09 September 2010

Ramadhan yang berlalu...

Hari ni last day wat persiapan for raya. So, hari ni maknanya hari last wat persiapan. Macam2 perkara dah plan. Tapi walau apa pun, pagi ni,kena gie soping lagi. Sebab abang lim request nak masak laksa for kengkawan dia. Sebab bahan2 nak wat tak de.. that why la kena kuar lagi.

Macam2 weeii jadinya bila dah masuk econsave. Hari ni aku borong ikan. Ikan pisang. pic ni amik kat sini,

Abang lim suke ikan ni. Arwah ayah pun sama. Kalo masak kari, mmg marbeles. Aku angkat sekor.. besar jugak la.. dekat beratnya hampir sekilo.. harga nam henget lebih.. perrgghh. Tu yang aku rasa macam nak borong lagi ikan. Tapi ice box kat umah dah nak full dah dgn segala mende.

Udang lipan pun ada.. kalo wat sup udang lipan, memang marbeles... baru jerr bajet kena kurangkan seafood. Mana bleh.. dah dekat ngan laut ni..

Hari ni, aku kerahkan abang lim potong bawang. Adik plak memang dah mengelat. Tah kat mana dia gie.. lesap. Achik kena settlekan hall dan kemas segala bagai.. aku, cam biasa la, chef kat umah ni.. sape lagi lagi kannnnnnnn... mujur la aku tak gagap bab2 nih.. kalo gagap susah gak..

Aku suruh abang lim cari daun kesum sebab nak masak kuah laksa. Sebab aku ada gak tinjau2 belakang umah mak ni. Tempat pokok tu hidup subur. Bila aku tanya abang lim, pesal dah tak de... dengan selamba dia bagi tahu yang dia dah racun dah.. hampeh betul adik aku sorang nih. Patut la pun clear..

Masa aku bz2 nak masak tu, abang lim mintak nak ketupat. Mak ooooiii time bz2 ni plak... aku kata ok jerr tapi dengan syarat, anyam sendiri. Maka dia pun gie la panjat pokok nyiur yang rendah, ambil daun. Then terus jerr anyam sambil aku dok bz masak rendang. Abang lim memnag, dia mesti nak ketupat walau ce mana pun. Kat umah ni, yang boleh anyam daun kelapa supaya jadi kelongsong ketupat, hanya ada 3 orang jerr.. mak, aku & abang lim. Mujur gak.. yang nak makan tu tahu anyam.. kalo nak harapkan aku.. memang la tak sempat nak menganyam.

Ni le sarung ketupat yang abang lim anyam.

Errmmm nak letak beras dalam kelonsong... memang aku tak pernah. Ni kira 1st time. Aku isi 2/3 jerr dengan beras.

Abang lim tak reti, Dia cakap nak masak kat luar.. so, aku pun ok jerr.. dia nak pasang api. Ni le hasilnya..

Then elok jerr.. nak menghitamkan kuali mak... tak per tuan dia tak de.. hehhee.

Sampai ke malam baru siap... dari siang sampai malam...

Ni hasilnya...

Hari ni, aku masak rendang, sambal goreng jawa. Orang kg ni, mana pernah jumpe sambal goreng nih.. nanti esok sure diaorang tanya. Then aku masak kuah laksa jerr. Dekat2 pukul 4 baru settle semua.. perrrgghh penat giler non stop. Orang lain ada mak.. tapi mak kitaorang jauh...

Ni dia rupanya rendang

Ni plak sambal goreng jawa. Dah tak itam cam dulu..sebab dia dah pakai fair & lovely.. wakakaka

Untuk berbuke aku dah tanya diorang.. makan mee jerr la.. sebab aku dah tak larat nak masak apa lagi dah.. maka, aku masak la mee goreng udang.

Masa nak berbuke tu.. macam2 abng lim merepek. Pesal banyak sangat udang?, pesal udang besar sangat?. Nanti dia gatal hidung, sebab udang banyak. Sebelum makan jerr banyak citer dia.. bila dah makan, bertambah 2 kali.. tak kisah pun udang banyak or gatal hidung. kecoh jerr lebih.

Petang tadi mak call, tanya aku masak apa. Maka aku pun bagi laporan la.. bila mak tanya pesal masak banyak sangat? Aku jawab sebab abng lim yang nak & nak tunggu mak balik.. hahhaha... Bagus betul anak2 dia tak call mak dia.. tak menang tangan aarr wat kerje... sebab mak yang tak balik.. kalo rang lain, mak tunggu anak2 balik. Tapi kitaorang, anak2 tunggu mak balik. maka, maklah wajar call anak2 dia.. hahhah.. poyo tahap dewa.. aku bajet nak call malam2 sat lagi la..

Ni, hasil ketupat yang abang lim rebus. Elok jerr keras. Kalo lembek.. memang fail. Maknanya pass gak la aku isi beras dalam sarung ketupat. Hahha

Semalam adik minta nak chocolate cake. Kesian plak kat dia.. maka, malam ni, aku buka bakery. Hanya chocolate cake jer.. yang achik plak dok sibuk, tak kan 1 cake.. sebab dia request nak muffin orange.

Along dia nih, dah nak pengsan dah dok melayan kehendak adik2. Plak tu, aku memang tak ada yang ready made. Kalo ada, memang boleh layan.. memang la sumer bahan ada.. tapi aku dah tired. Kalo boleh, aku nak adik2 hepi. that all. Sebab aku akan hepi kalo diaorang hepi. Aku? Aku memang blues. Walau aku wat keje & bz tahap dewa, tapi aku tetap blues. Blues untuk aku. Selagi aku mampu, insya Allah akan aku tunaikan setiap permintaan.

Masa aku dok masak2 air untuk nak wat air esok pagi, gas abis. Memang ada gas spare. Tapi aku dah tak larat sangat dah nak alihkan dan tuko yang len. Rasa boleh patah tulang belakang kalo aku wat.. maka..segala aktiviti aku stop kat sini.


citer 4 beradik menbuat persiapan untuk hari lebaran...

Ramadhan dah meninggalkan kita semua. Kejap jerr masa berlalu. YA Allah, ketemukan aku dengan ramadhan yang akan datang.

takbir








....from kekwa22 with love....

No comments:

Post a Comment