03 May 2011

tumpang semangkok

lama giler rasanya tak menjengok blog nih.. al maklom la.. bz tahap dewa peringkat ke pat blas. lepas jerr gie pesta buku ari tu, terus tak jengok dah.. mujur belum bersawang lagi.

penat aarrr sangat2 penat. semalam belum rasa penat lagi. bangun jerr tido pagi ni, terus jerr rasa penat. dah le sejuk2 ujan.. memang malas nak bangun. tarik selimut yang paling best. tapi nak buat ce mana.. dah kena gie keje.. kesian kat angah, pepagi lagi kete dia wat hal. di tambah plak dgn ujan.. memang le mencabar mood nak keje hari ni.

2 hari lepas wat kenduri arwah & meting kat umah. sumer masak sendiri. tak sempat aku nak ambil gambo menu. dari aku balik tu, on saturday, sapai umah mak dalam 10 lebih. terus jerr unpack barang2 dan memulakan operasi. step pertama wat door gift. munge telur ni, adalah hasil kerja tangan aku. dalam beg ni, ada munge telur dan telur, sebuah surah yasin dan sebiji epal fuji sebagai buah tangan.sambil layan avatar version HD. perrgghh marbeles tu... abang lim tumpang sekaki.

petang tu plak, pi soping barang2 dapo kat econsave. perrgghh harga murah2 tu barang dapo. contohnya aku beli bawang besar 1 guni merah tu lima henget jerr.. bajet murah giler. kat kl ni, mana nak dapat. stock 2 bulan kat umah aku nih.. tapi esoknya aku pi billion plak, satu guni merah tu, diorang jual tiga henget nam ploh sembilan seng. ceeessssssssss lagi murah. tapi sehari jerr harga tu.. gilo weeiii... aku beli kentang 1 kotak, baru tujuh henget. hasil2 laut, dah sedia maklom la murah.

menu untuk kenduri, kari ayam, udang masak pedas, ikan goreng, sayur campur, mentimun dan sambal belacan. ayor pulak, sunkist tropica. penat jugak le mengelolakannya.. lagi pun wat malam. tu yang kena kemas siap2 sebelum subuh. esok paginya dah nak balik kl.

achik beli kelambu khemah kat mak. aku yang merasmikannya.. memang best. bebas dari nyamuk. tak panas. beso kelambu nih. senang nak simpan lepas di gunakan dgn syarat, tahu teknik ce mana nak melipatnya. murah plak tu. dia beli kat padang beso dua ploh lima henget jerr.. kalo kat pt buntar, tiga ploh lima henget. mak cakap, armand mesti suke...

ni plak, khemah untuk majlis aku, dah siap terpasang. gambo di ambil ketika matahari telah bersembunyi. bulan pula menggantikan diri.. ceeewaaahhh... kad jemputan belum di edarkan untuk orang kampung, tapi khemah dah ready, ce mana tu? ce citer? awal giler pasang khemah. sebabnya.. lepas jerr kenduri umah maksu 1hb hari tu sempena cukur jambul cucunya, orang kg, malas dah nak bukak2. terus jerr transfer ke umah mak. menu untuk majlis aku pun dah confirm, kalo nak tahu, sila datang yerr... pastinya kalo kat kl nih, tak terdapat menu yang dah confirm dah tu..

orang len wat keje teruk2dia plak yang terlebih penat.

teringin plak nak masak.. tapi barang2 aku dah masuk kotak.. aarrgghhh... menci betoiii.. jeles plak dgn orang yang nak wat mee udang malam nih.. huhuhu.. tumpang semangkok tak leh ke? huhuhu... bila round2 blog orang len, nengok diorang masak2.. best nyerrr.... jeles! jeles!

malam ni nyer menu, ingat nak pekena laksa langgaq mari.. tapi kedai plak tutup. may be tuan dia balik langgaq.
ni, version pasar malam yang sangat mengecewakan... huhuhu.. sedih taw..


....from kekwa22 with love....

7 comments: