14 September 2010

Rahmat Ujian

Pagi ni, pagi2 buta, sesudah subuh, soklan maut kuar lagi. Adoooiii.. ingatkan habis semalam jerr.. rupanya pagi ni masih lagi kedengaran. Entahlah... susah aarrr.. aku tatau ce mana dah.. tapi aku tau aku kena wat keputusan. mudah-mudahan one day aku di beri kekuatan untuk membuat keputusan. Ya Allah, bantulah hambaMu ini.

aku kuar dgn abang lim nak cari syiling umah. puas mencari... mula2 gie penang.. dah tak jumpe, gie kedah plak. tak jumpe kat kedah, gie perak plak. wah.. 3 negeri tu kasi borong.. macam jauh plak.. aku yang drive, di sebabkan aku tatau jalan aku tanya la abang lim, ni nak jalan straight jer ke? abang lim jawab.. jalan terus jer... then aku tanya balik.. apa beza jalan straight dgn jalan terus?

Hari ni bersiap2 nak gi beraya kat ipoh. Plan ada 4 umah yang nak gie.. mudah2an tercapai hasrat. Aku bawak mak, opah, syafiq & abang lim gie beraya. Angah pun ikut sama. Then dia tros balik kl.

For nizam, sabarlah.. tu jerr the best word yang aku boleh bagi. Allah sedang menguji awak. Aku tatau nak cakap apa sebab aku totally speechless. Setiap orang ada bahagian masing2.

Biasanya manusia tidak suka diuji. Kerana, apabila diuji, pastinya ada kesukaran yang perlu dilangkahi, ada denau yang mencabar perlu direntasi. Apabila manusia diuji, maka akan terpamerlah segala kelemahannya. Apabila manusia diuji, maka akan terjerumuslah dia di dalam kancah kesukaran.

Ujian dan kesukaran, kesusahan seakan-akan telah menjadi sinonim dan sebati. Apabila disebutkan sahaja tentang ujian, maka akan kita kaitkannya dengan kesusahan. Hal ini menyebabkan kita menyambut segala jenis ujian yang ALLAH berikan kepada kita dengan sikap yang negative. Kita akan merungut, mengeluh, mencemuh, membenci dan menyumpah seranah setiap kali diuji, tidak kira ujian itu kecil atau besar.

“ ujian itu tanda kasih sayang ALLAH pada hambaNYa”

Ya, ALLAH menguji kita, tanda DIA sayang kepada kita. Apabila kita diuji, diri kita biasanya akan mencari tempat berpaut, maka sebaik-baik tempat berpaut dan meminta sokongan adalah ALLAH. Orang yang beriman, apabila diuji, makin meningkat imannya kepada ALLAH S.W.T. Justeru ujian itu adalah tanda kasih sayang ALLAH kepada kita. Kita perlu yakin, memperkuatkan iman kita, dan bersangka baik kepada ALLAH setiap masa.

http://ms.langitilahi.com/bila-kita-diuji/

Rahmat Ujian - Mestica

Dalam derita ada bahagia
Dalam gembira mungkin terselit duka
Tak siapa tahu
Tak siapa pinta ujian bertamu

Bibir mudah mengucap sabar
Tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandang
Mempunyai berbagai tafsiran

Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

Harus ada rasa bersyukur
Di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan
Allah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatNya

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi

Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi
Segala ujian diberi
Maka bersyukurlah selalu








....from kekwa22 with love....

1 comment:

  1. “Tiada daya dan tiada kekuatan melainkan dengan izin Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung”.

    ReplyDelete