15 February 2011

Salam Maulidur Rasul



Salam Maulidur Rasul S.A.W

Selawat ke atas Rasulullah (S.A.W.) merupakan suatu amalan yang disyariatkan oleh Islam.

Firman Allah (s.w.t) yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya”. [Surah Al-Ahzab: 56]

Manakala di dalam hadith-hadith Rasulullah (S.A.W.), terdapat banyak arahan dan kelebihan-kelebihan yang dinyatakan berkenaan dengan selawat ke atas baginda (S.A.W.), antaranya :-

  1. Sabda Rasulullah (S.A.W.) yang bermaksud: “Barangsesiapa yang berselawat ke atasku dengan sekali selawat nescaya Allah (s.w.t) akan berselawat ke atasnya sepuluh kali”. [Hadith riwayat Imam Muslim daripada Abdullah bin Amru bin Al-‘Ass r.a]
  2. Sabda Rasulullah (S.A.W.) yang bermaksud: “Sesungguhnya manusia yang paling utama denganku pada hari kiamat ialah yang paling banyak berselawat ke atasku”. [Hadith riwayat Imam Tirmizi daripada Abdullah bin Mas’ud r.a]
  3. Sabda Rasulullah (S.A.W.) juga yang bermaksud: “Barangsesiapa yang berselawat ke atasku sekali nescaya Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh kali”. [Hadith riwayat Imam Muslim daripada Abu Hurairah r.a]

Kedudukan selawat ke atas nabi (S.A.W.) ini merupakan perkara yang diwajibkan menurut sebilangan besar ulama’. Malahan dinukilkan bahawa Al-Imam Al-Qurthubi menyatakannya sebagai ijma’ ulama’. Apa yang diperselisihkan oleh ulama’ ialah adakah selawat itu wajib pada setiap kali majlis dan disebut nama Nabi Muhammad (S.A.W.) atau adakah ianya sunat (bagi yang bersepakat menyatakan ianya wajib seumur hidup).

Dalam hal ini, sebahagian ulama’ menyatakan ianya wajib setiap kali disebut nama Rasulullah (S.A.W.), dan sebahagian yang lain menyatakan wajib sekali di sepanjang majlis meskipun dalam majlis tersebut kerap kali disebut nama Rasulullah (S.A.W.) dan sebahagian yang lain menyatakan wajib memperbanyakkan selawat tanpa terikat dengan bilangan dan tidak memadai sekali seumur hidup.

Menurut jumhur ulama dalam masalah ini, selawat ke atas nabi (S.A.W.) merupakan ibadat dan jalan mendekatkan diri kepada Allah (s.w.t). Seperti juga zikir, tasbih dan tahmid. Ia diwajibkan sekali seumur hidup dan disunatkan pada setiap waktu dan ketika. Sepatutnya juga ke atas setiap muslim memperbanyakkannya.

Berkait juga dengan soalan yang dikemukakan, iaitu tentang hukum selawat dalam sembahyang. Perkara ini berlaku khilaf di kalangan ulama’. Menurut pandangan Mazhab Syafei dan Hanbali, selawat diwajibkan dalam sembahyang dan tidak sah sembahyang tanpa selawat. Manakala dalam Mazhab Maliki dan Hanafi, selawat merupakan perkara yang sunat muakkad dan sah sembahyang tanpanya tetapi dalam keadaan yang makruh.

Sember dari : http://ulamak.pas.org.my/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=31:selawat-ke-atas-nabi-saw&catid=27:feqh-am&Itemid=86


Alhamdulillah cuaca baik hari ni.. cerah. sempena 12 rabiul awal. malasnya esok nak gie keje.. berchenta jerr rasanya..hari ni memang rasa macam saturday. melepak jerr sepanjang hari kat umah sambil wat keje2 yang dok menunggu. alhamdulillah siap pun 1 perkara. sampai luka2ada banyak perkara lagi menyusul... tak.. perr one by one okeh..

sambil2 wat keje, aku layan citer ni
citer ni
dan citer ni.. dah 4 episode
hari ni aku wat cupcake. pagi tadi budak kecek tu kol, tanya aku kat umah wat apa.. lom sempat aku jawab, dia dah jawab bagi pihak aku..'mama buat cake untuk man ke?' tu dia... maknanya dia nak cake la tu.. dia dah addict dgn cake mama. may be kat umah dia, stock dah abis. so, aku wat la cupcake hari ni.. kesian plak kat anak mama tu. sebabnya bila enche affa hantar jimmy nanti, sure dia mengungkit. 'mana cake man?' eerr.. tak sampai ati aarr. dia ingat jerr... apa yang dia kata.

nampak jerr cake, terus nak makan. masuk seketul terus dalam mulut dia.. setel. memang dia nak cake. penuh mulut...

resepi amik kat sini yerr

aku copipes jerr

Ingredients

• 2 cups all purpose flour
• 2 cups sugar
• 1/2 teaspoon baking powder
• 1 teaspoon salt
• 1 teaspoon baking soda
• 1/2 cup shortening
• 3/4 cup water
• 2 large eggs
• 3/4 cup milk
• 1 teaspoon vanilla
• 4 ounces melted unsweetened baking chocolate

Chocolate Cupcake Recipe Directions

Preheat oven to 350 degrees. Line cupcake pans with paper liners.

Combine all ingredients into large mixing bowl. Mix at low speed for 30 seconds, and scrape bowl. Mix at high speed for 3 minutes.

Fill liners 1/2 to 2/3 full of batter. Bake 20 to 25 minutes or until toothpick inserted in center comes out clean.

Cool 10 minutes in pans then remove from pan, and place on wire racks to cool completely.

Frost when chocolate cupcakes are completely cool.

aku wat 1/2 adunan jerr.. tak yah banyak2.. nanti2 wat lagi.. bukan susah pun. kalo malas jerr jadi susah.. cuma kalo malas tu.. yang jadi susah.. wakakka

aku takut nak isi banyak.. sebab takut melimpah plak bila tepung naik, that why macam comei2 jerr.. tapi tak perr...... kan cup banyak kat umah ni.. hehhehe.. nanti tak guna wat rugi jerr kannnnnnnn




....from kekwa22 with love....

No comments:

Post a Comment