09 January 2011

Imran big day

hari ni.. memang rasa sangat2 malas nak bangun dari tempat peraduan. dah le sejuk2 plak cuaca.. memang sedap jerr lena di ulit intan.

semalam kak norma gie tido umah kak jah. then pagi, lepas dia balik, dia beli siap2 bfast. so, aku ngan mak.. tinggal makan jerr la.. then kitaorang gie bank & paso keramat. membeli belah. lama giler tak wat aktiviti gie paso keramat ni..

balik jerr dari paso dah pukul 12pm. terus jer siap2 gie kenduri.. mujur dapat juge parking.. ramai juge jemputan yang datang walau pun dah hampir pukul 2pm. ramai la adik beradik pak ngah datang. hanya pak tam jerr yang tak datang. sebabnya.. lepas habis kenduri arwah, pah pulak demam.

angah datang umah dalam 12 lebih. dia sampai umah aku. dia sampai umah dalam pukul 12am lebih malam tadi. lega mak nengok dia.. dia ni memnag..ikut dan jer....

singahsana raja seharini plak.. majlis santapan raja sehari
baru le nampak terang.. clean & clear
apa la pengapit pengantin pakai sliper jepun..
pak ngah yang bz
mak, selesai aktiviti merenjis
balik dari kenduri.. aku gie umah pak ngah. melepak sambil sembang2..

balik tu, sumer dah keletihan. masing2 membuta..

then aku masak untuk our dinner

ni, menu malam ni
kangkung goreng

yang ni plak.. asam pedas ikan terubuk.
perrgghh memang marbeles. ikan segar. daging ikan rasa manis.. sedap tu...

resepi macam biasala..

bahannya
ikan terubuk.. sekor
cili kering di kisarsecukupnya
2 biji bawang beso - di kisar
2 ulas bawang putih - di kisar
2cm halia - di kisar
2 biji tomato
1cm belacan
daun kesum 5 tangkai
2 kuntum bunga kantan
1/2 cawan air perahan asam jawa
minyak untuk menumis

kekdahnya
panaskan minyak.. tumis cili, bawang2 serta halia. di ikuti dengan daun kesum. masak sehingga garing & naik bau. masukkan air perahan asam jawa, bunga kantan, tomato, ikan, belacan & garam. biarkan hingga masak. sedia untuk di hidangkan.

lepas makan senang hati.. sessi melepak.. sambil lipat baju & nengok ajl. mak plak biasa aarr dok bersembang ngan kak norma..



....from kekwa22 with love....

2 comments:

  1. pergh...angah ni..nak kena babap montot nih....bese dia tu....hehehehe

    ReplyDelete
  2. memang pun...

    sume owang riso.. dia sesenang je... gie jalan..

    ReplyDelete