13 September 2010

pesal aku tired nih?

Pagi ni, hanya angah jerr yang bz2 sebab kawan dia nak datang beraya. Aku plak mulanya layan blues jerr dgn syafiq. Biasa la.. aktiviti aku ngan dia tengok budak lapok. Aku layan jer aku pun tatau dah berapa kali aku layan budak lapok tapi tak bosan2.. sampai dialog pun aku dah hafal.. wakakaka.. citer ni jerr yang aku layan time aku bosan or sedih tahap dewa. Sebabnya ianya menghiburkan...

Ni our breakfast. Senang giler.. kasi rebus jerr..

yang len2 tu.. diaorang masak. Aku hanya concentrate bab nih jer.. hahaha..

macam la susah giler nak rebus jagung. Tapi, jagung ni memang marbeles. Lemak bercream. Beso plak tu... tapi tak de maknanya mak yang tanam.. gie tanaman kat pekan ahad kat titi serong. Hulur saploh henget, dia kasi 12 ketul. Beso2 weiii jagung nih... tak caye, mh tgok nih...

Mak ajak beraya kat umah toksu.. maka aku pun gie la ngan mak, achik dan syafiq join sekali. Kalo aku nak gie sensorang.. tak de maknanya.. 10 kali aku gie pt buntar pun aku tak singgah. Hahaha baik betul aku kan? Toksu ni, dia kahwin dgn adik arwah opah belah ayah.

Sempena achik nak balik esok, dia request dgn aku nak chocolate cake sebijik. Abang lim pun nak sebijik gak.. so, untuk tak menghampakan adik aku tu.. maka aku pun buke la kedai bakery. Ingat dah tutup dah.. rupanya masih kena buke.. maka bertapalah aku kat dapo. Aku hanya wat untuk achik jerr dulu sebab esok dia dah nak balik. Abg lim lambat lagi.

Angah pulak sibuk dengan masak untuk lunch. Menu dia hari ni sotong masak kicap. Achik plak.. bukak butik.. aku sambung plak dengan kedai dobi. Then baru jer aku tertido dalam 5 minit, dah kena kejut. Aku tak de la landing tengah2 umah. Aku landing dalam bilik jerr... kawan adik datang, diaorang suruh aku masak mee goreng.... baru jerr nak tido... padahal bukannya diorang tak reti nak goreng me.. tapi sajerr jerr dgn alasan aku nyer mee goreng best sikit. setakat best sikit tu... apa la salahnya kalo aku sambung tido

Aku pun wat la mee goreng dalam mamai2 tu...

Petang plak, dah dekat 630pm, achik bagi tahu yang amirol nak datang. Dia nak datang bersama2 dgn kakak2 dia & anak2 sedara dia. Bila achik tanya, nak masak apa? Mula la fenin. Aku dah malas dah tengok rupa mee. Dah 2 hari dah mee pelbagai version kat umah ni..

Achik bagi idea masak spaghetti dgn alasan, masa dia gie sana, diorang masak spaghetti tak best. Hahhaah sempat lagi achik mengutuk. Hasilnya.. aku ngan angah kena pi cari daging la nak wat kuah. Time tu dash dekat pukul 7 dah. Diaorng nak datang lepas maghrib. Tapi kitaorang bajet diaorang akan sangkut kat juru.. hahhaha... mula2 cari kat econsave, tak ada. Then kat billion, tak de gak. Singgah minat, tak de gak. Aku bajet last skali nak gi cari kat mini market kat area paso.. kalo tak de, aku tuko ngan daging burger jerr.. haaaa.. mujur la jumpe jugak dengan daging kisar. Selamat...

Opah cakap api dapo kat umah ni, tak pernah padam. Ada jerr bende yang nak di masak. Mujur la ada tukang masak dan tukang kemas. Kalo tak mau nyer fenin.

Ni, hidangan untuk amirol dgn kaum kerabatnya.. sebab dah malam dan masa tersangat la suntuk.. tak sempat nak masak apa..

Tak sangka my spaghetti laku malam nih. anak2 sedara amirol makan tak nak stop sampai mak dia tego. hahah.. ada la suara2 sumbangsih yang menyatakan ‘sedap spaghetti ni’ .. tengok aarr sape chef.. wakakka.. apa la dia diorang ni.. kalo nak bodek tu agak2 la... masak campak2 cam tu pun sedap gak ke?


ni, my plate.. bersedia untuk di baham

Lepas dah siap2 kemas, time lepak2 tu... soklan yang paling aku bajet jgn la ke udara, kedengaran. Ni, bukan setakat soalan cepu emas. Tapi soalan yang boleh membawa maut. Pancung itu kapra... Adoiiiii.. susah den ni.. di sebabkan soklan ni la.. macam2 yang aku kena pikir.. bukan pikir sekarang jerrr semalam2 dah pikir dah.. last month pun pk gak.. last week pun pk gak.. last two days pun. hahhaa.. ujan weeii ujan..

Aku wat keje penat, dia plak yang letih. Over acting betul... siap landing baik nyer... siap ada bantal lagi. bantal yang tak padan dengan orang..eehh silap.. bukan orang, tapi kucen.. hahaha. Bantal ni, before anak sedara amirol yang tido. Masa orang datang dia tah kemana lesap. Bila orang balik, dia pun balik.. orang sibuk mengemas, dia sibuk membuta.







....from kekwa22 with love....

No comments:

Post a Comment