22 February 2011

it's 2202

hari ni, pagi2 buta aku wat roti...

ni resepinya yerr

Bahan-bahan ( 10 biji bun kecil )

  • 135 ml air ais
  • 3/4 cmt garam
  • 30 gm mentega atau marjerin
  • 1/2 biji telur (dipukul sebentar)
  • 60 gm ubi kentang (direbus dan dilenyek baru ditimbang)
  • 300 gm tepung roti/tepung protin tinggi
  • 3/4 cmb susu tepung
  • 50 gram gula
  • 2 cmt yis segera
  • Topping untuk membuat garisan kastad Tepung kastad segera (instant custard powder) Bancuh dgn air utk mendapatkan pes yg lembut
  • Kalau takde tepung custard segera tu buatlah cream custard mcm biasa dan jalurkan pada roti kentang nanti.

Cara-cara

  1. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk adunan dan uli hingga licin lebih kurang 15 minit.
  2. Tutup dengan wrappers dan biar naik selama 45 minit.
  3. Tumbuk doh perlahan utk mengeluarkan udara yg terperangkap dan uli selama 1/2 minit.
  4. Bentukkan menjadi bebola yang setiap satunya seberat 30gm (tak timbang pun tak per, pakai agak2 jer la saiz tu).
  5. Susunkan ke dlm loyang yang telah digriskan. Tutup lagi dan biar naik lagi selama 40 minit.
  6. Tepi2 loyang pun griskan la jugak supaya roti tak melekat nanti lepas bakar. Kalau tak nak griskan loyang dan nak lapik dgn aluminium foil pun boleh..
  7. Sapukan telur yg telah dipukul ke atas roti (tadikan kita guna 1/2 biji saja utk masuk ke dlm adunan, so yg 1/2 baki lagi tu gunalah utk tujuan ini).
  8. Paipkan kastad ke atas roti. Bakar pada suhu 180C selama 20 minit (tapi perhatikan juga sbb kalau dh nampak roti bertukar perang dan masak sebelum 20 minit tersebut, tutup sius dan biarkan roti masih di dalam oven hingga cukup masa 20 minit).
mesti pelik kan.. naper la.. dok rajin sangat meroti kan kan kan...

sebab

sebab

sebab

wat apa ada breadmaker kalo tak guna kannnnnnnnnnnn

ha... gitu le kekdahnya... kekdahnya senang jerr.. masukkan semua bahan cecair dulu diikuti dgn bahan kering dan last sekali masukkan yis. tekan tekan tekan, tunggu roti masak.. settle. kalo nak ubah bentuk.. wat jerr bentuk len or rupa bentuk yang di sukai..dan bako kat dalam oven. kalo malas.. bakor terus jerr kat dalam breadmaker tu.

ni le rop'henya aku nyer breadmaker
tak de la canggih mana pun. tapi seswai la dengan kegunaan aku ni.. yang kekadang rajin dan kekadang malas.

roti ni.. nak kasi pada enche affa. sian dierrrr. selalunya dia dapat nengok gambo jerrr...

ni, sebelum masuk oven. comei jerr
ni plak bila kuar dari oven.

kembang semangkuk jadinya
gebu memang la.. tapi dia jadi dryaku gie spital pagi ni.. dalam hati cuak2 berani jer. tapi dah spare dah barang. kot kot kena warded. bukan bleh caye sangat ni... sediakan payung sebelum hujan. apa2 hal nanti tak yah balik umah. lagipun bonet jimmy tu beso.

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi doktor kata ok jer.. mungkin sebab hentakan yang kuat tu.. menyebabkan semua isi kepala bergegar. Alhamdulillah.

Banyak urusan-urusan yang kena di uruskan hari ni...

Opppsss ce mana boleh lupa...

Alhamdulillah syukur pada Ilahi dengan limpah kurnia dan kasih sayangNya yang tak berbelah bahagi pada hamba yang kerdil ini sehingga ke saat ini. Alhamdulillah diatas nikmat usia yang Engkau berikan. Alhamdulillah.

Enche Affa, terima kasih diatas segalanya.

memang suprise sangat2 bila di hulurkan hadiah. tetiba jadi sedih.. ujan lebat. sempat plak enche affa merakamkan detik2 itu. ceesss sungguh kureng sopan betul. sebak aarrr... aku tak pernah minta apa pun dari dia or sesapa pun. cukuplah apa yang aku ada selama ni. sesungguhnya aku insan yang bertuah kerana di kelilingi dengan orang2 yang menyayangi diri aku. betul kata arwah ayah. Syukur pada Ilahi atas kurniaan ini. tengkiu sayang.

enche affa...moga impian jadi kenyataan.

ni plak dari adik2 enche affa & hensom boy ajim... serta my mum in law. menurut enche affa, kad ni sampai semalam. kak ngah pos ke office. ce mana lee.. aku tak touching..

anak mama.... siap tulis beria lagi...

terima kasih yeee.. mmuuaaahhssss

Terima kasih pada semua yang wish kat fesbuk.

petang tadi.. enche affa bawa aku ke Paris.. kota chenta kononnya...tengkiu enche affa.. tengkiu for everything.. i love u.



....from kekwa22 with love....

6 comments:

  1. best..best...bnyknyer hadiah......errr...nak tumpang sekaki gak aaa.....happy birthday ea.....

    Saujana

    Selamat Hari Lahir

    Awan Berarak Ceria
    Tiada Titisan Hujan
    Pohon Melambai
    Tanda Sokongan

    Kususuri Perjalanan
    Bertemankan Senyuman
    Di Hari Lahirmu
    Sahabatku

    Dedaun Berguguran
    Membuktikan Kedewasaan
    Walau Tanpa Madah Dan Hadiah
    Namun Cukup Bagiku
    Sekadar Ucapan

    Selamat Hari Lahir
    Iringi Doa Kuhulur
    Bersyukur KepadaNya
    Atas Nikmat Usia

    Sahabatku
    Usia Yang Tuhan Kurniakan Ini
    Dihasilah Ia Dengan Amalan Yang Murni
    Semoga Ia Menjadi Temanmu Di Akhirat Nanti
    Selamat Hari Lahir

    Usiamu Ibarat Mutiara
    Tiada Berganti Lagi
    Hiaskan Iman Bersulam Taqwa
    Agar Sempat Mengucup
    Haruman Syurgawi

    ReplyDelete
  2. terima kasih king... :)
    lebih afdal kalo nyanyi sekali...

    ReplyDelete
  3. hahaha...tak leh..tak leh..enche affa jer boleh nyanyi utk kekwa...

    ReplyDelete
  4. errrr...ok..ok....siapppp.....

    ReplyDelete