Masa kat surau, orang kampung dok tanya mana mak. Then kena la aku bagi tahu.. mak beraya kat umah mak dia. Then kitaorang gie ziarah kubur ayah.Al-fatihah.
Ni, hidangan di pagi aidilfitri. Hasil air tangan chef ina.. wakakaka..
yang ni plak, ketupat & rendang
Mak sampai dalam 12pm. Macam2 mak cerita. Kesian mak. sedih2 mak citer...
Tah aarr.. nanti kalo aku mula bercakap.. ada plak yang terasa. Walaupun hakikatnya sedemikian. Bukan aku jerr yang tahu hakikat tu, pah pun sama. Entah la.. hasilnya ada yang tak balik umah pah for this raya. Memang pah kecik ati.. pah siap cakap, dia tanak maafkan on tepon, kalo nak minta maaf, balik kg. that means, pah memang marah. biasa pah tu bajet cool & maintain rock jerr.. masa nak jaga pah kat spital, berkira sangat. Bila ada orang lain nak jaga.. dah dia plak terasa... macam2 hal.
Pastinya ramai kengkawan abang lim & achik datang.. kawan achik siap call lagi ada buat laksa tak? Hahhaha.. diaorang dah taw dah kat mana dapat laksa yang special.. hehehe.. si jeff siap tanya sape yang masak..
Kawan mak, kak yang jerr la yang datang.. best fren mak. Tu jerr close ngan mak. Lagipun mana ada sedara mara kat sini. Biasanya mak, kalo boring dok umah sensorang, mak gie tido umah kak yang.. kak yang plak, kalo bosan sensorang kat umah dia, dia plak datang tido kat umah mak. Tu jer la aktiviti diorang.
My family, sempena 1st Syawal.
Banyak plak kuih raya kitaorang tahun ni.. angah & achik buat.tapi aku tak sempat nak amik gambo sesemua tu..
Penat la hari ni.. semua makanan clear. Memang berbaloi spend masa memasak. Mak plak bawak balik anak sedara dia dua orang. Kazen aku la. Esok atau lusa ayah dia datang sini dgn opah. That why diorang datang ikut mak balik kg.. si haritz ni memang tersangat la sukenya.. sebab dia dah plan nak mancing & tangkap belut. semangat bukan main.. bila dah dapat belut, dia plak yang menjerit2 tak reti nak bukak... hahaha.. poyo jerr lebih.
diaorang ni memang suke my chocolate cake. Dari petang sampai ke malam dok ngadap.
Aku suruh diaorang habiskan. Sebab aku janji dgn diorang, esok wat cake len plak. Hehhe
Ni mak nyer kucen. Memang tersangat la manja... sampai tak larat nak melayan. Maklumlah mak tinggal berdua jerr ngan dia. Makan dia, ikut masa tu.. breakfast, lunch & dinner. Perrgghh tak larat aku nak melayan. Kalo lambat sikit. Mula la dia bergesel kat kaki sampai tak leh nak gerak. siap jilat2 lagi.. tu yang geli.. Lepas dah makan, dia cari la port nak tido. biasa dia tido dalam bilik atau tengah2 alam.. atau pun landing sebelah sesapa yang dia suke.
Yang aku kena cakar dengn kucen ni le.. sebabnya.. aku suruh dia kuar umah, dari elok2 dia main.. terus dia keraskan badan tanda tak nak kuar. memang poyo.. Masa aku angkat dia le kena cakar. Hambek kau dah bertanda 2 line.
Kalo kite dok baring2 sambil tengok tv, kucen ni datang aarr dia punya port atas badan kita. Baik nyer landing. Dah dua malam dia tido sebelah aku. Sedar2 sibuk jerr menyempit dengan aku. Bila aku terjaga dan bangun, mata dia pun celik gak.. bila aku baring semula.. dia pun pejam gak mata.. memang poyo betul. Moral of the story, kucen ni mmg manja.. tak larat nak melayan weeiiii.
Hari ni.. pelbagai perasaan datang.. macam2.. thanks sgat2.. ingatkan dah tak dpt dengar suara hari ni.. al maklum la.. sape la kita ni kan... tapi sedih aarrr. Ce mana tu.. last Thursday, pagi tu, achik tanya, ‘abang tak datang ke?’ aku sengih jer.. bila petang plak.. masa pah call, sempat lagi dia tanya soklan yang sama gak. Aku plak tak pernah imagine pun akan dapat soalan2 cenggitu..
Anyway.. selamat hari raya aidilfitri to all. Semoga dengan kehadiran syawal ni akan membawa kebahagiaan buat kita semua...
....from kekwa22 with love....
No comments:
Post a Comment