17 May 2011

kl - lenggong - pt buntar

hari ni, pepagi buta aku dah siap2 nak balik kampung. terjaga pukul 5.30am, mata terus tak leh nak lelap.. al maklum lah exited nak balik kampung. lepas buat apa2 yang patut, aku masukkan barang2 dalam kereta. lebih kurang 6.30am, aku dah berada diatas jalan raya. misi pagi ni, adalah gie kenering, amik pah.

sambil drive.. sambil melayan perasaan. aku sangat2 tertarik dengan kuliah subuh di IKIM pagi tadi. sangat2 menyentuh perasaan. topik pagi ni, berkisar tentang kehidupan. sedar tak sedar tak sedar,pukul 10 jerr aku dah ada kat umah opah aku di kuala kenering, lenggong. dalam dok blues sensorang sampai gak. aku tak singgah mana2 pun. cuaca sangat2 la cerah. terang benderang.

sebelum melalui jambatan kenering, aku singgah kedai beli lauk. nak masak2 dulu kat umah pah, then baru balik umah mak. dapat la ikan dan siput lala. jadi le rezeki untuk our lunch.

rasa macam lama jerr tak jumpa pah. alhamdulillah, pah sihat2 jerr.. terima kasih ya Allah kerana mengurnikan kesihatan yang baik buat pah.

hari ni, pah masak gulai pisang, errmm sedap, sampai lupa nak amik gambo. almaklum la lama tak makan masakan pah. pah guna pisang abu keling. tah, ce mana rupanya aku pun tatau. mujur pakcik google sedia memberi khidmat. ni lerr rupenya.. pisang abu keling.

aku hanya masak siput lala dan goreng ikan jer.. hehhehe... lepas pah tido seround, aku pun siap2 nak balik umah mak. syafiq & yus, ada kat umah pah. dah beso dah diorang. kesian kat diorang, kecik2 dah tak ada mak. alfatihah buat arwah mak wah.

masa on the way ke umah mak, pah pun cam biasala la.. meluahkan perasaan dia. macam2 cerita dia kongsi ngan aku. aku dengar jer... berita gembira ialah, nyah nak bertunang next week. maknanya pah sangat2 la bz sepanjang 3 minggu ni. hujung minggu ni, majlis perkahwinan aku, next week kat ipoh plak, sebab nyah nak bertunang. another week 4 jun, wahid plak nak bertunang dgnorang kuala nerang. sebelum tu, nak wat kenduri sket.. letih la pah sepanjang 3 minggu ni...

aku sampai umah mak dalam 2pm lebih. alhamdulillah.. sampai pun ke destinasi untuk hari ni.. mak tengah siap2 hall dia. nak clearkan segala kusi meja. tapi aku sampai jerr terus sepahkan semula.. hahhaha..

ni, barang2 yang aku kuarkan dari jimmy. sah selerak semula.. err.. yang buah kelapa tu.. memang ada kat situ yerr... bukan dari jimmy. tu, mak yang letak kat situ..

lepas dah sepah2kan.. aku pun kena le kemas semula. sambil2 layan maharaja lawak yang aku cilok dari emran.. aku sepahkan semula umah mak.. pada hal tak sampai sejam aku berkemas. tapi selagi tak siap.. selagi tu le umah mak bersepah. seluas hall umah aku sepahkan.. luas kawasan jajahan.. hahha..

seperti yang di janjikan.. aku kena wat bakul2 hantaran aku untuk enche affa. lihatlah dunya betapa sepahnya umah mak.. hasil dari kerja tangan aku.. mak dan pah tengok jerr.. dengan alasan, kalo nak tolong pun, diaorang tak tahu nak tolong apa.

dari petang sampai ke malam aku dok ngadap.. tetiba, menda alah ni meletop dan berasap... wawawawa rasa nak nages jerr.. dah le banyak lagi yang tak siap. maknanya kerja2 aku terbengkalai. lepas dinner, aku g bandar dengan mak sebab nak beli baru mende alah ni.. mujur kedai masih buke lagi. dapat la gun yang baru. so, aku sambung le wat bakul2 hantaran sampai tengah malam.

tak sangka plak yang aku wat sesemua ni untuk aku. errr.. aku yang punya.. bukan orang len



....from kekwa22 with love....

No comments:

Post a Comment