malam ni angah datang umah aku. tapi bukan datang berbuka puasa kat sini, tapi selepas berbuka baru dia datang. dia bertapa kat opis dia.. dia pun lom sempat makan apa2 lagi. dia tak berapa nak percaya aku wat nasik minyak marbeles.. mula dia ingat beli.. weii see the leg aarr oppss silap. tengok aarr sape yang masak.. wakakak. 1st time tu.. then dia siap request 'along, raya ni kita masak nasi minyaklah, pas tu, wat ayam masak merah. kalo nak wat kuzi, tak de rempah dia' see my sister, awal2 lagi dia dah wat plan. plan yang nak suruh aku bertapa jerr kat dapo la tu.. itu tidak adil..

mata tak ngantok nih.. tapi rasa macam nak landing jer... jom jom. tapi tanak layan blues. sebab dalam kepala aku ni ada terlintas sumthing....

Subuh yang Terakhir - Rabbani

Bilakah kali yang terakhir kau ucapkan sayang
pada insan yang setia berkongsi susah dan senang
Luahkan isi hati, andainya sudah ditakdir
Tadi subuh yang terakhir

Bila berdekatan kadangnya makin kita leka
Bila bejauhan barulah merindu didada
Selagi berkesempatan ucapkan terima kasih
Andai esok takkan hadir

Tika terkasar bahasa mungkin ada yang terasa
Tapi tak kedengaran rintihan kerna sayangkan dirimu
Namun di hati mampukah dilupakan
Rayulah kemaafan
Jangan sebelum nyawa dipulangkan

Bilakah kali yang terakhir kau kucupi pipi
Ayah bonda yang tak mungkin kau terbalas budi
Tunjukkanlah syukurmu bertuahnya kau dilahir

Tika terkasar bahasa mungkin ada yang terasa
Tapi tak kedengaran rintihan kerna sayangkan dirimu
Namun di hati mampukah dilupakan
Rayulah kemaafan
Jangan sebelum nyawa dipulangkan

Lihatlah saja isterimu berkorban separuh nyawa
Demi menjamin kebahagian anak dan suami tercinta
Buktikan padanya pilihan jodohmu tepat
Sebelum semua terlewat

Lafazkan rasa cinta...
andainya sudah ditakdir
Tadi subuh yang terakhir







....from kekwa22 with love....

5 comments:

  1. hahaha. ingatkan dah nak makan nasi minyak kat meja pengantin nun.
    hebat la u. my mum sure impressed gila anak dara tera masak, tak macam anak dia ni. hahahha.
    anyways, mebbie i nak try buat ur lauk tu this bulan puasa, urs nampak lovely. kasi laki i blaja makan malay food :)

    ReplyDelete
  2. resepi nasik lemak bila plak....kentang bakor tak jadi aa....mula2 masuk oven...angkat..tak masak..lepas tu atas frying pan...pun tak masak gak..huhuhu..fedap..fedap...

    ReplyDelete
  3. Ana,

    hehehe.. skrg ni part rajin datang sebab tak de sape nak masak kat umah & malas nak menyempit kat paso ramadhan. esok2 kalo angin malas datang... potong buah jer.. cicah ngan garam. hahaha.. habis citer..

    king,
    errr.. nasik lemak.. nanti kita makan kat tempat biasa tau...siap dah ada orang masakkan lagi.. kan kan kan. ish! pesal tak jadi.. kentang bako, ni mesti guna temperature rendah... pelik aaaarrr..

    ReplyDelete
  4. anak dara naik minyak...he3

    ReplyDelete