11 April 2011

penat weeiii penat

bz aarrr... hari ni..

letih aarrr... letih yang semalam dan semalamnya belum hilang lagi.. mujur report dah complete.

kalo dah letih sangat.. mata bukan nak lelap... puas semalam paksa diri supaya tido. tapi sampai pukul 1am lebih, mata dok kebil2 lagi. tah pukul brapa aku lelap pun aku tatau..

sangat2 tired aaarrrr....

balik umah jerr tadi.. lapo tahap dewa ni yang sempat aku masak char kuew teaw jerr.. sebab nak habiskan baki kuew teaw semalam. sayang plak nak biarkan.. pulak tu.. banyak gak lagi.. so, ginilah kekdahnya...


asal usul resepi, ambil kat sini

  • * UTK PASTE *
  • 200 gm udang
  • 250ml air
  • 4 ulas bawang putih di ketuk
  • 6 sb sos tiram
  • 3 sk kicap pekat
  • 3 sb kicap manis
  • 1 sk petis
  • 2 sb pati ikan bilis / pati udang
  • 2 sk garam (kalau sos tiram masin kurangkan 1sk)
  • 1 sk gula
  • * UTK MEE *
  • 300 gm kuey teow
  • 1 sb cili boh
  • kerang
  • sedikit kucai & taugeh
  • 2 biji telur

Cara-cara

  1. UTK PASTE- Rebus udang dgn air. Bila udang hampir masak, angkat udang dan ditoskan airnya. Air rebusan jgn buang....
  2. Campurkan semua bahan utk paste dgn air rebusan udang tadi, reneh hingga menjadi paste yg agak pekat. Matikan api biarkan paste sejuk dan bolehlah simpan dlm fridge.
  3. UTK MEE- Tumis lada boh hingga garing. Masukkan dlm 4sb paste td. Masukkan udang yg telah direbus td n kerang. Biasanya penang char kuey teow agak berkuah so letak sikit air dlm 1/2 cwn.
  4. Air didih masukkan kuey teow, kucai, taugeh n kacau rata. Pecahkan telur, kacau dan bolehlah diangkat. Proses memasak kuey teow ni dlm 3-4 min sj, pastikan api kuat semasa memasak.
cukup 10 minit, ni le hasilnya..
perut dah kenyang, i wanna sleep.. tak kira.. malas dah nak pikir apa2.. apa nak jadi, jadi la.. sebab aku tersangat la tired lagi letih...

penat aaarrrr



....from kekwa22 with love....

No comments:

Post a Comment