08 January 2011

rajin sikit

hari ni, aku rajin sikit. datang aarr angin rajin bertiup untuk hari ni. pagi lagi aku kemas2 my room. kemas dapo. buke kedai dobi.. dan segala macam aku wat.. then aku masak untuk lunch.

ni dia menu tengah hari ni.
kari daging
ikan pekasam
buncis goreng

setel jerr sumer2 pukul 1pm.. lepas siap2 aku gie jalan duta. sebabnya mak dah nak sampai.. sebab dia dari parit buntar pukul 9.30am... jumpe jerr mak kat jalan duta, dia ber sweter. selsema mak masih lom hilang.

sebelum balik umah, aku singgah jj sebabnya nak beli barang sikit. aku ada project besar2an. nakwat cake. mmg dah lama teringin nak wat cake. baru hari ni berkesempatan. sebab angin rajin datang.

aku memulakan project dalam pukul 3.30pm. mak menjadi pemerhati yang sangat setia. hari ni.. mak cakap aku memang 'rajin'. haaa... ngaku jugak dia bahawasannya anak dia yang sorang ni 'rajin' paling tak tahan mak cakap cam nih. 'gaul jerr sumer sekali then bako, senang. tak payah nak selapis2'. may be sebab dia bosan dah nengok aku..

gila punya lama aku wat cake nih.. kena masuk dalam hari ini dalam sejarah.. aku mula wat adunan pukul 3.30pm habis sumer adunan di bako pada 7.30pm. lama gile.. tu yang mak penat nunggu aku siap melapis.. lama weeiii.. ternyata aku ni.. sabo gak rupenya bab2 nak melapis ni..

penat kak norma ngan mak tunggu aku wat keje.. dari diaorang berdua celik.. then tido then celik balik.. tak siap lagi aku melapis... kepada sesapa yang kureng sabo, jangan berani2 nak mencuba..

ni kira 1st time nih...

resepi asal, amik kat sini yerr.. ni, aku copipes jerr

KEK LAPIS MASAM MANIS (HAW FLAKES)

Bahan-Bahan
10 biji telur
130 gm gula halus
450 gm mentega
1 sudu teh ovalette
1 tin susu pekat manis
50 gm jem raspberry
250 tepung Hong Kong
100 gm Horlicks
secukup haw flakes (saya gunakan 125 keping saiz duit 50 sen)

Cara:
1. Pukul mentega, gula dan ovalette hingga kembang. Masukkan telur sebiji sebiji, pukul lagi hingga kembang dan pekat.

2. Kemudian, masukkan susu manis dan jem lalu terus pukul dgn kelajuan yg paling rendah- saja untuk ratakan bahannya. Ataupun anda boleh juga kacau hingga sebati.

3. Sesudah itu, masukkan tepung HK dan horlicks lalu pukul lagi (dgn kelajuan yg rendah) atau dikacau rata-rata hingga sebati. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian dan warnakan dgn warna merah, hijau dan kuning atau warna pilihan anda.

4. Alaskan loyang 8" x 8" dgn kertas tracing dan griskan pada dasar dan keliling loyang. Ambil 2 senduk penuh adunan dan bakarlah berselang-seli warna dgn api grill kira-kira 200 - 210 darjah Celsius. Setiap lapisan dibakar kira2 selama 5-7 minit atau hingga masak. Aturkan haw flakes pada setiap lapisan ketiga (25 keping). Untuk loyang saiz ini, kita boleh mendapat sekitar 15 lapisan kesemuanya. So, jumlah hawflakes nya adalah 125 keping.

kek ni.. saje wat sebenarnya..suke2.. nak try konon nya.. menyahut cabaran melapis.. 1/4 aku bawak gie umah pak ngah. 1/4 aku suruh kak norma kasi pada kak jah. 1/4 aku kasi pada enche affa. yang tinggal kat umah ni.. untuk santapan aku dan seisi kuarga.

memang berbaloi melapai berjam jam

malam plak.. gie umah pak ngah.. silap.. umah im. sempena majlis berinai. siap ngan kompang2 lagi..
mak dah selesai menepung tawar im & pasangannya.. sempena malam majlis berinai.

tengkiu yerr enche affa sebab gie sesama malam ni.. dah le penat2 seharian kat UTM & bz nak wat exhibition.. then kena drive gie umah pak ngah plak.. esok, nakgie outing lagi.. alahai kesian nya ngan tunang saye nih...

mak plak nampak jerr enche affa then tak nampak si armand, terus jerr tanya mana si comei tu.. dia tak tahu yang cucu dia gie berjalan sepanjang hari ngan acu.. budak kecik tu.. kalo ajak berjalan, memang lajuuuuuuuuuuu..



....from kekwa22 with love....

No comments:

Post a Comment